Bila ...

Posted by sazali

Salam

Sebut sahaja perkataan 'bila'  , ia merujuk kepada satu tempoh  masa.
Contoh masa ialah:

1)  alam rumah tangga .. dari titik awal akad nikah, boleh anak , membesarkan anak dari 1,2,3 ..hingga ke 'n' ; khawinkan anak; dpat menimang cucu dan .. tiba-tiba mati.  Panjang peristiwa itu bukan ...tetapi itulah satu tempoh masa!

2)  alam perkhidmatan pendidikan (GURU) -  mula dari detik masuki maktab perguruan , dapat posting pertama di Sabah , kenal itu dan ini, naik pangkat DG3 (siswazah) ...DG54 (Pengetua) , tukar sekolah, tukar jabatan PSPN, JPNKelantan ..dan tiba-tiba cikgu kito dah mati.  Panjang jugok peristiwa guru ini.  Ini pun masa!

3)  dan seterusnya dgn alam pekerjaan masing  masing.

--------------------

Dalam konteks sedemikian, Allah bersumpah dengan masa
bahawa kito semua manusia ..dalam kerugian.

org kahwin rama pun rugi, tak khawin pun rugi..
orang dipanggil guru rugi, tak dipanggil guru pun rugi .
org kulit putih rugi;  orang kulit gelap pun rugi ..pendek kato rama nya orang dilabelkan rugi atas dahi masing-masing

kecuali

kita beriman dan beramal soleh.
Dan buat usaha ajak mengajak pada benda yg baik dan terus bersabar ..

-----------------------------

Tuan/Puan/ Adik/ Kakak sekalian

kita hidup atas muko bumi sekali sahaja.  tak ada lagi orang mempunyai 2 sijil kelahiran , 2 tempat dilahirkan pada masa yg berlainan.

Bila berada di atas muko bumi ini ..inilah peluang terbaik bercucuk tanam untuk faedah kita dunia dan akhirat.

Rama kita faham apa itu dunia.  Org celik mato faham dunia, dan orang mata buto pun faham jugak ...
tak ada orang tak faham .. dunia itu apa.

tetapi bila sebut akhirat .. rasa rasa rama antara kita ..  mempunyai .. perasaan bahawa ..benda akhirat ini terlampau jauh dari sini.

Sedarlah penulis ini dan para para pembaca ... akhirat bermula sejurus kita diistiharkan mayat/ mendiang/ arwah ..dan benda ini boleh berlaku bila bila masa sekali pun.

tengok sahaja penumpang MH17 dan MH370 ..  sebelum mereka terbang ..macam macam perancangan yg telah diaturkan/  fb fb mereka membuktikan plan .. mereka ..tetapi ..mereka tak sedar ..seminit ke hadapan itu mereka akan bertemu maut ..dan di situlah bermulanya ..  alam akhirat.

3)  Alam dunia dan alam akhirat berbeza .. sakan.  Satu boleh  napok terang benderang .. boleh fb fb, chit chat, handset, calling calling tetapi
alam akhirat ..siapa pun tak tahu kecuali Nabi Muhammad s.a.w.

Kita buto.  Sebab kita tak nampak alam akhirat.  Orang buto perlu bimbingan orang yg ada mator.  Di sinilah kita memerlukan bimbingan orang paling celik har ini .. nabi muhammad s.a.w.

Orang buto ..jika dia keras kepala ..tak mahu ikut arahan org yg ada mator .. itu kerja bodoh.  Tak lama lagi org buto akan masuk lubang dan terus hancur.  Tengok mayat mayat org org tersayang dalam tragedi MH17 itu.  Apa sudah jadi?

Kita buto ..  kalau nak selamat kita keno ikut Nabi Muhammad.  Kalau berdegil jugak gak ..  memang benar kito gilo.  Org gilo tak lamo .. dok atas muka bumi ini.  Tak lama lagi dia ditangkap dan ..  hancurlah dio.

Untuk maksud itu ..ayuh ..  kita jaga masa kita ini.  Tak lama tempoh masa yg diberikan oleh tuhan ya robbal alameen.  Mungkin esok ..tamatlah dia.  Tak takut engkau?

Kit asemua ada otak.  Gunalah otak untuk ..  sukses kita anak beranak.  tak kira rambut mu kerinting atau pun tidak.

Gunakan otak.  Tuhan kato kita semua rugi.  Kecuali .. (baca ayat ayat paling atah itu).

Sekian.

Saya sudahi ..dengan mohon maaf jika mu tok suka ..penulisan ini.  Saya sekadar posmen sahaja.
Tempoh masa jadi posmen bukannya lama ..  tetapi .. tak apa ..saya sudah sampaikan amanah Allah pad anda semua.  Panda panda lah kito semuor.

wasallam.  p/s:  Mari kito berdoa bersama-sama  muga-muga mereka yg terkorban dalam nahas MH370 dan MH17 ..  selamat di sana ( alam barzakh @ akhirat).  Ameen.










0 comments:

Post a Comment