Salam
Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Terdapat 3 bangsa untama di sini - iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka hidup rukun damai sejak dulu 1957 hinggalah sekarang.
2) Oleh sebab keunikan tersebut, bila melayu beraya puasa dan haji ..orang cina dan India turut serta meraikan dengan mengambil cuti kerja dari jabatan -jabatan masing-masing. Bukti ialah .. lebuhraya penuh dengan kereta sejak 3 hari sebelum raya puasa hinggalah 3 hari selepas raya. Oleh itu, kita sebagai orang yg rasional hendaklah berwaspada di atas jalanraya yang sibuk dan merbahaya itu.
Mengikut statistik polis PDRM, jumlah kematian setiap kali perayaan di negara ini ialah di sekitar 200 + . Ini bermakna ..tiap tiap hari ada tragedi ngeri melibatkan mana-mana penumpang tanpa mengira bulu, warna kulit atau jenis kenderaan masing-masing. Satu hari sebelum raya, tempoh masa perjalanan kereta dari Kumpur ke Kota Bharu melebih 12 - 18 jam. Cukup sensasi!
3) Sempena hari baik bulan baik ini , ada saya turunkan di sini DUA pedoman untuk anda. Bagus tuan/puan ikuti insya allah :
3.1 berlepas awal ..balik ke kampung. Contohnya 5 hari sebelum beraya puasa dan balik ke tempat bertugas 2/3 hari selepas beraya. Elakkan dari berhari raya di atas jalan raya .. di Kelantan contohnya, anak anak mereka yg jauh mencari rezeki banyak menghabiskan masa atas jalanraya bila pulang beraya .. kerana saiz jalanraya yg terlampau sempit. Jika negeri Johor sudah ada 4 - 6 lane di Batu Pahat, di jalanraya Ketereh - Kota Bharu - masih ada 2 lane lagi. BOTTLENECK! Cukup bersabar mereka itu tetapi membosankan apatah lagi jika hari panas terik!
3.2 jangan ikut stail orang biasa beraya. Time orang makan minum pada pagi pagi raya pertama, kita cepat cepat beraya pada hari itu juga dengan sanak saudara. Contoh kita berkunjung ke rumah atuk dan nenek sejurus selepas subuh. Di kala itu ramai anak anak perantau yg baru tiba dari jauh seperti Kumpur dan Johor Bharu , mungkin masih nyenyak tidur di hadapan TV rumah. Jika kita beraya ..keluar berziarah sanak saudara pada hari ke-2 hingga ketujuh ... sudah tentu kita akan banyak makan biskut kering kedai dan minum air mineral di atas kenderaan masing-masing. Lagipun , waktu pagi dan ptg cukup cepat berlalu. Dulu saya sempat melawat 2 buah rumah sahaja sehari. 1 rumah waktu pagi 1100- 1300 dan sebuah rumah lagi dari jam 1600-2000 ptg. Waktu waktu lain ..drebar utama sudah penat maklumlah kaum lelaki berpuasa 30 hari bersertakan dengan sembahyang terawih 20 rakaat banyaknya setiap malam dan bertadarus Al Quraan. Penat jugak tu tuan tetapi ... Alhamdulilah!
Orang sukses ..ialah mereka yang berhijrah dari stail lama kepada bentuk dan stail lain. Jangan risau apa org lain kata kerna setiap insan dibekalkan dengan satu jenis mulut yg elastik. kalau berani - cuba ini - Elak dari membawa orang rumah dan anak anak dara kita ini. Banyak statistik menunjukkan ..bahawa org rumah dan anak anak dara ini lah yg melambatkan agenda ziarah menziarahi ..kerana .. bila mereka sudah siap memakai pakaian cantik cantik , sesi bercermin lama lama depan cermin - nah status jalanraya sudah jauh berubah dari sifat jalan lenggang kepada sifat jalan sudah machet pak(jammed)! Cuba try stail terbaru di atas. Insyallah berjaya. Tuhan tidak akan murka pun kepada anda yg hanya menghantarkan wakil untuk agenda ziarah menziarahi untuk kali ini.
Sekian.
Walllahu aklam bis sawab.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment