Salam
Perkataan-perkataan yang mengelirukan:
(a) Bias à buyers
(b) Feel à fill à fail
(c) Democracy
?
Sudah 2 – 3 minggu saya berbincang, mengajar dalam kuliah
statistics di peringkat ijazah pertama tahun pertama. Saya menggunakan istilah ‘bias’ dalam kuliah
bertajuk ‘sampling’. Seronok betul saya
mengajar itu dan ini (adakah syok sendiri?) .
tetapi selepas kuiz , bila saya mula menyemak kertas jawapan pelajar ..
darah merah saya mulai naik.
Mengapa? Tengoklah ejaan bias
telah dituliskan sebagai ‘buyers’ ini
membawa maksud ‘pembeli-pembeli’ dalam pasar, pasaraya dan lain lain tempat yang
ada aktiviti dipanggil menjual beli.
Bayangkan .. mungkin pelajar ini tidak membaca buku statistic yg diminta
dia beli/ rujuk dari library walaupun kerajaan telah memberi banyak peruntukan BAUCER
RM250 kepada pelajar-pelajar university dan membina library tertinggi di johor dan buku-buku rujukannya dari luar
negara. Aghh..malang sungguh nasibku!
Perkataan ‘feel’ pun sama juga. Ini bermaksud perasaan seseorang. Contoh perasaan ialah .. ibu bapa Ani cukup
gembira bila Ani telah diijabkabulkan dengan anak Penghulu kampong
semalam. Mereka merasa demikian kerana
kos menghantar pengantin dapat dikurangkan sebanyak 50 kali ganda dibandingkan
dengan kawan kawan Ani yang beriya-iya sangat mendirikan rumah tangga dengan
jejaka-jejaka luar negeri seperti Kelantan, Kedah dan Satun (Thailand).
Tetapi ada orang menulis feel sebagai ‘fill’ dalam
notanya. Fill ini bermakna ‘masukkan
sesuatu jenis cecair kedalam tangki , bekas ‘.
Contoh ayat: Fill the petrol into
the car. Penuhkan kereta itu dengan
minyak petrol / tuangkan minyak itu ke dalam keretanya/ masukkan nozzle ke dalam tangki minyak dan
tekan .. supaya minyak dapat dimasukan ke dalam tangki minyak kereta tersebut.
Saya berpendapat perasaan tidak sama dengan ‘tuangkan minyak
petrol’ itu. Atau tuan hamba rasa guano?
Perkataan ketiga ialah ‘FAIL’. Ini lagi dasyat. Ini bermakna ‘gagal, kandas, tidak Berjaya
dalam sesuatu tugasan, peperiksaan dan .. ‘
Oleh itu mengapa .. pelajar-pelajar kita tidak rapi .. menulis
nota nota ke dalam buku mereka sebagai rujukan pada hari esok dan
seterusnya? Aghh lagi malang nasib
gurumu!
Perkataan terakhir ialah ‘democracy’.
Di Malaysia, Negara ini mengamalkan system politik yang
dipanggil democracy. Satu satu
pemerintahan dibenarkan berkuasa di Malaysia setelah melalui proses pilihan
raya umum seperti PRU12 di mana 5 buah negeri di Malaysia tumbang ke tangan
pembangkang. Salah sebuah negeri
tersebut ialah Selangor.
Kelam kabut Perdana Menteri kita .. dan kuncu-kuncunya dalam
semua tempat mereka memberi syarahan politik ..
supaya rakyat Selangor memberi kembali mandate pemeintahan /kekuasaan
kepada parti Barisan Nasional. Banyak
hujah-hujah mereka yang menarik. Tetapi
isunya ialah .. perkataan democracy. Ini
bermakna .. rakyat bebas memilih siapa yang akan memnjadi wakil mereka di
parlimen/ dewan negeri. Kasihan .. PM dan kuncu-kuncunya tidak faham .. perkataan keramat ini – DEMOKRASI!
Sepanjang lebuhraya kiri dan kanan dari Perlis hinggalahke Johor BHaru .. ada banyak papan papan bill board ..
contoh DULU DIPINGGIRKAN, SEKARANG
DIUTAMAKAN. DULU MISKIN .. SEKARANG DIBANTU. DULU GELAP.. SEKARANG BERCAHAYA.
Mengikut hukum matematik dan statistic .. parti pemerintah
mengambil masa lebih dari 55 tahun selepas kemerdekaan .. untuk mereka sedar
bahawa melalui pemerintahan mereka bergelar DEMOKRASI .. ramai rakyat berada dalam keadaan tegar
miskin dan dipinggirkan. Mengapa begitu
lama ..mereka alpa/lupa dengan tugas
mereka sebenar dalam mentadbir sebuah Negara yang serba kaya ini? Ini bermakna ..selama 55 tahun mereka telah
‘tertidur’ dalam proses mengagih-agihkan kekayaan kepada kroni kroninya
masing-masing. Syukurlah mereka dah
sedar itu semua .. dan dalam PRU12 2008 .. lima buah negeri telah tumbang ke
tangan pembangkang. Saya tidak berani
meramalkan beberapa buah lagi negeri yang akan terus tumbang dalam PRU 13
ini. Kita berdoa …polis dan askar tidak
menggunakan kekerasan yang melampau-lampau dalam menguruskan system PRU 13
termasuk berkempen siang dan malam penyokong penyokong parti parti politik di
Negara ini dari 20 APRIL hingga 5 MEI 2013 yang akan datang. Contoh Peperangan Dunia Ke 3 di Lahad Datu ,
Sabah baru baru ini. (OK kor.. kos peperangan tersebut dengan kematian di
sebelah pihak musuh/ orang kampong Lahad Datu tersebut? Al Fatihah kepada pasukan polis dan tentera..
).
Wallahu aklam bissawabb.
p/s: student keliru dengan
istilah Bahasa INGGERIS, dan rakyat lagi ramai keliru dalam proses DEMOKRASI di
Negara ini. Kalau paham … tunjukkan
kefahaman anda pada 5 MEI ini. Ayuh!
0 comments:
Post a Comment