Jangan mendekati mesin bila mata mengantuk

Posted by sazali

Salam

Sebagai insan biasa, kita tidak sunyi dari merasa mengantuk dan penat dalam bulan puasa ini.  Bila mengantuk, prestasi kerja tidak berkeadaan terbaik.  Bahaya jika kita diberi amanah menjaga mesin di kilang.  Oleh itu adalah lebih baik jika kita tidur sahaja.

2)  Sekarang musim berpuasa.  Bila puasa , amalan lain ikut serta iaitu sembahyang terawih dan lain lain.  Tambahan pula, sekarang musim orang gila bola sepak piala dunia 2014.  Kalau kita orang bagus pun , jika jiran semua gila bola ..  kita pun terheret sama bila sorakan peminat bola boleh mengganggu tidur kita.  Bila begitu badan kita kepenatan.

3)  Tujuan saya menulis ini ialah ..  ingin berkongsi langkah langkah mengawal bahaya disebabkan kekurangan tidur dan penat.

Langkah 1:  baca bismillah
Langkah 2:  baca salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w
Langkah 3:  pegang alat mesin dengan cermat
Langkah 4:  jika letih dan tidak boleh fokus .. elok berhenti dan beritahu BOS
Langkah 5:  Berhenti dan berehat

4)  Ini perlu dilakukan kerana ..  bahaya jika badan penat dan mata mengantuk.  Mesin jika tidak dikawal dengan baik boleh membawa angkara bukan kepada anda tetapi kepada orang di sekeliling anda.  Contoh:  jika mata mengantuk bagaimana hendak proses markah 500 pelajar menggunakan Excel.  Terdapat banyak baris dan lajur di dalam Excel ini.  Silap silap nanti, ramai pelajar terkejut dan mati bila mereka tiba tiba diistiharkan 'gagal' dalam satu satu peperiksaan disebabkan keadaan kepenatan dan mengantuk anda itu.

Sekian.

Itu sahaja.

0 comments:

Post a Comment