Salam jam sudah menghampiri 5 ptg. Selepas solat asar ...selalunya saya diminta oleh isteri untuk mencari juadah berbuka puasa. Makanan kami senang sahaja: (a) makanan manis - kueh sekaya, teri manih, ondel ondel, chendol melayu dan kurma arab (RM30/kilo). Buah buah kurma membekalkan banyak vitamin dan zat zat galian yg baik untuk tubuh yg sedang berpuasa. Lagipun 'fibres/ serat' dalam kurma ini sangat baik untuk kebaikan perut yg selalu bermasalah. Zaman nabi dahulu ..mereka berbuka puasa dgn 2 - 3 biji kurma sahaja. Bukan mcm kita ini. Sila lihat di bawah? (b) minuman - air kelapa, air tebu atau air soya melayu dan air mata kucing mio mio (c) nasi kerabu hitam, daging bakar, ayam panggang YATI, solok lada, som tam (thailand) (d) cholek pauh atau nenas muda + garam halus digaulkan dgn biji lada burung hijau merah kasi pedahhhh. Tambah sikit ..cari air tebu ..di tepi jalan .. Hushhhh... Budget .. lebih kurang RM20 - RM30 sahaja. makanan berat? ..isteri saya sudah siapkan. yang atas just .. main main sahaja dengan anak anak lelaki di waktu selepas asar supaya mereka suka bersolat asar berjamaah di Masjid Telipot Kota Bharu Kelantan bersama sama dgn ayahnya ini. Ini amalan saya dgn anak anak lelaki saya sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Sekarang mereka dah berumur 23 - 32 tahun dah. Walaupun duit tadi ada RM20 - RM30 di dalam saku ..selalunya saya tak akan habiskan untuk satu petang begini. Cuba simpan sedikit untuk masukkan ke dalam tabung masjid di waktu isya' / terawih nanti. Saham akhirat kami anak beranak. Insyallah. Lagi pun ..jika kami beli 1 bahagian ayam bakar ..kami berkongsi makan dgn anak anak .. macam macam makanan kami berkongsi. Bila selalu diamalkan begitu ..anak anak dah sebati dgn konsep 'hidup mesti berkongsi dgn adik adiknya sepanjang masa'. Tak payah ..tunggu summer camp di mana mana. Nilai hidup anak anak kita pupuk dan bina di rumah lagi. Insyallah/ alhamdulilah. Gitulah sikit sebanyok kehidupan kami melayu moden lo ni. Kalau kami tak membeli , kasihan juga ..mak chik mak chik yg mengharap duit kami ini sedikit sebanyok. Kasihan bukan? Sekian. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment