Nasib Bahasa Melayu di internet - Dewan Pelita

Posted by sazali

Salam

Cukup tertarik saya membaca artikel bertajuk di atas.

SElepas membaca , jauh jauh juga saya fikir dan renung-renungkan bahasa melayu yg serba indah dan  penuh dengan budi bahasa yang sopan dan harmoni.  Walaupun begitu ..Saya ingin memberi beberapa komen berkenaan dengan tajuk ini tetapi memadailah kalau kita fikirkan nasib kereta Proton di Lebuh Raya PLUS di semenanjung tanah air ini.

SElagi .. rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan 'sayang' kepada hasil tangan rakyat kita sendiri .. selagi itulah .. ramai antara kita yg asyik mengeluh tidak puas hati.

Jangan bersedih sangat .. kerana rakyat Malaysia sudah:

(a)kaya ..  mana ada orang kaya mahu bawa kereta Proton .. tambah tambah pula EXORA akan dijadikan teksi .  Adushh..

(b) terpelajar - mana ada orang terpelajar macam anak anak cucu Prof Di Raja Ungku Aziz ... kita tanya soalan BM , dia akan jawab ..dalam Bahasa Inggeris.  Betapa bijaknya dia.. bukan?

(c) canggih ..  mana ada orang cangih muih ini mahu pakai baju kebaya melayu ..  the trend now .. pakai ketat ketat , singkat singkat .. makin terjolor keluar lagi canggih kot? He..he..

Sekian.

Sekarang  dah nak masuk Waktu Sembahyang Jumaat dah.  Mintak diri dulu yer?

Walllahu aklam.  bis sawabb. p/s: baca salawat kat Nabi kita ..  banyak banyak pada hari mulia ini .  JUMAAT ..penghulu semua hari .

0 comments:

Post a Comment