Hidup berpada-pada

Posted by sazali

Salam

Org tua saya ada berpesan jika kau buat apa-apa

* berpada-padalah

Jgn terlampau extreme dan jgn tak buat langsung.

------------------
Saya teringat kawan-kawan saya di UK sesi pengajian 1975 / 1982

1) ada seorang itu walaupun dia diberi biasiswa .. suka sangat membaca Al-hadith. Tak cukup dgn pak imam berbangsa arab membaca Al-hadith di masjid Leeds .. budak melayu ni bila pulang ke hostel .. suka sangat menaip hadith. Bukan 1 malam ..tetapi bermalam malam lamanya. ketuk butang taip writer .. lama lama ..aku dok di atas alley ..tertanya - tanya ..apalah budak ni buat kat bawah ni .. Kesan? Dia kandas dlm peperiksaan Akhir Tahun pengajian Ijazah Ekonomi - dah try 2 kali (2 tahun cuba repeat pakai duit sendiri ) ambik exams ..tetapi result - dia masih kandas dan terus menetap di sana. Yes nun jauh di sana.

2) ada seorang itu walaupun diberi tugasan belajar ijazah sampai habis .. tetapi dipertengahan kursus ...di ajaknya kawan ..ke sebuah negara .. dia kata jika kita bantu Allah maka Allah akan membantu kita .. maka dia pun ikutlah .. tak sedar bahawa tesisnya belum siap siap apa apa lagi ..result dan discussion chapter ... bila dia dah pulang dari luar negara/ .... dia cuba sambung chapter results dan discussion yg terbantut itu

Result - dia fail PHD nya. maka dia baliklah ke negara nya sendiri. Bila berjumpa dgn DEKAN Fakulti dia di mana tu ..bukan Malaysia ..

dia mengadu dia bergaduh dgn project supervisornya. Ada issue kafir / mengakafir muslim itu macamlah. manaleh ..org kafir bimbing org islam .. hujahnya

Kesan nya? dia pulang ke negara asalnya ..failed PHD scholar.

3) ada juga akawan saya suka sangat kat mek salleh (pompuan) . ke sana sini dgn mem mek salleh. after 1 year ke hulu hilir , duit dia pun dah banyak tercicir, tertiris dan tercukur licin (pinjam pulak sikit duit saya adush).. result exam dia - failed! dia repeat. Tukar mek selleh lain/ mungkin suka sangat kat org kulit putih , hidung merah budak ni, result second year - failed lagi. So dia dimintak pulang ke malaysia/ kembali ke tanah air. Kesan? itu macam lah bila fail pengajian.

Oleh itu berwaspadalah. Walaupun kita suka kpd sesuatu .. jgn terlampau suka sangat. The climaks of suka is .."benci". Contohnya apam manis manis manis melampau lampau .. akan tiba satu masa dia kan bertukar rasa - MASAM! Ingat objektif kita di universiti. Belajar degree/masters/PhD sampai habis dan berjaya. Org atasan akan bertanya .. how was the objective of u going abroad? ok tak?

So jawablah tuan hamba.

Oleh itu ..berpada-padalah bila suka sesuatu yg luar dari skop pengajian kita ini. Biasiswa itu duit rakyat. Bila kita sudah kalah kecundang ..payah nak jawab kat rakyat jelata ini. Betul tak anak-anak ku?

Abah is reminding himself too.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment