Istilah koreksional di Pekan Ajil , Terengganu

Posted by sazali

Salam


Sabar itu subur,
Tak sabar masuk , kubur.  (accident).  My late grand fathers taught me this in Kelantan 40 – 50 years ago.  How true it was.  Jika kita bersabar , kita akan selamat dan jika kita tidak bersabar (mengambil sedikit oxygen dan bertenang seketika jua) maka banyaklah bala yang akan kita tempuhi tanpa disedari.  Anak anak kehilangan kasih sayang bila ibu bapa mereka tidak sabar lantas bercerai berai.

Hari ini saya ingin sangat menulis pasal istilah ‘sabar’ , ‘bersabar’ , korek, koreksional dan lain-lain.  Dalam Bahasa Inggeris , sabar ialah ‘patient’ dan bersabar is ‘ ..we  must be a little bit patient, my dear’.  Kesabaran is ‘ practice patience whenever you can’.

Mengapa kita harus bersabar? Banyak sebab sebenarnya .. 
Pertama, bila kita bersabar ..kita tidak cepat bergaduh antara kaum melayu, cina dan india di Negara ini.
Kedua, bila kita bersabar, kita akan memperolehi banyak faedah seperti keharmonian, kebahagiaan, ketenteraman dan keamanan.  Lagipun cable kita ‘.. a bit expensive you know?’
Ketiga, bila isteri sudah melahirkan anak ..orang orang tua meminta  sang suami bersabar sedikit dengan sang isteri kita itu yang banyak tercedera urat sarafnya sewaktu proses bersalin.  BIla kita berpantang … satu hari nanti selepas 100 atau 1000 hari itu ..kita akan dapati isteri kita  sudah pulih seperti sedia kala.  Kuat untuk berlari ke sana sini pula.  Untungnya kita juga.
Contoh bila kesabaran diperlukan.  Di atas lebuh raya .. kita harus bersabar dalam menunggu giliran satu per satu biar kenderaan di hadapan bergerak dahulu dari queue ini.  Tidak sopan jika kita memotong queue ini .. lagi pun kita tiba di sini agak lewat sedikit dari orang lain itu.
Contoh kesabaran ialah dalam keadaan kita berumah tangga.  Sang suami jangan cepat memarahi isteri kerana lambat menyediakan makanan kerana mereka berdua baru sahaja sampai ke rumah selepas keluar dari Queue di lebuh raya Shah Alam tadi.  Lagipun , sang isteri itu pengurus syarikat IBM sedangkan sang suami itu sekadar pemandu jentolak jer.  Bersabarlah sedikit.  Jangan cepat marah marah tau?

Guru guru pun sama juga. Jangan cepat marah marah kepada murid-murid anda kerana ..  mereka masuk lewat sedikit ke dalam kelas cikgu tadi.  Bersabarlah sedikit.  Cakap elok-elok sedikit kepada mereka maklumlah salah seorang dari murid-murid tersebut anak kepada KPP Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.  Silap silap cikgu akan dipindahkan ke Sarawak esok.  BUkankah itu satu yang malang kepada cikgu sendiri.

Ustaz ustaz pun kena banyak bersabar.  Dalam sekolah ini , sepatutnya kaum ustaz/ ustazah lah yg paling tinggi kesabarannya dibandingkan dengan guru guru matematik tambahan,  music dan sukan.  Maklumlah .  ustaz/ ustazah dah lama tahu ayat ayat Quraan berkenaan dengan kepentingan kesabaran.  Jangan tahu banyak , tetapi amalan kesabaran itu tiada.  Malu sangat kita tau?

Pihak kerajaan pun kena bersabar juga.  Jangan cepat panic ‘membawa’ masuk pendatang pendatang asing seperti di Sabah itu.  JIka kita memberi kad pengenalan kepada PATI/ PADI dengan membabi buta dengan  maksud ‘udang disebalik batu besar’  ..  lama kelamaan bilangan mereka semakin banyak dan mungkin satu hari .. mereka sudah berani melawan pihak polis dan tentera.  BIla perkara ini berlaku ..terjadilah tragedy di Lahad Datu itu.  Tidak semena mena .. anggota polis walaupun umurnya setahun jagung  sudah pun terkorban angkara ..  itulah.  Silap siapa hah?  Sekarang pun ramai orang Bangladesh, Pakistan, Ronghya Burma Myanmar membanjiri Negara ini dari semua pintu masuk.  Tengok dari arah kanan macam Jali Kelantan jer, tengok dari arah kiri .. nampak macam Mat Bond gak..  aghhh ..betul betul macam melayu jer tetapi percakapan mereka macam itek serati jer ..  aghh tak kesahlah asalkan mereka ada 10 potong jari jemari .. boleh guna untuk mencelup dakwat khas untuk maksud mengundi ..allright punya ..  Mula mula kita kasihan kepada nasib mereka .  Lama kelamaan oleh sebab nama nama mereka mirip kepada nama orang melayu Malaysia .. adalah pihak tertentu akan menggunakan orang Asing ini untuk maksud ‘.. sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini..’.  Kita rakyat Malaysia .. bukan semua yang bodoh sepanjang masa. SEkali tipu ok ..tetapi tak kan lah kita ditipu berkali kali pulak.  Payah tu?   Dulu bolehlah  kita diperbodohkan ..tetapi la ni .. dah ramai dah anak anak kita yg pandai dgn ilmu teknologi I.T. yang pulang ke kampong dengan berbagai bagai cerita ..  betapa ‘cerdik’ SPR dalam proses membersihkan senarai nama pengundi hantu untuk maksud PRU 13 ini di Selangor , Pulau Pinang dan Perak sana.  Lama lama bocor juga rahsia kita ..memanipulasikan nama nama orang asing sebagai penentu kemenangan parti kerajaan.  Bersabarlah.  Dulu 56 tahun kita dah memerintah .. bila time tiba .. kerajaan kita berpindah kepada pihak pembangkang ..so what/  berilah laluan secara gentleman ..  bukankah Negara ini sebuah Negara demokrasi?  He..he..  bila time kita jadi pembangkang ..  bersabarlah.  Sabar subur , tak sabar masuk kubur.  Berperang sesama melayu ..bukankah ini satu yang paling bodoh?

Kita melayu terkenal dgn sifat sopan santun mulia,   gaya bahasa , body language .. dan macam macam lagi.  Sang binatang di Malaysia pun tahu ..rakyat Malaysia terkenal dengan sifat budi bahasa dan kesabaran jika dibandingkan dengan pak pak arab dari Timur Tengah.  Dengan berkat ketinggian sifat kesopanan ini ..melayu selalu mengalah dan menyerahkan berjuta hektar tanah kepunyaan melayu kepada bangsa lain.  Syabas .. sifat sopan ini cukup menguntungkan kita melayu.  Keep up the charitable values itu !  TEngok kes tanah melayu KTM di Singapura.  Asyik sopan dan memberi sahaja kita melayu kat orang lain.

Tetapi sayangnya ..  sifat itu .. adalah sifat melayu dahulu kala .. mungkin 200 – 500 tahun yang dahulu.  Sekarang kita melayu tak sabar mana pun.  Cuba tengok ..  cara kita memandu kenderaan di atas jalan raya kampong, Bandar dan lebuh raya.  Kebanyakan kita sangat ‘lorak’ atau rushing  macam badak sumbu ..  tak sabar mana pun..  tidak memberi laluan kpd orang lain .. dan kadang kadang kita kurang ajar .. tidak mengucapkan terimak kasih pun jika ada orang memberi laluan kpd kita … kita sombong bodoh .. tidak mahu berterima kasih jika ada orang lain membantu kita pada ketika waktu kenderaan kita tiba tiba mampus dalam queue di lebuh raya itu.  Bersabar dan manis muka bila mengucapkan terima kasih kpd mereka yg penat menolak kereta buruk/ kereta tuan dah lama tak servis  punya itu.

Waktu keputusan peperiksaan SPM / PMR/ STPM diumumkan .. kita pun tak banyak bersabar.  Saban tahun kita menjulang mereka yang Berjaya dengan 9 A PLUS sahaja ..sedangkan Negara ini membangun bukan dengan usaha orang orang pandai sahaja ..bahkan tidak salah kita menjulang anak anak kita yang Berjaya mendapat 1A atau 2A dari sekolah elit seperti TKC, STF, MRSM, STAR, MCKK,KISAS .. 

Walaupun banyak tenaga, wang ringgit dan masa  sudah kita curahkan kpd anak anak yang ramai bersekolah elit berprestasi tinggi ini .. result mereka .. memalukan juga kerana .. budak kampong anak anak pemandu lori JKR, Felda dan jentolak  pun mampu dapat 9 A Plus dari sekolah biasa.  So bila bercakap tentang keputusan sekolah elit .. mengapa pihak TV3 tidak menjenguk sekolah yang serba dhaif tetapi result pelajar mereka cukup membanggakan seperti Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan Kota Bharu, Kelantan.  Result ini cukup mengembirakan arwah  Dato’ Baharum, Tok Kenali dan hulubalang-hulubalang zaman melayu silam dahulu kala itu.

Peniaga peniaga melayu pun kena banyak bersabar juga.  Cuba usahakan supaya dapat berniaga secara kompetitif dengan bangsa lain .. dengan cara berniaga dalam kedai batu 2 – 3 tingkat di Taman Universiti seluruh Negara.  Jangan berpuas hati jer dengan berniaga goreng pisang panas di bawah pokok kayu rendang sahaja ..kerana ..imej melayu tercemar dari pagi ke malam .. melihat betapa majunya ..orang melayu pro kerajaan berniaga kecil kecilan dibawah khemah ala tentera melayu zaman jepun 1945 sedangkan di depan mata mereka berderet-deret  kedai batu serba moden disewa oleh mamak mamak india dan bangsa-bangsa lain. Bersabarlah sedikit ..cuba sewa kedai batu itu dan setelah menyewa kedai itu ..berniagalah goreng pisang nangka, karipap, lompat tikam, ubi kayu rebus, laksa, laksam … sepanjang malam.  Jangan kita berputih mata .. negeri ini melayu punya tapi semua kedai ..  bangsa asing yang terkehadapan. Malulah sedikit .. saya dan tuan hamba ini.  Poster BN besar besaran gambar calon anak melayu bakal PM nanti tetapi ramai orang melayu kita berniaga bawah pokok pisang, pokok kayu  jer..  he..he… di sepanjang jalan raya utama seluruh Negara bermula dari Perlis ke Johor dan seterusnya ke Kelantan sana.


Orang DBP pun kena bersabar juga.  Jangan asyik tukar ejaan BI kepada BM dengan kadar cepat jer.  Contoh istilah koreksional di Terengganu.  BUkankah kita ada istilah ‘..baikpulih’.  Pusat Baikpulih Akhlak/ Perangai  lebih sedap dari Pusat Koreksional Terengganu itu.  Perkataan korek ini ..  rasa rasa lucah / bodoh jer.    Apa gunanya kita ada Hari Bahasa , Jiwa Bangsa ..sedangkan papan koreksional di Terengganu itu terpampang gagah memalukan kita semua.   Buatlah sesuatu wahai Pengarah DBP.  Jangan galakkan pengunaan istilah seperti transformasi sedangkan kita ada istilah 'ubahsuai/ pindah bentuk ' dalam BM sejati /  perkataan 'format' sedangkan kita dah ada pun istilah 'bentuk' ; dalam BM kita.  Begitu juga banyak lagi istilah B Inggeris .. kita ambik bulat bulat dan terus ubah dengan menambah 'i' dan macam macam ..pendek kata nampak tak pandailah orang orang DBP kita ini.  Maaf kata gitu pagi pagi ini.  Cuba tengok orang Indonesia .. mereka tetap kekal dlm pengistilahan Bahasa Indonesia lagi dan lagi ..  seperti 'machet' untuk 'traffic jammmm  ' dan setetusnya.  Jati diri mereka jauh kehadapan berbanding dengan kita semua DBP.  Aduhai DBP kito.  

Saya mohon maaf ..jika ada yg terkasar bahasa.  Maklumlah ..  saya bukan A Samad Said Sasterawan Negara yg ulung.  Saya tetap sayalah.  Jika saya tahu sedikit , saya pun menulis dengan kadar sampoi je.  Pokoknya .. saya telah menyumbangkan sesuatu kepada diri saya dan pembaca budiman sekalian.    
Renungkanlah adik kakok saya sekalian ..  kita melayu ..mengapa nak bergaduh , kafir mengafir antara satu sama lain .. Mufti Perak serang TG Nik Aziz Nik Mat.  Apakah rasional kita berbuat begitu … sedangkan ramai lagi anak anak muda melayu sudah meninggalkan solat 5 waktu, orang perempuan melayu tidak menutup aurat di Majlis Anugerah Muzik Muzik ,  hidup seharian tanpa iman dan tak endah lagi isu halal dan haram dalam pergaulan antara jantan dan betino.. sepatutnya Tok Tok Mufti .. turun ke dataran bawah seperti jalan jalan raya dan buat dakwah secara terang terangan ajak anak-anak muda ini kembali kpd ajaran agama yg haq.  Memang penat kerja dakwah ini .. tetapi kita diminta bersabar mengajak benda yg hak ini dan terus bersabar.  (Rujuk Surah Wal Asri).  Tak cukup .. org yg ada ilmu agama yg tinggi mantap tetapi dok pusing atas kerusi sedak jah sambil sambil goyang kakinya membaca akhbar parti kerajaan atau parti pembangkang dan tunggu jap lagi nak serang pihak lawan.

Sesiapa yang kalah … PRU 13 itu .. make way please.  Be a true gentleman plz.  Jangan memburuk keadaan bila dah kalah..  tengok PRU12 2008 dahulu .. 5 buah negeri dah tumbang kat pembangkang. Tun Abdulah Badawi made way ..he was a true gentleman.  A true man is a man that can take defeat honestly ..  your time is up man.  If he can rule , others can too ?  Why.. the same country , the same rules. The same democratic rules as stipulated in the Perlembagaan , the same SPR’s big man  remain, the same intelligent police force  and the same obedient soldiers with the help of the most expensive submarines .. where are they now?  Did any one happen to  see how  our submarines performed their true worth in that Lahad Datu battle?  My friends saw the enemies died with their  poorly made kayu guns only.  Can we read Al-Fatihah now Pak Mufti?    
Sabar subur, tak sabar masuk kubur.
Penting tak  sifat bersabar ini ..tuan hamba?
Anda bagaimana?

Wallahu aklam bis sawabbb.      
     

0 comments:

Post a Comment