Jangan kutuk diri sendiri ..

Posted by sazali

Salam

Manusia tidak lekang dari membuat kesilapan atau terlupa.  Ini terjadi kerana ada antara kita beristeri lebih dari seorang, anak anak pun ramai, pinggan mangkuk sudu banyak ..dan beg beg sekolah anak pun banyak iaitu berderet deret di tepi dinding bilik sembahyang.  Ini belum dikira dengan anak anak ayam dan itek serati di bawah rumah itu.  Syukurlah ..nikmat Allah dan kita dihidupkan di Malaysia.  Alhamdulilah. 

Di Malaysia .. pelajar hadhir dua sekolah setiap hari. Pagi ke sekolah Kebangsaan dan petang hari pelajar islam pergi ke sekolah agama/ mengaji Al Quraan dan di hujung minggu ..ibu ayah memaksa anak anak ke pusat tuisyen itu dan ini.  Ada sampai memaksa anak anak belajar mempertahankan diri dalam kelab silat harimau dari Medan, Indonesia.

Lagi pun .. ada juga antara kita mempunyai lebih dari sebuah kereta seperti Iswara, Wira, Waja dan Exora Gold 1.6.  Bila banyak kenderaan, ramai bini , ramai anak-anak tercinta dan banyak kenderaan ..sudah tentu kita .. kadang kadang ditimpa sifat 'terlupa'.   Dalam bahasa kitab agama padang pasir dipanggil 'alpa'.  pa pa pun.. kita sangat sangat pelupa kecuali jadual giliran melawat isteri 1,2,3 dan 4 jer ..yg tak lupa.  Mewah dan kaya kita!

Bila terlupa ..ucapkanlah

Astahg firullah hal azeem   dan Inna lillah hi wa in na hi lai hi rojiunnnn  (maaf terlupa makna yyg tepat .. tetapi mahfumnya .. dari Allah kita datang ..dan kepada Allah kita akan kembali menjadi tanah / debu..).

Baca juga Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas.
Salawat Nabi..  10 kali.

Insyallah kita akan kembali .. ingat semua benda .. tak serabut ke tuan hamba?

2) SElalu..jika terlupa . ada orang mengutuk diri sendiri.  Seperti ..bodohnya Aku.  Malang lagi ..ada orang sumpah isteri tuanya, anak anak dari isteri tua nya dan macam macam lagi dengan menggunakan perkataan CELAKAmu.

Untuk makluman ..semua kita .. ada malaikat kiri dan kanan yg sentiasa mencatit amalan amalan kita setiap masa.  Tak kira hujan , panas terik, musim tengkujuh atau di saat saat Universiti Tengelam Habis Malaysia itu..  Buku amalan kita sentiasa dicatit dgn amalan amalan kita terpuji atau .. semua kutukan tersebut.

Tragedi berlaku bila .. kita sumpah .. 'bodoh kau ''  1000 kali sehari kpd isteri tua.  Maklumlah ..  santan dia dah banyak yg habis dan hampas sahaja lah yg ada. Saham pun dari isteri tua .. banyak yang rendah nilainya seperti dada dah banyak yg flat.  Gigi depan .. gugur satu per satu. Aduhai dinda!

Silap silap ..  masa kita sumpah itu .  malaikat .. mencatit menggunakan komputer lebih power dari Mac Pro ..  maka banyaklah sumpahan sumpahan itu terkena kepada anak anak bini termasuk anda sendiri.  Sebab itu ..ada mak bapak org itu tersangatlah profesional ..tetapi anak anak nya .. the 5 letter word - BODOH.

Why?  sebab utama ialah.. sumpahan mak ayah memakan diri sendiri.  Lagipun .. doa dan maki hamun ..mak ayah tidak ada hijab di sisi tuhan Robbal alameen.  Dia terima semua.  Kau puji pun DIA terima , kau maki pada diri sendiri pun ..Allah telan dan terima semua itu.  Kabul doa anda.

Bila ini berlaku .. sumpahan memakan diri sendiri ..  tak payahlah mencari kem summer untuk merawat tahap kecerdikan anak anak tuan/puan.  Payah nak hilang itu semua.  Lagipun summer camp bukan berjalan 1 tahun tempohnya ..sekadar 3 hari 4 malam bermain nyamuk ..lalat dan binatang berbisa dalam hutan di negeri Pahang dan Selangor ..nun jauh di sana dlm hutan.  After summer camp .. anak anak kita tak pandai pandai pun .  Why?  sumpahan kita pada anak dan bini tua ..sejak dulu lagi ..  melebihi 1 tahun lama nya.

Kita masih kekal dgn bini tua kerana .. mungkin:

(i)  dia anak org kaya dgn ladang sawit, bendang sawah padi , berderet -deret pohon getah ..
(ii)  ayah dan ibu mertua selalu sakit .. selalu ke hospital pakar .. menunggu masa .. jalan jer. Bila nak jalan ni?
(iii)  malu kat kawan kawan disekeliling kita .  MALU?  tetapi menyumpah seranah kat anak bini tak malu yer?

-----------

Oleh itu ,  kepada diri saya sendiri dan pembaca budiman ..
janganlah kita mengutuk dan memaki diri diri sendiri.  Janganlah kita menyumpah anak anak bini kita ..itu lagi pun dia mana ada ... kad matriks staff kerajaan yg sedang dikepali oleh BN pun .. mereka sekadar menumpang kasih .. dgn kita jer.  Kasihanlah kpd mereka.. ingat balik masa kita berkasih sayang dahulu ..pijak semua api pun tak mampus ..semut tersebut.  Tinggi tahap kesopanan kita di awal awal perkhawinan ..  tahap 'malu' kita pun boleh di sukat dgn skala LIKERT dari tahap 1 terRENDAH kepada tahap 5 CEMERLANG mengalahkan malaikat yg sudah sujud kpd Allah 100000 tahun yg lalu.

Banyakkan buat sembahyang sunat .. beristifar .. banyak banyak ...mandi banyak banyak ..org org alim kata if mandi banyak banyak ..kita punya tahap kemarahan ..  mungkin boleh diturunkan sedikit .. ke paras .. PIAWAI SIRIM.

-------------

Bawa diri bersyukur kpd Alllah ..kita ada bini dan ada anak anak .. kalau ada anak jantan 4 orang .. settle ..mereka leh usung kau ..ke tanah perkuburan dengan kadar EXPRESS punya.

Sedarlah tuan/puan .. sekarang semua benda mahal mahal punya.. so dah ada anak anak lelaki 4 orang ..tu ..jaga lah mereka baik baik sebagai amanah Allah.  Isteri pun amanah Allah.. Diri kita sendiri pun amanah dari Allah.  Semua ini ..akan disoal satu per satu ..

odit .. 4 biji kereta;  isteri lebih dari 1;  beg sekolah anak lebih dari 1 buah seorang..

oditing  lah diri sendiri.

Sekian.  Jangan kutuk diri sendiri.  Ucapkan lah astagh firullah / inna lilllah  hi wai in na hi rojiun ..

dan akhir sekali .. mintak maaf banyak banyak kepada ..bini tua itu, pak mertua dan ibu mertua itu .// berubahlah.

TUKAR.

tukar perangai gila kau itu kpd satu perangai .. yg mana .. Allah akan bangga kpd anda kembali.  Jom kita buat sesuatu supaya Allah sayang kpd kita .. lagi dan lagi.

Kalau marah kpd anak anak .. ucapkanlah :"BERTUAH KAU ANAKKKKKu"

Sekian.

walalhu aklam bis sawabbb.

0 comments:

Post a Comment