Satu ketika di saat hujung minggu pertama April 2013

Posted by sazali

Salam

Hari ini ..  entah kenapa .. aku terbangun agak awal dari biasa.  Jam 0330 pagi dah terbukak mata aku .. lantas aku bangun , ke tandas, basuh muka , dan ..  membaca buku La Tahzan ..jgn bersedih/ Don't be Sad. nama penulis ialah Dr 'Aidh bin Abdullah al Qarni.

2)  Bagus sangat buku ini.  Tulisannya simple dan sapoi jer.. kena banyak sasarannya terutama atas hidung besar tapi kemek aku ini (laugh). Aku tertarik dengan bab bab terakhir buku ini setebal 950 muka surat dengan harga RM27.50///  duit ini saya dapat hasil syarahan "Ralat dalam Matematik " di English College, JB sedikit masa lalu.  Alhamdulilah.

Bab terakhir menceritakan ..  betapa susah dan payahnya penulis .. tersebut .. belajar dari peringkat muda sampai ke peringkat MA (agama) dan PhD (agama) di sebuah negara Yaman nun jauh di sana ..panas lahh negara ini.  Dia berjalan kaki ..3 hingga 3.5 jam ke sekolah dan begitu juga tempoh masa yang sama .. bila pulang dari sekolah ke rumah.  Jadi jumlah masa penulis buku itu ialah .. 6 hingga  7jam sehari .. berjalan kaki semata-mata untuk menuntut ilmu.
Dia ceritakan dia cemerlang dalam subjek agama agama tetapi ..  kurenggg dalam subjek Bahasa INggeris itu.  Hushhhh!

3)  Apa yang menarik kepada aku ..mengenai penulis buku La Tahzan ialah ..  beliau senang tidur setiap hari/ malam.  Ini adalah anugerah tuhan kepada makhluknya .. bukan semua antara kita yg mampu tidur senyenyaknya , bukan?

walaupun .. kita mempunyai isteri cantik, anak anak yg hebat hebat, pangkat kita besar, mobil kita tercanggih ..    saiz dapur dan saiz tempat teduh kereta kita di luar sana ..  cukup selesa , nyaman, aman, hebakkk mu ..tapi  tuhan tidak menganugerahkan kita nikmat tidur yg baik sebaik penulis buku La Tahzan. Mengapa agak agaknya?
JOm kita korek ..mengapa jadi gitu boy.

4)  Jawapan mungkin ada di bawah ini:

4.1  kita kagum dgn kemewahan hidup dunia yg sementara ini.  Kerana kita kagum dgn kehebatan dunia ..kita sanggup buat apa saja untuk ..menikmati kuasa dunia dan kebesarannya ..  sampai ke satu titik .. semua harta perut bumi ini (contoh Serawak)  kepunyaan kita dan anak anak bini kita.  Bila ini berlaku ..  kita tak akan merasa puas ..  kerana sifat kepuasan itu ..bukan terletak dlm jumlah harta/ nikmat berbini muda dan lawa .. bahkan .. elok kita tahu bahawa .. nikmat kepuasan hanya terletak kpd jiwa kita yg selalu mengingati Allah sepanjang masa .. malam dan siang (rujuklah Al Quraan).

4.2  sebab kita rasa ..kuasa dunia itu .. target hidup kita laki bini ..  kita sanggup membunuh musuh yg cuba menghalang ... cita cita agung tersebut.  Banyak sejarah ..di Malaysia ..  membuktikan perkara ini. Salahsatu cerita tersebut ..deng deng deng .. al kesah ..  Di negeri Sembilan .. satu masa dahulu 1980 - 1995 .. ada orang kuat politik pro kerajaan  sanggup menembak mati musuh politiknya. Bicara punya bicara dalam mahkamah ...  keadilan ..  orang kuat itu ..terlepas .. kerana ..dapat perkenan kemaafan dari Seri Paduka Baginda yg Di Pertuan Agong ..

walaupun dia bebas ..  macam burung .. tapi .. morale cerita ini akan diulang ulang cerita oleh anak anak cucu kita sampai bila bila ..iaitu  ..  ada manusia sanggup membunuh orang yg cuba menyekat cita citanya menjadi orang hebat politik / kuasa di Negeri Sembilan itu.

Orang begini ..mana bisa dapat tidur senyenyak penulis buku Lal Tahzan tersebut - Dr 'Aidh bin  Abdullah.

4.3  kita tidak tahu bersyukur dgn nikmat yg sedang ada di hadapan mata kita.  Yang kita mahu lebih dan lebih ialah ..benda benda nun jauh di sana.  KIta nampak rumput hijau ..di luar pagar rumah kita lebih tebal, lebih trim dgn cantiknya ..  dari rumput-rumput kurang berbaja (tak cukup water siraman kot)  kita dalam rumah tangga kita ini.  Hushhh ..rumput Argentina bergelar Pampass idaman dia itu .. Entah dapat entahkan tidak.   in short  :  bagaimana nak tawan hati bini orang itu ...?

akhir akhirnya ..  berjayalah ..  cita cita dia ..nak beristerikan bini orang tersebut/  maklumlah dia ada kuasa dan cablenya ...  our cables are a bit expensive lahhhh ....

tapi sayang seribu kali sayang ..selepas belayar hari ke hari ; malam ke malam dgn isteri keduanya ini  ..  tersangat mudanya isterinya iniii ..

irkkkk .. tak ada beza sangatlah  .. barang si isteri termuda ini  dengan barang lama si isteri pertamanya itu//(rujuk :kesah sahabat Nabi Muhammad s.a.w bila gila kat pompuan lain .... satu ketika dahulu)

alangkah bodohnya .. orang tamak haluba ini/  bukan sahaja dia menjahamkam rumah tangga orang lain ..  tetapi wal hasil ..rumput kegilaan barunya itu ,,   tak banyak sangat bezanya ..  aduh bodohnya dia?


----
Rumusannya:

Orang macam ini ..payahlah nak dapat nikmat tidur senyenyak tidur penulis buku / novel terlaris di Indonesia/ Malaysia ini Lal Takzan / Don't be Sad ini.

Kita dapat nikmat tidur yg nyenyak ..

bila

a) kita sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah telah kurniakan .. kpdnya.  Kenikmatan kesihatan, selera makan , berpada pada dengan apa yang ada ..

b) kita sanggup memaafkan sahabat/ musuh kita hari demi hari/ satu zaman kita dipuji melangit dan satu zaman lain ..kita dikutuk macam orang bersalah kes Altantuya Saribuu itu ( terlepas lahhh dia ...)

c) kita  mampu meredhai dengan pemberian tuhan kpd kita kerana .. semua apa yg berlaku ini..semua sudah tertulis oleh Allah .. sejak dahulu lagi.  Kita mesti redha jika markah matematik kita sentiasa top of the class dalam fakulti luar negara sana sepanjang masa ..  kita redha bila markah English SPM / O Level selalu dapat grade A sahaja ..  kita redha ..dengan tesis masters dan thesis PhD kita .. kita redha dengan kereta buatan nasional kita Proton Wira / Proton Iswara yg mana nak bayar tol kita kena bukak pintu kereta ..aduh azabnya .. / Proton Exora ..   kita redha ..  dengan apa yg termampu ini sahaja ..

kita redha dgn jumlah kawan kawan sekeliling kita dan kita redha dengan tempat bertugas kita siang dan malam.  Kita redha mempunyai drebar universiti membawa kita ke KLIA .... jika ada tugasan di luar negara sana .. semata mata untuk promote .. program pasca ijazah ..yg dijalankan oleh fakulti kita.  Pendek kata ..kita redha apa yang ada seada-adanya ..

Dengan sifat itu .. kita mampu tidur di mana mana jua.  Bila ini berlaku ..kita akan menikmati kualiti hidup yg cukup manis ..  hanya  Allah Taala yg tahu betapi tinggi kemanisan hidup tersebut.

Oleh itu jom ..kita hargai lah pemberian tuhan ini sebelum terhakisnya  kuasa

**melayu yg ada di bumi Allah ini ;
*memerintah negara ini oleh orang orang melayu;
**memberi/ menerima hadiah biasiswa pelajaran kpd anak2/ cucu2/ cicit-cicit kita ini kerana selama ini kita ada

keamanan, kestabilan, kebahagiaan .. keharmonian .. keseronokan hidup berbilang bilang kaum tanpa membezakan warna kulit , pegangan agama ..

demi ..Malaysia tercinta.

Kita mesti prihatin mengenai perkara ini sedalam-dalamnya.

Anda bagaimana?

Allah hu aklam bissawab!  ( god knows best).

  



0 comments:

Post a Comment