Salam
Sifat Budak Universiti
Syukur anda bergelar pelajar university. Kalau dibuat penyelidikan yang rapi setiap
kali budget Malaysia, sekurang-kurangnya 30 peratus badget Negara
diperuntukkan untuk maksud pendidikan termasuk
belajar dalam dunia university diluar Negara atau pun local. Betapa untungnya kalian. nok cari mana lagi negara serupo ini?
Di sini saya turunkan beberapa sifat sifat asas bagi
seseorang pelajar university sama ada IPTA / IPTS. Ini bermaksud supaya Negara kita dapat
dijaminkan terus bergerak maju kerana anda adalah bakal pemimpin pada masa
hadapan. Bagus anda ..baguslah negara!
Maju sesebuah negara bergantung kpd kualiti belianya terutama tahap pendidikan mereka masing-masing.
Terdapat 10 sifat dimiliki oleh pelajar universiti secara global :
- 1) Bijak – lulus dalam STPM/ Kolej Matrikulasi / Politeknik CGPA > 3.70 terutama matematik, statistik/ he..he..
- 2) Sihat tubuh badan , sihat fizikal dan mental. Boleh tidur malam sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
- 3) Suka membaca bahan bahan ilmiah sama ada dari kuliah atau tidak (IT)
- 4) Membaca dengan fikiran kritikal, rasional dan analitik untuk melihat inti pati penulisan
- 5) Mampu berbincang secara improtu mana mana topic merangkumi politik, sains, ekonomik , IT dan lain-lain dengan penuh keyakinan
- 6) Mampu tersenyum apabila ideanya dikriktik dan menerimanya dengan harapan boleh belajar dan bertindak seterusnya
- 7) Berpakaian seperti warga yang pandai, bermaruah dan berakhlak mulia
- 8) Buat appointment/ temujanji bila mahu berjumpa maha gurunya. Penuhi janji bertemu itu. Bila datang berjumpa dengan maha guru .. buatlah sedikit persiapan sebagai bahan rujukan
- 9) Cara bercakap .. orang luar boleh tahu ..kita budak university .. bunyi BIJAKjah !
- 10) Tidak akan menangis macam heroin Hindustan bila result TEST / peperiksaan finals mendapati anda GAGAL dan diberhentikan. Elak dari membuat rayuan berbentuk filem melayu zaman dahulu kala seperti membawa semua orang kampong termasuk ibu ‘tiri mudamu’ bersama-sama dengan buah durian gred 101 dalam sebuah guni diperbuat dengan kain. (laugh). Saya banyak pengalaman ini bila saya menggagalkan pelajar-pelajar saya di politeknik kota bharu pada tahun 1992 ~ 2002 dalam subjek matematik, statistic dan matematik pengurusan. Kadang-kadang mereka datang dengan surat berkepala UMNO ..ada bendera UMNO ..kuning, merah dan keris Hang Tuah. tapi jangan risau ..saya fail je mereka.. maaf .. be a Profesional.
Sekarang ini , mengikut pemerhatian saya .. ramai pelajar
tidak suka membaca untuk maksud mengali ilmu , mencerna ilmu dan membaiki tahap
pemikiran dan ilmu. Setengah mereka
datang ke library semata mata nak siapkan assignment, homework dan berpelisiran
sesama rakan rakannya. Rugi dia ni!
Ini adalah kerana ramai pelajar suka membaca bahan bahan
bukan berbentuk ilmiah seperti gossip dan berita yg rendah kualiti akademiknya
seperti mengorek nama anak pertama aktres tersohor di Malaysia ini.
Sebagai maksud akademik .. berikut pula
Sifat pensyarah Universiti dari pandangan orang kampung di negeri saya bersempadanan dengan Thailand - ada Takba dan Pekan Golok.
Dan tidak lupa juga secara global terdapat 9 sifat utama yg dimiliki oleh pensyarah university iaitu:
1) Sihat tubuh badan iaitu dapat bergerak dari
satu bangunan ke satu bangunan kampus tanpa bantuan orang lain memikul beg hijau komputer notebook, ada kain pelikat nok gi solat ; dapat berdiri semasa dalam kuliah sepanjang 1
atau 2 jam sekali gus
2) Mempunyai
sijil Ijazah, sarjana dan Ph.D dalam bidang kepakaran - kuliahnya
3) Mampu
buat penyelidikan FRGS, ERGS dan lain lain
4) Telah
berhasil menulis sekrang-kurangnya sebuku ilmiah @ artikel dalam konferens, jurnal berwasit
5) Boleh
menerima teguran dari KJ, TD, Dekan, orang orang atasan universiti dengan dada terbuka ( kacing baju tercabut sudahhh..)
6) Suka
membaca, berbincang dan menerima pelajar untuk dibimbing ke arah keilmuan yg mantap
7) Tidak
berat sebelah dalam menyokong kefahaman politiknya seperti Pro-UMNO membabi
buta atau membawa imej ahli PAS dengan kopiah putih bercampur lilitan kain berwarna hijau dan badannya berbaur minyak atar kayu keras (padang pasir) sepanjang masa
8) Professional
dalam persediaan P&P dan kerja dengan penuh dedikasi dan komited
9) Sentiasa
menjaga nama baik diri dan university terutama dalam proses lawatan industry
dan menyelia student dalam program PhD industri. Oleh itu elakkan dari
hidup melebihi kemampuan sebenar. Dalam
kata lain .. jauhkan diri dari menjerumuskan dalam dosa besar seperti
rasuah, berzina, fitnah, menipu dan khianat anak anak bangsa sendiri.
Insyallah Selamat.
Saya ingatkan diri saya terlebih dahulu tentang perkara-perkara di
atas..ingat tu?
Wallahu aklam.
Selamat Menempuh alam akademik ini sekarang , esok dan hari
hari yg penuh cabaran.
0 comments:
Post a Comment