Salam
Semalam saya gi baca Dewan Pelita di Perpustakaan UTHM. tak ramai students so ..sedap sedikit membaca itu dan ini sebelum tangan menyambar Dewan Pelita 2012.
2) tertarik dgn sekumpulan peribahasa BM - tujuan menasihati kaum pompuan supaya menjaga maruah, diri dan agama.
ikutilah senarai peribahasa ini
'ada wang abang sayang, tiada wang abang melayang'.
yang usang dibaharui, yg baik dipakai
yg buruk dibuang, yg pendek pandailah menyambung
yg panjang, bijaklah memotong
ditempuh nyamuk , terbalik .. ditindih lalat tak dpt bangkit-bangkit = tandanya terlampau lemah
apa guna berkain batik,
kalau tidak memakai capal,
apalah guna beristeri cantik,
kalau tak pandai menumbuk sambal.
Buah ditebuk tupai// maknanya .. orang pompuan dah kena .. sebelum mereka berkhawin.
terambau kerbau kerana rumput muda = maknanya .. tak ingatlah
Buah kepayang, dimakan mabuk , dibuang sayang = maknanya ..suami confuse kerana isteri canttik tetapi kurang baik akhlak nya.
Leka sentiasa dilipatan sanggul; fikiran singkat akalpun tumpul. maknanya = isteri tak pandai sangat dgn budget harian/ mingguan/ bulanan.
lelaki ikut sangat arahan bini -->
peribahasa '.. timur beralih ke barat, dan berkemudi di haluan bergilir ke buritan ..'
bagai itik pulang petang// bising sangat si pompuan ini
anjing anak anam
3) Begitulah adanya/ hasil bacaan saya di library universiti ini. Syukur .. banyak membaca . otak pun .. bergeliga. geliga apa ? geliga mencari dan mendidik isteri ..yg ada kot//
he..he..
Bagaimana pula - peribahasa yg ditujukan untuk kaum adam pula.
tak banyak sangat .. kecuali .. peribahasa 'cina buta'. Maknanya .. gila talak isterinya .. then nak balik isterinya itu. Tak malu betul jantan ini. Hishhhh...
peribahasa .. bagaikan ikan pulang ke lubuk .. maknanya . anak watan kampung yg sudah lama merantau ke negeri orang .. tiba-tiba .. pulanglah dia ke kampung halamannya. He..he..
So basically zaman dahulu ..orang lelaki tak nampak kelemahan diri mereka masing-masing.
SEkian.
Wallahu aklam bis sawab.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment