syaitan syaitan go away you

Posted by sazali

Salam.  Bulan puasa..nak tidok jer. Waktu pagi tidok. Waktu tengah hari pun tidok gak. Badan rasa letih jer. Sudah berbuka..perut dah mulai berat dgn air beranika rasa. Makan pun macam macam. Oleh itu nak bergerak k masjid cukup slow sekali. Walaupun syaitan, iblis digarikan ..stail tabiat kita terus berkuasa. Ini mainan syaitan. Mereka bertengek atas kelopak mata kita masing-masing. Sebab itu malas nak bukak mata untuk mengaji Al Quraan atau belajar beberapa doa masnon  Rasulullah.  Syaitan bertengek juga atas bahu dan bertaut kuat habis-habisan ke atas betis kita ..sebab itu kita rasa malas nak berangkat ke masjid untuk solat isyak. Astaghfirullah hal azeem. Dalam masjid ..asyik nak cepat jer EXIT dari dewan solat.  Perasaan marah mula berbuih buih dalam dada  masing masing tak kira muda atau tua ..  jika imam membaca surah panjang panjang dalam solat terawih.  Ini semua nafsu dan syaitanlah ini. Sedangkan dari satu sudut lain ..   Beruntung besarlah  jika ada orang yg dapat menepis serangan syaitan ini pada bulan ramadhan atau selepas ini. Kadang kadang bukan syaitan pun ..sebenarnya tabiat kita memang macam ular sawa bila menyentuh pasal ibadat dalam bulan ramadhan. Kita sanggup berlapar jer.. tak cuba ikhtiar untuk melakukan amalan amalan yg Allah suka seperti tadarus quraan dan berzikir. Mengajar mengaji Al Quraan untuk anak anak pompuan membaca,  bagus jugak bukan ..  tak kiralah anak dara bersaiz besar atau kecil ?   Elok kita beri masa untuk berdoa banyak banyak kpd Allah.  Tak berdoa sekarang, bila lagi kan? Belajarlah berdoa panjang panjang sedikit.  asyik ..  doa panjangnya sama sejak dari kita berumur 5 tahun hingga ke hari ini ..masih doa yang sama panjang jer ..  tak malu kau sayang?  Susah sangatkah berdoa / tadah tangan dengan penuh syahdu dan keinsafan ..mintak dari Allah Tuhan Semesta alam ?

Kalau berletir ..masya allah.  Cuba belajar dan buat usaha yg mantap ..  belajar berdoa panjang panjang seperti berikut dekat dekat berbukak puasa 0700 petang hingga 0737 malam "..  Ya Robb ..  kurniakan aku hidayah dan taufik;  Ya Robb ..beri aku keinsafan bertapa beruntungnya aku mempunyai suami/ isteri yg telah berkorban untuk aku selama ini ..Ya Robb ..  kurniakan aku hakikat iman, solat, ilmu dan zikir, hakikat ikram muslimin, hakikat ikhlas dalam semua amalan muamalat dan hakikat berkorban untuk agama mu yang mulia Ya Robbb  ....Ya Robb ..lindungilah kami dari semua bahaya ..kiri kanan atas dan bawah ..segenap penjuru ..Ya Robbbb..  kurniakan kami rezeki dari sumber yang tak terfikir oleh kami ..Ya Robb .. berilah kejayaan dalam usaha pelajaran anak anak kami di dalam dan di luar negara ..  kurniakan kpd kami perasaan kasih sayang antara kami suami isteri dan anak anak menantu dan cucu cicit kami dalam apa keadaan pun yan Robbbb.. Ya Robb ..  berilah kekuatan kepada kamii ..kemenangan dari segala bentuk  ancaman ancaman syaitan iblis dan musuh musuh islam durjana pada bulan puasa yang mubarak ini ..  aku tak pandai berdoa ya Robbb .. apa yang para para nabi mohon kepada mu satu hari yang lalu perkara kebaikan ..itu lah yang aku minta Ya Robbb ..  apa yang nabi Muhammad s.a.w  mohon perlindungan darii segala bahaya , peprangan, rusuhan , fitnah, .. ancaman makhluk halus, besar, nampak, ghaib ..  itulah yang aku mohon perlindungan ya Robbbb .. Engkau maha Berkuasa Tidak ada selain dari mu Ynag Maha Berkuasa Ya Allah ..  ". Sekian. Wasallam

0 comments:

Post a Comment