Kerja ikut suka atau kerja suka-suka atau kerja ikut yg sepatutnya

Posted by sazali

Salam

Seronok baca title ini dalam sebuah akhbar melayu bebepa hari yg lalu. Di sini saya tak nak huraikan apa-apa tetapi tuan/puan pembaca budiman boleh kategorikan sketsa lakonan penjawat penjawat awam termasuk saya .. di mana kita berada:

Kumpulan 1: Kerja ikut suka/
Kumpulan 2: kerja suka-suka hati jer lah
Kumpulan 3: ikut arahan Perintah Am Kerajaan

Kes 1:

Amon slide kad matriknya kat mesin perakam waktu sebelum jam 0800 pagi lagi. Bagus dia ini .. tetapi .. belum sempat dia masuk ke kamar opisnya, Aki kawan baik senegerinya call ... selepas berjalan sedikit jauh .. mereka dah makan nasi dagang di sebuah restoran melayu tersohor. Makan punya makan . baru nak habis .. makanan dalam pingggannya ..Kassim .. pegawai PAR ikut serta duduk semeja .. order makanan nasi kerabu berlauk daging bakar. Seronok mereka bertiga. Walaupun kassim PAR .. cerita paginya mengalahkan .. Amon dan Aki . Masa bekerja sudah 1 jam berlalu tetapi mereka bertiga .. duduk makan dan sembang panjang- panjang. Jam 0930 pgbaru Amon .nak ke opis nya. Banyak kerja alasannya. Belum pun jauh .. dia beredar dari restoran tersebut ..terdengar .. satu panggilan manja ' abang Amon .. '. Suara anak dara Pak Leman kat kampungnya. Haik kau Ita .. nak ke mana ni ..

Nak gi interview .. jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat ..

o kalau gitu ..jom ah saya hantar ke tempat tersebut ..tak jauh dari opis saya. Maka Amon bawak lah Ati ke bangunan .. lain .. campur dgn belanja oren squash + apam bercicahkan kelapa parut masam manis sikit sikit.. tunjukkan kat Ati ..abang Amon ini adalah org yg bagus - berbudi bahasa pulak tu. tak lokek dia that day tau? terlupa dia .. opisnya di mana kerana senyuman Ati cukup memukau dari tadi sampai selesai interviewnya. He..he..

Jam sudah 1145 pagi. Sibuk orng orng di opis nya ..mencari mana Amon/ dia patut masuk meeting ..tender board. Ke mana Amon ini yah?

Begitulah .gelagat seorang penjawat awam kita bernama Amon. Kategori mana ..kita patut masukkan dia ni .. kumpulan A, Kumpulan B atau Kumpulan C? mengapa?
Kes 2:


Ah Chee .. baru jer bekerja diKuantan. Dulu bekerja di Johor Bharu. Dia masuk opis jam 0745 pagi. Terus duduk kat meja ..dan check e-mails dan surf internet .. jam 1000 pagi . Ikut kawan gi minum kopi. After 20 minit makan roti bakar ..Ah Chee dilihat bawak fail ke Bilik Mesyuarat. Dato' Rahim dah menunggu. Agenda mesyuarat ialah - tentukan kontraktor mana yg paling layak .. menjalankan projek .. flyover dari bangunan A ke bangunan B dalam jangka waktu 2 tahun mulai bulan depan.

Ramai pegawai ambik bahagian dalam mesyuarat tersebut. Jam 115 Ah Chee .dilihat membawa semua fail .. terus ke opis nya .. dan turun ke kantin ..makan tengah hari. Begitulah pegawai Ah Chee ini ..iku perintah jer ..Dato' Rahim suka kat peawai pegawai begini .tak banyak songel ..ikut arahan dan buat kerja ikut masa. Semua benda berjalan dgn lancar.

Begitulah gelagat Ah Chee .. anak keturunan Siam ini .. orang Kedah.. bekerja di JPA Seksyen Kontrak & Pembangunan .. kumpulan mana dia patut kita letak? Kumpulan A, B atau C? mengapa?

Kes 3:

Datin AMi .. nama glamour .. penjawat awam gred J54 dah .. 2 tahun lagi pencenlah dia. Dia ramai kawan-kawan ..dari semua sektor. walaupun dah banyak umur .. cara pakain nya ...memang mengalahkan kebanyakan gadis gadis yg baru bekerja. Tip top punya Datin. Belum jam 0800 pg Datin Ami dah ada di opis/ check ..iPAD dia ..banyak temu janji. Dia kena putuskan .. apa yg patut dia buat dulu .. dari jam 0800 hingga 1200 tengah hari. Lunch Dato Tambi dah book dia ..nak bincang pasal tanah di belakang surau .. Kpg Tanjung Kling .. Melaka itu. Tetapi AMI ada satu kelemahan .. dia suka main mini-golf dalam opis dia. Ketuk punya ketuk biji biji golf ..sedar sedar dah jam 1030 pagi. Bergegas dia memandu BMWnya .. ke Jabatan JKR ..tiba-tiba crashhhhhh.. ada motosikar apek jual akhbr cina ..terlanggar pungguung BMW MInah. Why? Minah brake tiba-tiba .. respect kucing putih melintas laju dpn BMWnya. Lagipun Ami selalu -- matanya gelap ..kesan dari penyakit jantung, kencing manis , kolesterol tinggi dan .. macam macam penyakit .. gaya hidup penjawat awam kategori tinggi/

So tak sempat nak hadhirlah .. meeting dgn orang orang kenamaan Datin Ami pada hari itu.

Begitulah gelagat Datin Ami .. kumpulan mana kita nak letakkan dia ni Datin kita ..yg tip top ini? Kumpulan A/ B atau C?

Ketawa. Begitulah .. seronok jugak kerja kerajaan ini. Kerja ikut arahan atau ikut kata hati jer. Lagipun mereka ramai yg dah disah kan jawatannya.

Wallahu aklam. Nikmat kita tuhan akan tanya satu demi satu. Tak takut kita?

0 comments:

Post a Comment