Salam.
Blog Tun Mahathir disekat oleh Facebook! Begitulah berita sensasi semalam dari yahOO .com. Didalam tulisan Tun..beliau menyelar bangsa yahudi. Walaupun mereka tidak ramai di bumi ini sekitar 100 juta orang dibandingkan muslim 1300 juta, teknologi canggih manggih semua mereka kawal, kuasai dan ciptakan. Tun kaitkan bangsa yahudi sebagai kaum yg dihapuskan oleh Hitler di Jerman pada tahun 1940an tetapi ..saya khuatir penulisan beliau akan membawa padah yg banyak kpd warga muslim amnya dan student malaysia khususnya yg sedang menjalankan kajian n penyelidikan di eropah dan amerika. Jika kita melayu benci yahudd , sudah tentu mereka benci pd kita juga. Sudahlah 2 buah pesawat malaysia hilang n dihancurkan .. kita tak tahu bala apa lg akan menimpa kita selepas Hari Raya 2014 ini. Seorang yg sudah hidup 89 tahun ..mungkin dia tak lama merasakan kesan serangan penulisannya ke atas kaum yahuud ..tetapi bagaimana anak cucu kita di luar sana? Kuatkah kita? Teknologi apa yg kita ada yg boleh melawan n menakluki mereka ..facebook pun kita menumpang kepandaian mereka. Banyak syarikat kejuruteraan berat berat ..ketua industri, saintis ..adalah golongan mereka. Rasa rasa bolehkah kita cabar mereka? Pak arab saudi dgn doa doa mirip nabi pun tak terdaya nak mengatasi ..kekuatan yahuud ..saya bimbang kesan sampingan yg akan mula ditujukan kpd kita melayu yg tersohor sifat rajin, bebas dari subsidi kerajaan, bangunan bangunan tersergam indah hasil tangan kita sendiri dan kebolehan memyelesaikan masalah , inovasi dan kreatif ..dalam kalangan belia melayu kita. Saya nampak ..tulisan Tun akan menjemput padah dari benda benda besar sehinggakan kpd benda benda kecil. Tengoklah. Terima kasih tuan. Salam dan doa.
Salam
Tak lamo dah .. hari rayor kito.
Tiap tiap hari aku tilek-tilek tiket fire fly penang - kb . Semalam mungkin 20 kali aku ..baca .. takut takut silap ejo nama aku
takut takut ..silap .. betul kor 26 JULY 2014? ..miss flight lah ..menangih mak oii ..
i want to celebrate hari rayo this year dgn ibu badly .. dio selalu sakit kebelakangan ini .. plz Allah ..keep her on ..nak mintok ampun dgn mak banyak banyak ... lah this year rayor ..
Sempena itu ..
ingat nak tulis ini .. jah kat kalian (leh?)
" air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku
kapas tak selalu putih
begitu juga hatiku
CPU computer tak selalu OK
begitu juga otak ku
langit tak selalu biru
begitu juga hidupku
jalan tak selalu lurus
begitu juga langkahku
programming codes tak selalu logik
begitu juga celoteh ku
jika maaf itu boleh diungkapkan hari ini
why should I wait much longer to express Happy Hari Raya Every body
maaf banyokkkk-banyokkkk deh? "
Sekian.
Dr SK ( pasir puteh maghi lah)
Salam
Kita mungkin tak jujur mengisi borang soal selidik dari pihak luar.
Bukan setakat pelajar-pelajar sahaja yang mungkin tidak jujur .. orang orang yg matang pun tidak jujur.
Kita lokek dengan 'masa' kita. Sebab nak mengisi borang memerlukan masa .. baca, fikir dan jawab. Payah ini .. orang kita lokek sedikit dalam bab 'memberi masa untuk faedah orang lain.'
2) kalau menderma duit .. rasa rasa lebih ramai lagi bangsa melayu yg pemurah tetapi dalam aspek mengisi borang pelajar masters/ Ph.D / penyelidikan .. kita teramatlah lokek.
Maaf.
3) Bila kita lokek .. kita jawab .. pakai bantai sahaja. Akhirnya..kualiti penyelidikan tidak tepat dan tidak membawa apa-apa makna/ kesan kpd masyarakat luar.
4) saya menulis benda alah ini kerana saya membaca cara kerajaan Singapura menilai guru guru sekolah rendah mereka. Masyallah! Singapura punya borang mengeluarkan data yg ada nilai validity dan reliabiliti yg tinggi. Cara mereka membina borang dan mendapat kerjasama ..mengalahkan sistem prestasi guru guru di Amerika Syarikat. Mengapa? guru guru Singapura .. mempunyai disiplin yg tinggi dan sayang etika kerja perguruan mereka. Mereka mengisi borang kaji selidik dengan cermat. Tanggungjawab ..mereka kata! tanggung jawab bersama.
5) Di sini walaupun majoriti guru mendengar khutbah jumaat setiap minggu, 30% guru wanita mendengar program agama dari TV berbayar atau pun tidak .. sikap kita mungkin achuh tak achuh. Saya kadang-kadang tertanya pada diri ini .. apakah yg menyebabkan kita nampak nak laju sahaja. nak kata Umur muda, ..wajah masing masing nampak dah berkerut dahi, ...tanda umur 40 - 60 tahun sudah. Nak kata ..suami ? ramai guru guru melayu sudah berumahtangga. /Oleh itu .. saya tertanya-tanya ... apakah yg sebenarnya berlaku dlm diri kita secara individu, kelompok guru dan seterusnya masyarakat melayu .. kito lorak nok gi manor? why the rush? what the rush? Resoh jah! resah gelisah?
6) Dulu kita sibuk nak jadi guru, pensyarah, pegawai kerajaan ... bila dah dapat .. lain pulak jadinya/ tak takut ker ... bila tuhan tanya ...mu lorak nok gi manor tu? Maaf saya memberi jawapan .. simple jer ...may be iman kita terlampau nipis/ tohor //kita tahu macam macam .. .. tetapi sayang kurenggg mengamalkannya. Ikhlas dalam perkhidmatan? he..he.. ikhlas ini terlampau jauh untuk diukur. Kita kena berusaha keras kearah kualiti iman masing-masing.
Apa itu iman? Cucu saya yg paling senior ialah iman s( ). Bukan nama anak atau nama cucu dlm konteks di sini.
Iman is .. kita takut kat tuhan. Tak nampak tetapi kita tahu .. Allah perhatikan kita .
Iman ada kaitan dgn takwa kita kpd tuhan.
So oleh itu ..sempena bulan baik, hari pun baik , lagi pun gaji untuk beraya dah masuk dan habis .. elok kita kita fikir dengan serious ..adakah kita jujur dalam kerja buat kita masing-masing. Jangan lokek dengan masa kita. Berilah masa kita untuk kebaikan orang lain sekali sekala. Jika pelacur dapat masuk syurga (cerita pelacur dengan anjing dahaga di Gurun Sahara) kerana sifat ikhsan Allah kpdnya .. saya khuatir tuhan tersangatlah murka kepada kita guru ... tok ser we maso isi borang penyelidikan pelajar-pelajar. Ayah ibu adalah guru kpd anak anak kita sendiri.
Janganlah lokek kawan-kawan. Tidak kasihankah .. ada pelajar memberi 100 keping borang kaji selidik .. kpd para -para guru tetapi selepas seminggu dua .. dia hanya dapat mengutip data dari 28 orang guru sahaja. 72 guru adalah berstatus LOKEK @ kedekut. Tak kasihankah kita kepadanya? Dia pun nak bekerja juga satu hari nanti. Mereka nak khawin , beranak pinak macam kita jugak. Ingat tak nilai-nila mulia, jujur, simpati, kasihan belas yg selalu pihak KPM / JPA war war kan itu. Kasihanlah sedikit kpd pelajar pasca siswazah ini semua? Bagaimana jika pelajar itu merupakan anak tuan puan sendiri? Sudah tentu .. kito mureh.
Ayuh ..kita seharusnya berbuat sesuatu .. agar mati kita esok ..kita tidak akan menyesal sedikit habuk pung. Mengikut Tuan Guru Nik Aziz .. orang kedekut ... tak kan berbau syurga ..apatah lagi memasuki syurga Allah ...
Sekian. Maaf jika tergoreh hati mu .. wahai kawan. Mengikut laporan ..hasil kita mendidik anak anak orang lain selama ini.. prestasi matematik dan sains terutamanya semakin jatuh .. Bak por agok-agoknya? Bendo motivasi ini bukan setakat di masjid-masjid tetapi .. kalian telah dibawa ke resort , hotel, gunung ganang bagi membaiki prestasi individu dan organisasi .. so .. why oh earth is the performance of our 15 year old + is getting worse and worse? Kito duduk di tangga 39/44 buah negara di dunia. Jom kita samo samo fikir dan renung sejenak. TQ.
Wasallam.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Bathin! duit rayor cikgu?
Salam
*clue= PHR = pagi hari rayor aidil fitri
Selalu selepas solat hari raya .. kami ke pusara ayahanda dan nenekanda tercinta. Di sana ..kami .. membaca Al- Fatihah, Surah Yaseen dan buat sedikit tahlil untuk mereka. Tempoh masa ..lebih kurang 45 minit .. kerana matahari dah tinggi.
Kami mula berziarah ... ayah dan emak saudara, sepupu sepupu dahulu pada hari pertama. Kadang-kadang sampai ke malam baru kami pulang ke rumah.
2) Semasa di sana .. kami dijamu makanan ..sate, ketupat, soto, dan macam macam. Rasa rasa perut cukup terkejut .. dengan input makanan banyak - lain dari biasa ..maklumlah 30 hari dah tak makan pagi .. sekarang semua benda makan kecuali ....(he..he..)
3) Selain dari makan minum , kami bertanya khabar ..sepupu sepupu yang baru pulang dari luar negara, luar negeri .. dan di sebelah kampung ini sahaja. Seronok ..tak terkata ..tetapi awas jgn bercakap berlebih-lebihan. Org perempuan ..suka sangat mengziarahi sanak saudara kerana .. sejak setahun berpisah , ini lah masa boleh bertemu secara life .. jika tidak FB FB sahaja. Dulu bertanya juga pasal harga kain itu dan ini ..tetapi sekarang .. agenda utama perbualan ialah .. cucu dah berapa ramai? Di mana mereka?
4) O yer.. melawat sana sini itu ..jangan lupa solat zohor dan asar , maghrib ..terutama kaum ibu itu. Tak apa .. tanggal make-up make-up pun tak apa .. selepas solat .. conteng semula. Sabar!
5) Selepas/ semasa bergerak dari rumah uncle #1 ke rumah uncle #2 .. kami tak banyak bercakap kerana masing masing penat makan. Perut pun dah terik dari keadaan biasa ..sejak pagi tadi.
6) Musim raya .. anak-anakkulah yg palling suka kerana mereka dpt hadiah wang selain dari makan mkn mknan yg beranika juadah. Duit abah makin licin maklumlah ..anak anak saudara tahu .. tebal poket baju melayunya datuk itu! bertuah punya kalian... (he..he..). Kanak kanak tak sibuk dengan darah tinggi / rendah; kolesterol tinggi atau pun tidak ..hutang kredit kad banyak mana lagi .. yg penting uncle untie angkat semua makanan itu ke depan (meja utama). Pandai pandailah mereka mereka bentuk cara bagaimana nak melicinkan kek bertingkat 3 atau lebih. Kalau tidak pun ..mana kek chocolate itu Che Rohhhh?
Saya melarang ahli keluarga untuk berziarah melebihi 1 jam bagi 1 rumah kerana mengikut planning ..kita ada 13 buah rumah lagi selepas ini bagi hari pertama. Bayangkan .. driver punya perasaan dengan masalah jam / machet / perut sakit/ seluar baju melayu sudah semakin ketat emak ooi! Kadang-kadang nak terkencing jugak. Syukur ayah li ..belum sampai peringkat pakai pampers orang dewasa lagi ..Syukur. Tubuh drebar ini masih sihat. Alhamdulilah! ( amalanku ialah makan bila lapar , berhenti sebelum kenyangggg .. ikut sunnoh Nabi Muhammad s.a.w.). So bak por mu gi rayor nyor? alah ..just to meet my uncles, unties, nephews and nieces. We have been away far too long, right?
Sebelum tidur ..kami menunaikan solat isya lah. Solat subuh di masjid masih menjadi target dalam ingatanku lagi. Hari Raya kedua ..giliran saya berlakon sebagai tuan rumah .. habislah pitih aku kali ini .. mak dio ..wak turun duit rayor 2 rial 2 rial tu.. aduhai ... [inilah nikmat jadi org tua].
Sekian.
wasallam. Happy Raya every body.
Salam
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan bathin kpd pembaca pembaca budiman tidak kira di mana anda berada.
Terima kasih dengan sokongan moral tuan/puan semua termasuk pelajar-pelajar di United Kingdom, USA, Russia, India, China, Australia, New Zealand, Madagascar, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Brunei, Thailand dan .. ( saya doakan anda beroleh kejayaan dalam semua bidang yg diceburi . Ameen.)
Maaf dipinta maklumlah .. saya manusia biasa.
Sekian.
Wasallam. p/s: drive carefully please
Salam
Sebut sahaja perkataan 'bila' , ia merujuk kepada satu tempoh masa.
Contoh masa ialah:
1) alam rumah tangga .. dari titik awal akad nikah, boleh anak , membesarkan anak dari 1,2,3 ..hingga ke 'n' ; khawinkan anak; dpat menimang cucu dan .. tiba-tiba mati. Panjang peristiwa itu bukan ...tetapi itulah satu tempoh masa!
2) alam perkhidmatan pendidikan (GURU) - mula dari detik masuki maktab perguruan , dapat posting pertama di Sabah , kenal itu dan ini, naik pangkat DG3 (siswazah) ...DG54 (Pengetua) , tukar sekolah, tukar jabatan PSPN, JPNKelantan ..dan tiba-tiba cikgu kito dah mati. Panjang jugok peristiwa guru ini. Ini pun masa!
3) dan seterusnya dgn alam pekerjaan masing masing.
--------------------
Dalam konteks sedemikian, Allah bersumpah dengan masa
bahawa kito semua manusia ..dalam kerugian.
org kahwin rama pun rugi, tak khawin pun rugi..
orang dipanggil guru rugi, tak dipanggil guru pun rugi .
org kulit putih rugi; orang kulit gelap pun rugi ..pendek kato rama nya orang dilabelkan rugi atas dahi masing-masing
kecuali
kita beriman dan beramal soleh.
Dan buat usaha ajak mengajak pada benda yg baik dan terus bersabar ..
-----------------------------
Tuan/Puan/ Adik/ Kakak sekalian
kita hidup atas muko bumi sekali sahaja. tak ada lagi orang mempunyai 2 sijil kelahiran , 2 tempat dilahirkan pada masa yg berlainan.
Bila berada di atas muko bumi ini ..inilah peluang terbaik bercucuk tanam untuk faedah kita dunia dan akhirat.
Rama kita faham apa itu dunia. Org celik mato faham dunia, dan orang mata buto pun faham jugak ...
tak ada orang tak faham .. dunia itu apa.
tetapi bila sebut akhirat .. rasa rasa rama antara kita .. mempunyai .. perasaan bahawa ..benda akhirat ini terlampau jauh dari sini.
Sedarlah penulis ini dan para para pembaca ... akhirat bermula sejurus kita diistiharkan mayat/ mendiang/ arwah ..dan benda ini boleh berlaku bila bila masa sekali pun.
tengok sahaja penumpang MH17 dan MH370 .. sebelum mereka terbang ..macam macam perancangan yg telah diaturkan/ fb fb mereka membuktikan plan .. mereka ..tetapi ..mereka tak sedar ..seminit ke hadapan itu mereka akan bertemu maut ..dan di situlah bermulanya .. alam akhirat.
3) Alam dunia dan alam akhirat berbeza .. sakan. Satu boleh napok terang benderang .. boleh fb fb, chit chat, handset, calling calling tetapi
alam akhirat ..siapa pun tak tahu kecuali Nabi Muhammad s.a.w.
Kita buto. Sebab kita tak nampak alam akhirat. Orang buto perlu bimbingan orang yg ada mator. Di sinilah kita memerlukan bimbingan orang paling celik har ini .. nabi muhammad s.a.w.
Orang buto ..jika dia keras kepala ..tak mahu ikut arahan org yg ada mator .. itu kerja bodoh. Tak lama lagi org buto akan masuk lubang dan terus hancur. Tengok mayat mayat org org tersayang dalam tragedi MH17 itu. Apa sudah jadi?
Kita buto .. kalau nak selamat kita keno ikut Nabi Muhammad. Kalau berdegil jugak gak .. memang benar kito gilo. Org gilo tak lamo .. dok atas muka bumi ini. Tak lama lagi dia ditangkap dan .. hancurlah dio.
Untuk maksud itu ..ayuh .. kita jaga masa kita ini. Tak lama tempoh masa yg diberikan oleh tuhan ya robbal alameen. Mungkin esok ..tamatlah dia. Tak takut engkau?
Kit asemua ada otak. Gunalah otak untuk .. sukses kita anak beranak. tak kira rambut mu kerinting atau pun tidak.
Gunakan otak. Tuhan kato kita semua rugi. Kecuali .. (baca ayat ayat paling atah itu).
Sekian.
Saya sudahi ..dengan mohon maaf jika mu tok suka ..penulisan ini. Saya sekadar posmen sahaja.
Tempoh masa jadi posmen bukannya lama .. tetapi .. tak apa ..saya sudah sampaikan amanah Allah pad anda semua. Panda panda lah kito semuor.
wasallam. p/s: Mari kito berdoa bersama-sama muga-muga mereka yg terkorban dalam nahas MH370 dan MH17 .. selamat di sana ( alam barzakh @ akhirat). Ameen.
Salam
Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Terdapat 3 bangsa untama di sini - iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka hidup rukun damai sejak dulu 1957 hinggalah sekarang.
2) Oleh sebab keunikan tersebut, bila melayu beraya puasa dan haji ..orang cina dan India turut serta meraikan dengan mengambil cuti kerja dari jabatan -jabatan masing-masing. Bukti ialah .. lebuhraya penuh dengan kereta sejak 3 hari sebelum raya puasa hinggalah 3 hari selepas raya. Oleh itu, kita sebagai orang yg rasional hendaklah berwaspada di atas jalanraya yang sibuk dan merbahaya itu.
Mengikut statistik polis PDRM, jumlah kematian setiap kali perayaan di negara ini ialah di sekitar 200 + . Ini bermakna ..tiap tiap hari ada tragedi ngeri melibatkan mana-mana penumpang tanpa mengira bulu, warna kulit atau jenis kenderaan masing-masing. Satu hari sebelum raya, tempoh masa perjalanan kereta dari Kumpur ke Kota Bharu melebih 12 - 18 jam. Cukup sensasi!
3) Sempena hari baik bulan baik ini , ada saya turunkan di sini DUA pedoman untuk anda. Bagus tuan/puan ikuti insya allah :
3.1 berlepas awal ..balik ke kampung. Contohnya 5 hari sebelum beraya puasa dan balik ke tempat bertugas 2/3 hari selepas beraya. Elakkan dari berhari raya di atas jalan raya .. di Kelantan contohnya, anak anak mereka yg jauh mencari rezeki banyak menghabiskan masa atas jalanraya bila pulang beraya .. kerana saiz jalanraya yg terlampau sempit. Jika negeri Johor sudah ada 4 - 6 lane di Batu Pahat, di jalanraya Ketereh - Kota Bharu - masih ada 2 lane lagi. BOTTLENECK! Cukup bersabar mereka itu tetapi membosankan apatah lagi jika hari panas terik!
3.2 jangan ikut stail orang biasa beraya. Time orang makan minum pada pagi pagi raya pertama, kita cepat cepat beraya pada hari itu juga dengan sanak saudara. Contoh kita berkunjung ke rumah atuk dan nenek sejurus selepas subuh. Di kala itu ramai anak anak perantau yg baru tiba dari jauh seperti Kumpur dan Johor Bharu , mungkin masih nyenyak tidur di hadapan TV rumah. Jika kita beraya ..keluar berziarah sanak saudara pada hari ke-2 hingga ketujuh ... sudah tentu kita akan banyak makan biskut kering kedai dan minum air mineral di atas kenderaan masing-masing. Lagipun , waktu pagi dan ptg cukup cepat berlalu. Dulu saya sempat melawat 2 buah rumah sahaja sehari. 1 rumah waktu pagi 1100- 1300 dan sebuah rumah lagi dari jam 1600-2000 ptg. Waktu waktu lain ..drebar utama sudah penat maklumlah kaum lelaki berpuasa 30 hari bersertakan dengan sembahyang terawih 20 rakaat banyaknya setiap malam dan bertadarus Al Quraan. Penat jugak tu tuan tetapi ... Alhamdulilah!
Orang sukses ..ialah mereka yang berhijrah dari stail lama kepada bentuk dan stail lain. Jangan risau apa org lain kata kerna setiap insan dibekalkan dengan satu jenis mulut yg elastik. kalau berani - cuba ini - Elak dari membawa orang rumah dan anak anak dara kita ini. Banyak statistik menunjukkan ..bahawa org rumah dan anak anak dara ini lah yg melambatkan agenda ziarah menziarahi ..kerana .. bila mereka sudah siap memakai pakaian cantik cantik , sesi bercermin lama lama depan cermin - nah status jalanraya sudah jauh berubah dari sifat jalan lenggang kepada sifat jalan sudah machet pak(jammed)! Cuba try stail terbaru di atas. Insyallah berjaya. Tuhan tidak akan murka pun kepada anda yg hanya menghantarkan wakil untuk agenda ziarah menziarahi untuk kali ini.
Sekian.
Walllahu aklam bis sawab.
Salam
Hari Raya ..paling sesuai untuk kanak-kanak.
Kasihan kpd ibu ayah mereka, bukan?
Apa tidaknya ... macam macam kena ambil peduli seperti:
1) baju raya, kuih raya, duit raya untuk anak anak jiran
2) zakat fitrah
3) ibu ayah .. apa nak bagi kat mereka tahun ini? tahun lalu .. selendang dan kain pelikat chap gajah dah .. tahun ini apakah yang sesuai ini? nak hulur berapa ..mak dia kat ayah dan mama ini ???
4) melawat pusara nenek moyang kita .. stahun sekali .. bawalah Al Quraan tuan/ puan .. pastikan jgn main tablets dan IPad atas pusara orang orang tua kita tersayang.. sedekahkan Al Fatihah ..dgn ikhlas
5) status jalan raya ... dari Kota Bharu ke Jerteh melalui Pasir Puteh, Kelantan. If jam .. bolehkah ..kita melawat sanak saudara ini? pelik .. tak berubah rubah keadaan jalanraya ..di Kelantan ..musim rayo sejok zaman dahulu lagi .. kato rama ore kelantan panda-panda .. perancang bandar, jurutera juruteri di sana sini ..bak por di luar sanor panda rancang Putrajaya comel jah jalanraya ..tetapi di sini Kota Bharu ke Ketereh .. berjam-jam baru sapa musing rayor ni // gilor ken?
6) status budget pra - experimental - pasca rayo .. boleh tahan ke duit kito ...dari sekarang sapa hari Merdeka 31 ogos tu? aduhai .. tidur bilik air cond ..tetapi .. peluh jugok dahi yg berkerut ini .. teringat mok ayoh kito di kampung tuhh..
7) tahun ni ..rayor .. laki bini .. ok kor? dari statistik, pagi rayo ..mintok maaf ko tok laki .. masya allah ..keluar air mato kucing .. tetapi tok deng sapa asr .. macam macam dah .. bini lawan tok laki .. (ha..ha..) puro puro blako blako .. pergi dah ?
8) nok kecek gapo ..rayor ni? dulu .. projek khawin anak dara .. now ... issue MAS semakin parah kot .. kasihan status kewangan MAS la ni. If aku perdana menteri .. aku wajik semua rakyat ...naik MAS mulai hari ini.. hiduk atau mati.
9) kereto kito tu dah servis kor che abang weh? jauh naik bukit tahun ni .. penang - grik - jeli - koto bharu/
10) fikir-fikir -- dapat kor ..malam lailatur qadar ..kito tahun ini nyor? tuhan terimo kor ibadat puoso ni .. 15 hari tengok bola dan 15 hari .. dok pikir benda benda di atas?
11) Al Quraan tak khatam lagi. Bila nok khatam ni?
Begitulah tuan hamba. Jadi ayah ibu .. banyak cabaran. Yang tak mahu.. melihat ibu ayah kito yg semakin tua .. menangis tengok kito .. lepas setahu setahun .. anok kecik ..sokmo sokmo .. nok bersalam rayor .. pun ..tangan sebelah tu ..bau najis anok kito .. aduhai?
Sekian.
Yang baik dari Allah ..yang kurang kurang ..semua kesalahan saya.
Happy Raya ..everybody. Dont get yourself killed, ok?
Wasallam.
Salam.
Orang orang tua bilang 1-2-3 .. bahawa manusia merancang, tuhan berkuasa menentukan. Ini terkandung di dalam kalimah toiyibah "La ilah ha ila llah .." bermaksud Tuhan maha kuasa , manusia tidak ada kuasa apa-apa pun.
Bukti -bukti saya mengatakan begitu:
(i) dua manusia bergelar ..lelaki dan perempuan. Mereka mendirikan rumah tangga secara islamik. Walaupun mereka mahukan anak (zuriat), tuhan yan menetukan semua ini. Ada orang badannya sihat ..berlari laju macam Hussein Bolt . makan multivitamin macam macam .. .tetapi tuhan tak mengurniakan anak-anak kepada ereka satu orang pun ..walaupun mereka berlari rata rati dunia dengan memakan ubat, ulam dan masyallah ..tak ada anak pun?
ada orang Bangladesh ..dari pemerhatian fisikal mereka , nampak jer badan mereka sudah 10 tahun tak makan .. siang dan malam ..tetapi dengan kudrat tuhan ..mereka berjaya menimang cahaya mata setiap tahun 2 orang. Secara matematika, dari 35 tahun perkhawinan ..mereka dah dapat anak seramai bilangan pelajar satu unit kelas di MRSM PC . Yes ..40 orang! ajaib? Syukur tuhan maha kuasa dengan berkat perkahwinan dia dengan 3 orang isteri yang berbadan besar ..jauh besar dari sang suami. Ajaib? boleh hidup dia dengan badan serupa ayat di atas.
(ii) ada student sudah 3 hari tak makan, lembek serba serbi dan minum pun dari batang paip masjid sahaja. Dia tidur merempat di merata rata masjid dan surau. Satu hari ..terpandang dia oleh arwah kak pah (Syarifah Aini) .. arwah pungut student ini dan syukur melalui perkhidmatan sosial islamik ..kak pah ..student ini sudah melanjutkan pengajian ke menara gading dan kehidupannya sudah jauh berubah. Ini menunjukkan .. tuhan maha kuasa. Student itu tak ada rancangan pun nak berjumpa dengan arwah Syaripah Aini. Allah hu Akbar!
Banyak lagi .. kes peristiwa berkenaaan dengan kuasa tuhan ini. Contoh terbaik..ada ulat kecil boleh hidup bertahun tahun di dalam batu nisan di tanah perkuburan islam. Bayangkan bagaimana tuhan menyalurkan makanan kpd ulat bertuah itu.
Subhanallah!
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb
Salam
Berita tergempar ..MAS MH17 ..ditembak di Amsterdam - Ukraiine - Russia!
Semua penumpang dikhuatiri terkorban.
Al fatihah.
2) Terpaku kami .. semalam anak sulong kami baru mendarat di Kuala Lumpur dari London. Bayangkan perasaan ibu bapa , suami, isteri, org org tersayang .. mengalami ..saat saat gentir sebegini. Hari itu MH370 ..hilang .. sampai sekarang tidak ada berita apa apa pun.
3) Apakah nasib yang sedang menimpa MAS ini? Adakah .. tuhan murka kpd rakyat negara ini?
Itu bermain di dalam kepala saya dan keluarga.
Al Fatihah!
wasallam.
Salam
Masyarakat melayu cepat melatah. Walaupun mereka disuap dengan program agama dan program jati diri 24/7 melalui mimbar masjid dan TV , tabiat melatah cepat berlaku. Contoh paling terdekat ialah seorang muslimat mengamuk bila kereta mahalnya disondol oleh kereta apek tua. Bila marah tanpa kawalan, macam macam boleh berlaku seperti menabur kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang insan bergelar muslimah. Sekarang bila perasaan marah sudah mula reda, keinsafan dan malu mula terasa. Astaghfirullah hal azeem!
Dari jauh didengarkan bahawa dia mohon kemaafan dan seterusnya. Muga-muga dia berjaya dgn rayuannya menghilangkan/ membuang klip video yg berstatus viral itu.
2) Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari sini.
2.1 orang bercerai pun kerana perbuatan melatah membabi buta. Se orang isteri menyerang suami dengan kata-kata kesat sebelum membuat usul periksa yang rapi sama ada sang suami betul betul menduakan isterinya. Bila sang suami terkena serangan yang memalukan ditambahkan pula dengan nasibnya mempunyai mertua seperti filem Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee ..maka tidak hairanlah perceraian berlaku dengan tiba-tiba. Mengikut statistik Jabatan Agama Islam Batu Pahat bagi tahun 2000-2008 , bilangan perceraian meningkat dari tahun ke tahun melibatkan pasangan muda dan juga pasangan tua yang sepatutnya ..bersabar banyak-banyak kerana kubur kata mari , dunia kata pergi.
2.2 orang bisnes membuat keputusan menjual bisnesnya terburu-buru kepada pendatang asing (Indonesia, Bangladesh, Nigeria, Kemboja dan lain-lain lagi). Sayang .. kerajaan Malaysia bertungkus lumus menghadiahkan program bisnes kepada wak wak jawa ..tetapi melalui kefahaman trend bisnes makanan restoran ..banyak restoran melayu sudah bertukar tangan kepada orang lain dalam sekelip mata sahaja. Tengoklah restoran kepunyaan orang Thailand di Kelantan! Jika tukang masaknya bukan isteri muda tuan punya asal restoran itu .. mengapa nama tuan kedai sudah berubah? Mungkiin tabiat cepat melatah dlm urusan jual beli mengakibatkan kita melayu senang kalah dalam dunia perniagaan berskala kecil atau besar.
2.3 pelajar universiti. Se orang pelajar universiti dianggap terpelajar maklumlah dapat menyambungkan pengajian ke menara gading dengan tajaan JPA, pinjaman MARA atau ikhsan FAMA (father mother). Sepatutnya bila berada di universiti, 90% masanya mestilah dihabiskan di dalam kuliah, perbincangan se sama rakan atau paling tidak membaca jurnal di perpustakaan saban hari siang dan malam untuk ketajaman fikiran dan idea yang terbuka. Tetapi disebabkan nafsu muda, ada pelajar melibatkan diri dalam cinta monyet dengan pekerja asing di asrama. Dipendekkan cerita ada yang telah dibunuh secara kecam dan ada yang telah dibunuh dan kes ini dijaja oleh akhbar (murahan) dengan penjanaan pendapatan berjuta-juta ringgit dalam tempoh masa terpantas di mana si mati memperagakan diri untuk maksud maksiat dan RM. Jika insiden pelajar dibuang dari pengajian dianggap sesuatu yg memalukan kepada ibu bapa dan masyarakat melayu .. apatah lagi berita pembunuhan yang dasyat sebegini rupa tersiar dalam dada akhbar berminggu minggu lamanya. Adakah ini patut dilakukan oleh pelajar bekas sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi dan macam macam lagi jenis sekolah ..yang mana kerajaan telah bersusahpayah ..berjuang untuk faedah orang melayu kito?
Oleh itu, marilah kita sebagai melayu mukmin mukminah berhenti sekejap ..tarik nafas .. ucapkanlah asttaghfirullah hal azeem .. dan mulalah membaiki diri secepat mungkin agar kita akan kembali menjadi umat terbaik di dunia ini. (rujuk ayat Al Quran ..umat terbaik ..)/ mulakan dengan sembahyang fardhu 5 kali sehari, pembacaan Al Quraan saban waktu di kala petang, dan ..lembutkanlahh hati itu dgn tazkirah/ usaha dakwah tabligh di seluruh dunia.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbbb. Al Fatihah.
Salam
Minggu hadapan kita akan beraya. Hari Raya Aidil Fitri di negara tercinta Malaysia, Indonesia atau Brunei/ Thailand.
Tetapi penulisan tesis masters / Ph.D tak siap siap lagi. How to bawak diri ini dengan anak anak macam batang mancis ini?
Langkah-langkah berikut ialah:
1. buat pura pura raya dgn ibu ayah dan mertua
2. buat pura pura raya dgn isteri dan anak anak itu
3. time makan kita makan; time minum kita minum ; time beri ang pow jgn kedekut yer abang.. kasi jer// RM4 seorang ..satu kampung mak oii?
4. time TV ..baik kau menghilangkan diri sekejap 30 - 60 minit pun tak apa lah .. buat rangka penulisan. kenalpasti sub-point mana tak siap dl tesis anda. Tanda dlm diary.
5. Bila malam datang .. kau kena terkam kpd dairy dan sub-point mana yg masih belum disiapkan lagi itu. Isikan sub-point itu dgn segera.
6. Bab Method paling senang dibina. Kita seorang sahaja di dalam dunia ini yg tahu cara kita buat eksperimen tersebut. Terbaiknya .. tulis satu rujukan .. dari mana stail eksperimen ini mula mula difikirkan oleh scholar lain. Jika ada reference 1 atau 2 .. insyallah time VIVA ...examiners tak akan tanya banyak sangat pasal chapter 3 ini. Jika tak ada .. bahaya itu?
7. time tidur ..cepat cepatlah kau tidur kerana ....
8. after raya ... kau kena bawak kereta balik ke tempat universiti kau bertugas. Bayangkan kampung kita beraya ialah di Gaal, Pasir Puteh Kelantan.. dan PhD kita di UTHM Johor .. oleh itu Jangan jealous dgn adinda yg tidur memanjang dalam kereta itu. Dia kepuasan ..kerana ada suami sedang siapkan PhD. katakan? rato rati dio jajo ..namo mu akan bergraduat tahun hadapan. Aduhhhh.
9. kau? bukak mata elok elok ..pandu biar selamat. Nampak punggung lori tu?
10. else bahaya abang
Sekian.
Bersabar banyak banyak. Padan dah kita nak sgt buat PhD.
wasallam
Salam.
Have you ever met a quiet teacher? Have you met a quiet salesman? Imagine a school with 50 quiet teachers and imagine Proton with 500 quiet engineers and salesman? How will it fare in this competitive world? Malaysia got no top class ranking university yet. May be all of us are too quiet with so many things. If we do not write, that is not going to help right? Nothing to read by the future students. It is good to talk sometimes because by talking we let go of our ideas. Then somebody think and they will either support or reject our so-called ideas. This create some amount of discussion n who knows from there ..many books can be published such as "Melayu cepat lupa by Tun Mahathir". Looking at the imported books in the World Book Fair recently held in Kuala Lumpur ..we can conclude some how ..we are a very quiet nation indeed. Do you agree? Wasallam.
Salam
I read an article in the Sunday Star yesterday. I enjoyed reading it but I think I got some points too.
We can shut up our big mouth if :
1. we got nothing to talk about ( the mouth is sore with blister)
2. our talking could be just a nonsense
3. our talking may bring a big shame to our post, job and organisation (listen to that MP from S..)
4. we lack thinking before the talking
So in short as teachers, we can talk and talk if we have our audience and who knows ..from that talking we create another inventor like Steve Jobs.
He..he..
B) I looked forward to a teacher who can talk every day. Someone who is always silent and .. it is better for him not to be a teacher. Try be someone who works in a morgue. Try. The room got no audience, I think.
(laugh).
regards
Dr S.
salam
Syukur pada Tuhan , dia tak beri saya kekuatan untuk bangun tidur untuk menonton Finals World Cup antara pemain pemain yahudi dan nasaro.
Syukur pada Tuhan, dia kejutkan saya untuk bangun sembahyang tahajud dan berdoa agar umat islam sedar cepat cepat ..bahawa mereka ditipu oleh banyak pihak - syaitan, iblis, dan ... bola sepak yang mana .. team yg menang ..tidak membawa apa apa menafaat pun kepada penonton-penontonnya terutama mereka yang sudah berumur 50 ~ 100 tahun.
2) Jika kita ingat pada Allah , Allah akan ingat kepada kita banyak banyak terutama di ambang kita berdepan dengan saat saat kematian.
3) Dua jam 30 minit ..menonton bola .. kalau kita gunakan masa itu ..untuk membaca Al Quraan dan memikirkan tafsirnya ..sudah tentu kehidupan kita akan berubah dari menjadi 100% pembeli untuk persiapan hari raya kepada 50% sahaja. Beli untuk ibu dan ayah yang sudah tua. Dengan izin Allah , kita boleh simpankan duit untuk faedah anak anak yatim dan pembangunan pondok pondok tahfiz Al Quraan di seluruh dunia walaupun RM1
Tuhan tak tengok nilai RM1 tetapi Allah lihat sangat sangat .. niat kita mahu simpan dan menyumbangkan ke arah kebaikan.
4) Jom kita bertaubat banyak banyak .. tukar haluan hidup kita .. pro Barat .. membaca semua bahan dari barat kepada ..membaca .. sesuatu untuk faedah kita dan anak anak .. insaflah ... dunia ini adalah sementara.
Sekian. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ada duit , datang lagi (.. tabung Pelestin, tabung anak anak yatim, tabung pendidikan anak anak kampung 5 SEPTEMBER 2014 ..masuk universiti?)
Gitulah saudara saudari ku.
Wallahu aklam bis sawabbb.
Salam.
Sekarang kita sedang saksikan rakyat Pelestin dizalimi. Bukan kita jer yg nampak , tetapi Allah pun nampak dan tahu benar benar kezaliman yahudi sana dan sini sejak dahulu lagi.
Mengapa kezaliman ini terus berlaku dalam keadaan kita tidak bermaya untuk menolong orang orang palestinian tersebut?
Jawapan:
1) umat islam tidak yakin dengan islam itu sendiri. (Maulana Zakaria, Saharanpur, India, 1969).
2) umat islam tidak menjalankan dakwah lilah hi taala dengan harta dan nyawa mereka sendiri.
Bila 2 perkara itu berlaku ..maka:
1) umat islam ikut budaya orang orang kafir membabi buta sahaja. Contoh: tengok kesan facebook dlm rumah tangga kita . Walaupun ibu ada, ayah ada, anak anak ada di dalam rumah .. mereka tidak bercakap sesama mereka dengan penuh kemesraan. Mereka sibuk dengan handset, tablet, ipad dan musik. Ada bini sedang contact suami orang walaupun suami tersayang berada di sampingnya. Aduhai?
2) umat islam menonton bola sepak dan menghisap rokok sepanjang malam - bulan Ramadhan. Untuk bola, mereka sanggup bersusah payah mencekang mata ..suami isteri dan anak anak menonton bola ..Argentina main dengan Holland dan German belasah Brazil. Mereka tak sedar ..majoriti orang German, Argentina dan Holland adalah orang yahudi. Saksikanlah ..betapa bijak orang islam .. seronok melihat permainan orang orang yahudi?
Oleh itu , dengan bermodalkan minat bola dan minat facebook .. manakan kita dapat menpunyai iman yang kuat untuk melaksanakan hukum hakam Allah dan menolong orang Pelestin secara efektif sekali dan seterusnya. (once and for all).
Saya pun hairan mengapa khatib sembahyang jumaat terlalu emosional bercakap pasal Pelestin tadi sedangkan .. wabak gila bola dan teknologi tanpa wayar terus menjahanamkan kita blako blako.
Hairan bukan?
wallahu aklam bis sawab.
Maulana Zakaria (1969). The teachings of Islam. Darul Ulum: Saharanpur, India.
Salam
When do we feel happy? Could it be one of the followings and many more ..
1. your favourite team won the world cup 2014 semi finals? Argentina!
2. your children/ husband/ wife obtained his Ph.D abroad?
3. your idea has now turned into a big thriving restaurant with so many regular customers
4. your mum's illness has gone away - diabetes, cancer, TB, HIV ? may be ..
5. but to me as a father.. the most fulfilling happiness is one morning after the mosque - I saw my 7 year old boy ..doing his morning prayer with his school uniform on and ..now reading a Qunut prayer for his well being. Alhamdulilah (praise be to Allah).
With that .. thank you.
Wallah hu aklam bis sawabb.
Salam
When do you feel sad ? Could be one or the combinations of those below:
1. Brazil loss to Germany 1 - 7 (idiot?)
2. top player could not even convert a penalty kick in the world cup game
3. your favorite team lost to Costa Rica
4. the biggest sadness must be .. you miss one fardhu prayer. In a hadith ..you must feel as if you had lost your whole family and properties ( Maulana Zakaria, 1969).
With that thank you.
Wasallam.
Reference:
Maulana Zakaria. The teachings of Islam. Darul Ulum: Saharanpur, India
Salam
Sebagai insan biasa, kita tidak sunyi dari merasa mengantuk dan penat dalam bulan puasa ini. Bila mengantuk, prestasi kerja tidak berkeadaan terbaik. Bahaya jika kita diberi amanah menjaga mesin di kilang. Oleh itu adalah lebih baik jika kita tidur sahaja.
2) Sekarang musim berpuasa. Bila puasa , amalan lain ikut serta iaitu sembahyang terawih dan lain lain. Tambahan pula, sekarang musim orang gila bola sepak piala dunia 2014. Kalau kita orang bagus pun , jika jiran semua gila bola .. kita pun terheret sama bila sorakan peminat bola boleh mengganggu tidur kita. Bila begitu badan kita kepenatan.
3) Tujuan saya menulis ini ialah .. ingin berkongsi langkah langkah mengawal bahaya disebabkan kekurangan tidur dan penat.
Langkah 1: baca bismillah
Langkah 2: baca salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w
Langkah 3: pegang alat mesin dengan cermat
Langkah 4: jika letih dan tidak boleh fokus .. elok berhenti dan beritahu BOS
Langkah 5: Berhenti dan berehat
4) Ini perlu dilakukan kerana .. bahaya jika badan penat dan mata mengantuk. Mesin jika tidak dikawal dengan baik boleh membawa angkara bukan kepada anda tetapi kepada orang di sekeliling anda. Contoh: jika mata mengantuk bagaimana hendak proses markah 500 pelajar menggunakan Excel. Terdapat banyak baris dan lajur di dalam Excel ini. Silap silap nanti, ramai pelajar terkejut dan mati bila mereka tiba tiba diistiharkan 'gagal' dalam satu satu peperiksaan disebabkan keadaan kepenatan dan mengantuk anda itu.
Sekian.
Itu sahaja.
Salam
Bilakah kali terakhir kalian merasai kecut perut ini?
bagi orang lelaki .. peristiwa berkhatan seusia 12 tahun bawa banyak nostalgia sedemikian. Kecut perut tengok pisau belati tok mudin kita itu. He..he..
bagi orang pompuan .. how? banyak kot.
Pertama: bila berkhawin dengan rakyat asing kot.
Kedua: bila melalui proses melahirkan anak pertama, kedua dan seterusnya
Ketiga: bila buat silap .. takut suami pukul .. tengok Awie itu. ( Akhbar pada minggu lepas dan minggu ini)
Keempat: students ijazah pertama .. subjek killer ..tahun akhir?
Begitulah tuan hamba.
Kecut perut?
bagi saya .. perasaan ini saya selalu alami bila mendengar anak pompuan stranded dgn bas nya entah di mana
. Lepas itu .. jika anak saya tiba tiba sawan .. demam panas .. maklumlah .. siapa tak sayang anak ooi?
Muga muga kita jaga harta kita .. anak anak bini elok elok. Amanah tuhan bukan?
Satu lagi , jika majikan CEO memanggil kita untuk satu maksud yang kita sendiri tak pernah jangkakan. Contoh: mengapa student masters ARAB tiba tiba tak lulus tesisnya bilamana saya adalah project supervisornya SV. Mampuslah kita ? (kecut perut gakkkk...). Banyak soal jawab.
Sekian.
Salam
Ramai orang mahukan kehidupan 'glamour' atau 'kemasyuran' dari muda sampai ke mati. Mereka beranggapan dengan glamour mereka dapat hidup senang bukan 1 generasi tetapi generasi yang akan datang. Oleh itu mereka berusaha bersungguh - sungguh mencipta kehidupan glamour. Bukan setakat anak anak saja yang bermati-matian mencari glamour .. tetapi ibu dan ayah mereka turut serta.
Ada beberapa sumber mendapatkan glamour. Pertama : kekayaan. Kedua: kejayaan dalam pelajaran atau nyanyian/ lakonan dan banyak lagi. Di sini saya fokus kepada dua bentuk sumber datangnya glamour. Bagi maksud mendapatkan kekayaan .. kita boleh lihat orang orang cina berniaga dari generasi pertama mereka di sini hinggalah ke hari ini iaitu generasi ketiga. Dengan kekayaan berbentuk perniagaan, mereka membina dinasti mereka dalam perniagaan dan perusahaan dan seterusnya. Bagi orang melayu pulak, jalan pintas ialah melalui perkhawinan seperti bintang filem melayu tiba tiba dipinang oleh kerabat raja B ( negara kecil tetapi penuh minyak ). He...he... jalan pintas ini tak perlu dipelajari di UM, UTM atau USM. Ramai orang ikut cara ini.
Stail melayu begini .. iaitu pencarian glamour ini tak bertahan lama. Mengapa? kecantikan wajah melayu/ kemerduan suara seseorang biduanita bukan boleh bertahan 40 ~ 70 tahun pun. Bila dah berkedut, suara burung kenari pun .. jantan peduli apa ... maka tanpa diduga pasangan glamour ini akan bergaduh dan bercerai melalui mahkamah. Macam macam berita buruk / memalukan dapat diketahui orang bukan setakat oleh mahasiswa tetapi orang gelandangan di pusat metropolitan Kuala Lumpur/ di bandar Jerteh , Besut , Terengganu. Cerita mereka dalam akhbar dijadikan bantal oleh mereka yang tidak berumah ini tak kiira panas ataupun hujan.
Cara kedua .. rasa rasa ...lebih mantap lagi. Tetapi .. kita tengok dahulu ayat ayat di bawah. Ada orang pandai / glamour belum diistiharkan secara resmi .. kejayaan PhD pun di United Kingdom.. mereka dah berkereta merxedes. Kenapa? memandu merc ke sana sini dalam pekan seperti PR / Sintok .. mereka berasa cukup seronok .. glamour katakan. kalau boleh yang ada lubang tingkap di atas kepala pemandu biar anak anak kecil mereka .. seronok keluarkan badan mereka dan merasa tiupan angin berderu ke atas muka-mukanya. Mula mula seronok itu .. ibu dan ayah maklumlah .. kereta mereka sahaja yang ada lubang bumbung merx itu. Tiba ..tiba ada beruk se ekor melintas di hadapan kereta imported ini. Apa lagi .. sang jantan brek secara tiba tiba ..dan bumb .. anak mereka terpelanting keluar dari perut kereta, melompat dari lubang keramat dan lantas jatuh ke tanah .. apa lagi? Semua orang susah. Itulah .. hadiah glamour tuan tuan hamba.
2) Sebenarnya .. kejayaan hidup ini tak perlu glamour pun. Hidup simple pun bagus jugak. Tengok profesor di barat .. walaupun mereka tidak berpuasa ramadhan atau solat subuh dengan doa qunut pun..( setengah tengah itu ada Afghanistan, Pelestin, Syria .... di dalam bacaan qunut) mereka punya kehidupan allright punya. Simple tetapi gembira. Tak perlu banyak sangat insuran sekuriti yang perlu dibayar secara bulanan dan sebagainya. Bila kurang bayaran itu dan ini, jumlah hutang keliling pinggang pun dapat dihapuskan sekali dan selama lamanya.
Tak happy kah kau ..jika tak ada hutang? .. Tak ada langsung nate bergelar along nak buat appointment itu dan ini dengan engkau ? he..he..
Akhir kalam .. dari pemerhatian saya selama separuh century ini .. cari glamour melalui perkhawinan atau pembelian aset sementara .. tidak menjaminkan apa apa. Cuba rujuk .. Al Quran surah Al Mukminun. " Beruntunglah orang ..yang kusyuk solat .... ". Kusyuk solat itu lah ketenangan dan kebahagiaan. Kalau tidak ..tak kan lah rasulullah ..mengakuu bahawa .. solat is the coolness of my eyes. Bukan wajah isteri/ bukan tahap suara burung kenari dan sebagainya. Sebenarnya .. apa yang disebut rasulullah itulah kayu ukur untuk segala segalanya. Bukan glamour .. yg bersifat sementara ini.
Sekian. Buatlah ini sebagai renungan diri ini terlebih dahulu dan anak beranak kalian. Maaf jika ada ayat yang mana menyinggung rasa hati kecil tuan hamba.
Wallah hu aklam bis sawab. Al Fatihah.
Salam
Sudah 10 hari kita berpuasa. banyak sudah manafaat yang dapat kita capai selama 10 hari berpuasa ini. Apakah itu? Pertama, kita kena banyak bersabar dengan isteri kita. maklumlah dia dengan anak anaknya yang masih kecil Layanannya .. kita kena fahamlah. Dia pun kerja macam kita. Kita semabhayang , dia pun sembahyang. Kita penat , dia lagi lah penat. Bukan setakat menghidangkan makanan , layan kau dengan bola kau itu ..tak sudah sudah. Bertenanglah sikit. Kasihan kat dia tu. Kedua, sekarang baru kita tahu apa itu kelaparan dan dahaga. tengok .. orang bawa van sekolah .. macam macam dah dia buat untuk anak anak orang yang berada .. asyik tak puas hati sahaja oarng orang ini. Tak patut..tak patut. sepatutnya kita yang ada duit lebih ini .. patutnya ..belilah sedikit kueh kueh yang sedap sedap ..sedekah kepada drebar van sekolah anak kita ini.. Dia pun manusia juga. Kalau kita berbaik baik dengan drebar itu hari ini .. nanti manalah tahu dia mampu menolong kita satu hari nanti. Kita tak tahu bukan?
Ketiga, waktu malam dalam bulan Ramadhan singkat sekali. Selepas berbukak dan menghadhirkan diri ke masjid untuk isyak terawih .. jam sudah menunjukan 1030 malam. Makan pisang berangan .. dengar leteran bini kita tak kemas dalam pakai pakaian berselerak macam anak kucing .. dan minum air 2 botol mineral.. mata kita sudah pun lenyap. Alih alih .. jam 0500 pagi .. isteri kita bersusah payah mengejutkan kita. Jam 0600 pagi solat subuh. jadi .. sepanjang bulan ramadhan ini ..berapa helai dah kitab suci Al Quraan yang sudah tuan hamba baca dan hafalkan? Itulah yang saya kata .. malam pada bulan berkat ini cukup cepat meninggalkan kita semua. Rugi besar tuan tuan hamba yang bersekang mata .. tengok 22 orang budak bodoh Brazil Jerman kejar bola sana ke mari se mata mata nak sumbat sebiji bola ke dalam gawang gol lawan. Alangkah bagusnya ..kita gunakan masa itu sembahyang tahajudd 2000 rakaat dan mintak semua benda yang kita nak dari Robb Yang Maha Agung. Mintaklah perabut Italy ke/ kereta Toyota Cambri untuk menyambut Hari Raya Puasa ini. Boleh kau? Hishh ..tak malu lah kau ..benda gitu pun kau mintak?
Keempat, cuba muhasabah sikit perbelanjaan bulan puasa ini. Ada jimat atau boros bulan puasa ini? kalau boros..kita laksana setan ..kerana pemborosan adalah amalan syaitan. Aduh sakitnya hati! Tetapi betul ,...kita tak cermat berbelanja. Semua benda nak beli. Makan tidak mana pun?
Kelima .. (akan bersambung).
Oleh itu .. marilah kita berazam dalam 20 hari teerakhir ini ..kita baiki amalan puasa kita supaya Allah bangga dgn usaha dan susah payah kita berpuasa seperti Sayidinna Bilal r.a. Insyallah.
Niat ini lebih besar dari amalan sebenarnya. Jom kita pasang azam tau?
Wallahu aklam bis sawab.
Salam. Bulan puasa..nak tidok jer. Waktu pagi tidok. Waktu tengah hari pun tidok gak. Badan rasa letih jer. Sudah berbuka..perut dah mulai berat dgn air beranika rasa. Makan pun macam macam. Oleh itu nak bergerak k masjid cukup slow sekali. Walaupun syaitan, iblis digarikan ..stail tabiat kita terus berkuasa. Ini mainan syaitan. Mereka bertengek atas kelopak mata kita masing-masing. Sebab itu malas nak bukak mata untuk mengaji Al Quraan atau belajar beberapa doa masnon Rasulullah. Syaitan bertengek juga atas bahu dan bertaut kuat habis-habisan ke atas betis kita ..sebab itu kita rasa malas nak berangkat ke masjid untuk solat isyak. Astaghfirullah hal azeem. Dalam masjid ..asyik nak cepat jer EXIT dari dewan solat. Perasaan marah mula berbuih buih dalam dada masing masing tak kira muda atau tua .. jika imam membaca surah panjang panjang dalam solat terawih. Ini semua nafsu dan syaitanlah ini. Sedangkan dari satu sudut lain .. Beruntung besarlah jika ada orang yg dapat menepis serangan syaitan ini pada bulan ramadhan atau selepas ini. Kadang kadang bukan syaitan pun ..sebenarnya tabiat kita memang macam ular sawa bila menyentuh pasal ibadat dalam bulan ramadhan. Kita sanggup berlapar jer.. tak cuba ikhtiar untuk melakukan amalan amalan yg Allah suka seperti tadarus quraan dan berzikir. Mengajar mengaji Al Quraan untuk anak anak pompuan membaca, bagus jugak bukan .. tak kiralah anak dara bersaiz besar atau kecil ? Elok kita beri masa untuk berdoa banyak banyak kpd Allah. Tak berdoa sekarang, bila lagi kan? Belajarlah berdoa panjang panjang sedikit. asyik .. doa panjangnya sama sejak dari kita berumur 5 tahun hingga ke hari ini ..masih doa yang sama panjang jer .. tak malu kau sayang? Susah sangatkah berdoa / tadah tangan dengan penuh syahdu dan keinsafan ..mintak dari Allah Tuhan Semesta alam ?
Kalau berletir ..masya allah. Cuba belajar dan buat usaha yg mantap .. belajar berdoa panjang panjang seperti berikut dekat dekat berbukak puasa 0700 petang hingga 0737 malam ".. Ya Robb .. kurniakan aku hidayah dan taufik; Ya Robb ..beri aku keinsafan bertapa beruntungnya aku mempunyai suami/ isteri yg telah berkorban untuk aku selama ini ..Ya Robb .. kurniakan aku hakikat iman, solat, ilmu dan zikir, hakikat ikram muslimin, hakikat ikhlas dalam semua amalan muamalat dan hakikat berkorban untuk agama mu yang mulia Ya Robbb ....Ya Robb ..lindungilah kami dari semua bahaya ..kiri kanan atas dan bawah ..segenap penjuru ..Ya Robbbb.. kurniakan kami rezeki dari sumber yang tak terfikir oleh kami ..Ya Robb .. berilah kejayaan dalam usaha pelajaran anak anak kami di dalam dan di luar negara .. kurniakan kpd kami perasaan kasih sayang antara kami suami isteri dan anak anak menantu dan cucu cicit kami dalam apa keadaan pun yan Robbbb.. Ya Robb .. berilah kekuatan kepada kamii ..kemenangan dari segala bentuk ancaman ancaman syaitan iblis dan musuh musuh islam durjana pada bulan puasa yang mubarak ini .. aku tak pandai berdoa ya Robbb .. apa yang para para nabi mohon kepada mu satu hari yang lalu perkara kebaikan ..itu lah yang aku minta Ya Robbb .. apa yang nabi Muhammad s.a.w mohon perlindungan darii segala bahaya , peprangan, rusuhan , fitnah, .. ancaman makhluk halus, besar, nampak, ghaib .. itulah yang aku mohon perlindungan ya Robbbb .. Engkau maha Berkuasa Tidak ada selain dari mu Ynag Maha Berkuasa Ya Allah .. ". Sekian. Wasallam
Salam. Tadi terkagum mendengar khutbah dibaca tanpa merujuk kpd text. Ada banyak Bahasa Inggeris dalam khutbah. Paham ke ..org org kampungku ini? Takut syok seorang diri jer khatib Dr .. ini? He..he.. 2) Saya tertarik dgn ucapan teks .. baca Quran habis, tetapi tak faham; tak baca Quran, tapi ngaku faham; tak baca Quran, tak faham Quran; tak faham Quran tapi habis tafsir Al Quraan , tetapi habis Al Quran di baca sepanjang Ramadhan. Macam algebraic logic jer khatib ini berkhutbah. Aku rasa orang pandai kat UTM, USM pun payah nak faham context apa khatib ini merujuk dgn content(isi kutbahnya itu)? Yang aku tahu, khutbah if disampaikan secara mudah/santai, senang org kampung faham. Bila faham .. senang mereka nak amalkan dalam kehidupan mereka seharian. Contoh ayat: pertama, lepas kencing, tolong flush kedua, lepas buang air besar .. tolonglah flush ketiga, sebelum keluar tandas .. check dahulu adakah tandas dibersihkan betul betul ? .. biar tandas ditinggalkan bersih. keempat, awak senang, kami pun senang! Simple!!! sekarang keadaan tandas tak kira tempat awam atau masjid .. cukup mendukacitakan sekali .. adakah ini ajaran islam? 3) Khutbah payah payah ..wat apa? ada orang kita tak suka baca Al Quran. Bukan bahasa tok nenek mereka pun. Hanya ustaz/ustazah jer yang betul betul faham gerangan bahasa arab ini. Tengok orang arab ..mereka banyak faham arab dan Al Quraan .. dunia arab terus hancur. Mengapa ..lagi banyak Quraan difahami dan dibaca, ditadarus, di musabaqahkan ..lagi banyak peperangan? Mengapa yer? Kalau nak dibanding Mat Melayu faham arab .. dengan Mat Arab Sahara .. rasa rasa Mat Arab Sahara padang pasir lah lebih mahir bahasa arab. Oleh itu mengapa .. tak seronok jer kita tengok negara mereka kecuali di Mekah ..mereka bekalkan iftar paling terbesar di dunia. Dalam 15 minit ..semua makanan habis. Masya allah. nak tunjuk betapa lajunya orang muslim makan bila lapar .. Entahlah .mengapa ini berlaku di hadapan mata kita semua ya ROBBB ?
Salam Time belajar dulu ..tak mahu study betul betul. Saya tunggu students datang di opis Tingkat 7 nun di sana tinggi di awan .. nak ajar kau itu dan ini ..tak ada orang sudi belajar lebih dan lebih. Sekarang result dah kira 99.9% dah final. Tunggu saya angguk jer. Jalan. Why bersedih pulak? 2) Menyesal .. bukan? itu lah silap kalian. 3) Masa saya belajar dgn Mat Salleh dan Wak Yahudi .. mereka benci tengok wajah saya ..kerana saya suka bertanya dlm proses mencari ilmu maklumlah .. jauh Malaysia dengan England tu. Lagi pun ..arwah ayahku orang susah. Tidak semewah kamu tidur pakai handset,ada datastore, makan McD jer .. kami makan nasi bubur dan ikan masin jer hari hari .. simpan duit nak beli buku Durell dan Advance Calculus .. ayah tak mampu tetapi .. anak anak buah saya .. wajah saya .. tidak menarik untuk menjemput mu belajar lagi dan lagi. Bila kalian menangis .. dan sabitkan pinjaman PTTPN .. susah hati jugak saya maklumlah awak ini harapan ibu ayah awak di kampung .. ada tu .. dari Sabah dan Serawak. Jauh kau diterbangkan untuk berjumpa dgn orang 'sehodoh' ini. 4) Memang wajah saya nampak murah / tak handsome.. tetapi di sebalik wajah ini .ada amanah tuhan .. mengajar mu kalian dari 1, 2,3 hingga mengapa perlunya Binomial, Poisson , SPSS dan macam macam. Jangan menangis lagi. Silap siapa agaknya itu? Adakah saya ...
salam Terdapat berbagai bagai kunci dalam hidup ini. Kunci popular ialah kunci rumah. Kadang kadang 3 kilogram berat kunci ini kerana .. banyak pintu dan harta karunnya. Tetapi kunci di sini ialah secret of life - happiness. 2) Nak berkongsi sahaja. Tak ada niat nak menunjuk pandai atau berlebih lebih. 3) Kunci rumah tangga ialah 3.1 kesefahaman antara 2 pemain utama - hitam dan putih. Si hitam selalunya jantan dan si -putih ialah betina nya. Kedua-dua jantan betina ini kena pandai cover meng cover. Yang sedap nya .. jika A tak ada duit, boleh mintak jer duit dari B. Tak payah buat proposal apa apa. ini dinamakan kesefahaman. 3.2 jaga kunci ekonomi. tak semua kita keluar dari perut emak .. otomatik kaya raya selalunya kita tak kaya. Kito kena kerja dan cari makan sebagai drebar teksi, guru, askar, polis dan mcm mcm lagi. Jika kita berpendapatan RM1000 tetapi anak 10 dengan isteri tak bekerja kunci ekonomi kita sudah tentu berbeza dgn si jantan bekerja dan si betina pun kerja dan sayang sayang mereka tidak mempunyai seorang pun cahaya mata. Ini kerja tuhan Allah robbul alameen. Allah kasi kita berfikir sejenak ..siapa berkuasa? Duit atau aku? Katakan mereka ada RM2000 pendapatan se bulan bila dua dua pemain bekerja. Jadi kunci perbelanjaan rumah tangga sudah tentu berbeza. Rumah A makan ikan sepat .. rumah B makan ayam. Rumah A beli beras 3 kilogram ... 2 hari pun dah habis beras. Mengapa ? tenteranya ramai. Subhanallah. Rumah B .. beli 3 kilogram beras .. mungkin 3 bulan tak habis habis kerana .. si jantan makan tak berselera. Asyik nak makan KFC jer. jadi jenis asap dari dapur A dan B berbezalah setiap hari. 3.3 jaga iman agama dan amalan agama 24/7 time sembahyang ..kita kena sembahyang. Melalui sembahyang .. dua dua pemain tahu halal dan haram. Mereka tak mahu rezeki datang dari punca aktiviti kerja (jobs) dari kemahiran menipu, rasuah, rompak atau bunuh orang. Bila kita tahu .. kunci ini .. kita bahagia siang dan malam. Insya allah. Kita kena sebut insya allah ..kerana hanya Allah menentukan kita bahagia atau tidak. Contoh ..ada orang tak ada anak , mereka bahagia jer ber Air Asia (everybody can fly) ke sana sini di bawah payung awan tuhan robulla lameen. Ada org 10 orang anak ..huru hara kerana .. setahun 2 orang anak muncul. Rezeki tuhan depa kata? Bila time raya .. payah abang ooi. Dengan duit RM200 berbaki .. baju melayu apa nak beli untuk si abang dan ssi kakak untuk beraya. Kasihan kan? tu lah ..orang kata control. Ini over control. Bukankah susah ini lagu? kalau kita marah marah kat bini .. kita tak over over marah sangat. Nanti bila over over .. payah nak tenteram rumah itu. Habis mak mertua dari 2 buah kampung datang .. menolong untuk menyelesaikan masalah tak cukup duit nak beli bajju raya. Malulah sikiit jantan. Kau tak malu ke? Ha..ha... 3.4 bercakap dan berkira ini biar betul dan sopan Bila bercakap dengan orang tua .. sebutlah thank you ayah. sebut juga maaf abah. Sedap sikit hati pak mertua mendengar kes kau orang ini .. tak cukup budget untuk berhari raya. Bila lalu depan mata mak dan pak mertua ..bongkoklah sikit .. tubuh mu itu. Tayangkan sikit kau ada adab dan adat berbudi bahasa. Dah lah tak cukup duit ..action jer ..jalan depan mata aku. Ego lebih..anak anak pun lebih. Bila makan minum dengan orang orang tua .. tunjuk sikit ,.. darjat kesopanan itu. Daging ayam yg best best itu ..kasilah kat orang tua tu dulu. Selepas .. puas hati mak dan pak mertua makan itu dan ini dari meja makan rumah mu itu .. barulah awak makan sisa sisanya .. sabar..sabar ..sabar ... Kalau amalkan selalu ..silap silap haribulan .. ada lot tanah orang tua itu akan lepaskan kat kau orang. Settle? Bila dah hidangkan ayam .. kat kami ini ..jgn diungkit ungkit lagi saiz ayam yg kecil itu. Banyak manalah yg dapat aku makan bersama dengan cucu cucu aku 10 orang itu. Jangan berkira-kira. Kalau suka berkira kira ..sila daftar kursus ijazah berkira kiraan (matematik) di UM, USM atau UPM. Baru sedap si jantan ini berkira siang dan malam. Indah mimpi mu itu ..dengan simbol integration, differentiation dan Laplace Transform. Setakat itu dahulu kunci kunci rumah tangga yg dapat saya berkongsi sama-sama dgn pembaca. Maaf jika terkasar bahasa ..atau ayat bersimpul simpul .. mcm ular maklumlah musim puasa ini. Semua nak cepat. Permisi pak? Sekian. Yang baik dari Allah dan yang buruk ..semua kelemahan saya sendiri. Al Fatihah. Wallahu aklam bis sawab.
Salam Orang masjid selalu bilang 1 2 3 4 .. puasa membawa rahmah Allah. Mereka juga bilang .. puasa membawa berkah dan macam macamlah. Alhamdulilah. tetapi hok seghotinyor (sebenarnya) .. puasa kadang kadang letih jugak lah. Maklumlah .. makan lebih kurang, bergegas gegas ke masjid, laju laju pulok balik ke rumah malam ..tidur pun .. dok fikir kerjo sekolah, politeknik, universiti dan mcm mcm bukan? 2) kadang kadang .. cirit birit. Sakit perut meleleh leleh kes nenas , cili padi dan air tebu kat tepi jalan siang tadi. 3) satu lagi .. kehidupan ini .. semua mahu laju. Hantar anok pun keno laju. tidur dgn bini pun semua laju. oleh yg demikian ..nok sapa kor petang .. penat jugok lah tubuh manusia ini. Oleh itu .. kita dinasihatkan ..jgn laju laju sangat ..bahaya. Contoh lekat tulang ..bila laju makan ikan terbuk. Boleh mati tuan hambo. Contoh sor lagi .. buang air laju laju ..nanti ..tak sempurna ..jatuh kor nyakit lain nanti. Oleh itu kita sama sama bersabar, jgn huru hara. Terawih pun ..jika tubuh tok sihat ..tak yah gi// yg penting ..solat subuh itu berjamaah. Ada orang suko terawih. Double parking. Orang maki hamun lah. Memang mu leh pahala ..tetapi padan kor ..dgn maki hamung manusia ni. So ..buat ibadat pun ..pandang-pandanglah sikiit ahli masyarakat kito ini. Sekian. Wallahu aklam bis asawab.
Salam jam sudah menghampiri 5 ptg. Selepas solat asar ...selalunya saya diminta oleh isteri untuk mencari juadah berbuka puasa. Makanan kami senang sahaja: (a) makanan manis - kueh sekaya, teri manih, ondel ondel, chendol melayu dan kurma arab (RM30/kilo). Buah buah kurma membekalkan banyak vitamin dan zat zat galian yg baik untuk tubuh yg sedang berpuasa. Lagipun 'fibres/ serat' dalam kurma ini sangat baik untuk kebaikan perut yg selalu bermasalah. Zaman nabi dahulu ..mereka berbuka puasa dgn 2 - 3 biji kurma sahaja. Bukan mcm kita ini. Sila lihat di bawah? (b) minuman - air kelapa, air tebu atau air soya melayu dan air mata kucing mio mio (c) nasi kerabu hitam, daging bakar, ayam panggang YATI, solok lada, som tam (thailand) (d) cholek pauh atau nenas muda + garam halus digaulkan dgn biji lada burung hijau merah kasi pedahhhh. Tambah sikit ..cari air tebu ..di tepi jalan .. Hushhhh... Budget .. lebih kurang RM20 - RM30 sahaja. makanan berat? ..isteri saya sudah siapkan. yang atas just .. main main sahaja dengan anak anak lelaki di waktu selepas asar supaya mereka suka bersolat asar berjamaah di Masjid Telipot Kota Bharu Kelantan bersama sama dgn ayahnya ini. Ini amalan saya dgn anak anak lelaki saya sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Sekarang mereka dah berumur 23 - 32 tahun dah. Walaupun duit tadi ada RM20 - RM30 di dalam saku ..selalunya saya tak akan habiskan untuk satu petang begini. Cuba simpan sedikit untuk masukkan ke dalam tabung masjid di waktu isya' / terawih nanti. Saham akhirat kami anak beranak. Insyallah. Lagi pun ..jika kami beli 1 bahagian ayam bakar ..kami berkongsi makan dgn anak anak .. macam macam makanan kami berkongsi. Bila selalu diamalkan begitu ..anak anak dah sebati dgn konsep 'hidup mesti berkongsi dgn adik adiknya sepanjang masa'. Tak payah ..tunggu summer camp di mana mana. Nilai hidup anak anak kita pupuk dan bina di rumah lagi. Insyallah/ alhamdulilah. Gitulah sikit sebanyok kehidupan kami melayu moden lo ni. Kalau kami tak membeli , kasihan juga ..mak chik mak chik yg mengharap duit kami ini sedikit sebanyok. Kasihan bukan? Sekian. Wallahu aklam.
salam Kita adalah makhluk yg paling tuhan sayangi kerana kita mempunyai akal dan banyak kebolehan. Walaupun begitu, tuhan memberikan kita banyak cabaran dan dugaan. Kita perlu banyak bersabar. 2) Bulan puasa kita kena banyak bersabar dengan ahli keluarga kita kerana kita sama sama berpuasa. Kita lapar dan penat , mereka pun begitu juga. Tetapi tak leh lawan ..ibadat si isteri. Dia buat macam macam untuk kita ..memasak, mengejut kita dari tidur untuk bersahur dan macam macam lagilah. Oleh itu , kita kena berterima kasih kpd tuhan .. yang telah memberikan nikmat isteri sebegini rupa. He..he.. 3) kalau pembaca ..belum berumah tangga .. hargailah penat lelah ibu anda. Cuba tengok aktivitinya dari subuh ke subuh yg lain. Macam macam ibu uruskan bukan? Saya yakin semua pahala suami .. dalam bulan puasa ini dikreditkan ke dalam akaun isteri solehah tanpa merosakkan apa apa dlm akaun suami. Subhanallah! Fikirkan lah . Ada satu ayat .. jika tuhan sayang kat anda ..Tuhan anugerahkan kamu seorang isteri yg bagus seperti di ataslah dan .. harta paling bernilai untuk suami ialah .. isteri solehah dan rajin memasak, mengemas rumah dan lain-lain lagi. Kalau isteri bekerja/berjawatan ..kayalah tuan hamba. Sekian. Tazkirah bulan puasa ini. Wasallam
Salam. Bulan puasa bulan yg penuh berkat, rahmat dan pengampunan dari Allah Taala. Bulan 7 2014 merupakan bulan tersebut. Mengikut para alim .. bagus sangat kita menggunakan masa ini (sebulan) untuk: 1) cari makan 2) cari kerja 3) cari ilmu 4) cari .. macam macam terutama duit dari jualan daging bakar , nasi kerabu tetapi ..sepanjang hari berpuasa itu eloklah kita jika ada masa terluang kita buat benda benda berikut: i) baca Al Quraan dalam skala sedikit tetapi .. konsisten contohnya 2 minit membaca Al Quran dlm setiap jam 0800 - 1200 tengah hari. If 3 ayat satu minit kita baca, ini bermakna kita sudah membaca secara hafalan 24 ayat al Quraan tanpa disedari. Bulan puasa semua amalan digandakan 10 hingga 70 kali ganda. Ini beremakna kita memperolehi sekurang-kurangnya 240 gandaan/ ii) salawat kat Baginda Rasulullah s,a.w. iii) senyum tetapi cukup bersimpati kpd orang yg susah/ menderita iv) sampaikan berita yg baik baik sahaja. v) bersedekah RM1 sehari (boleh mu?_) Elaklah dari tidur semasa bertugas di bulan puasa. Ini menjatuhkan nama baik kita org islam jer. Ingat ..zaman dahulu ..para para sahabat r.a. berperang dalam bulan Ramadhan. Mereka menang .. rujuk peperangan badar. Sekian. Saya menulis secara jujur dan ikhlas ini. Jom kita sama-sama amalkan yer? Wasallam