rayor atau tok rayor tahun ini?

Posted by sazali

Salam

Minggu hadapan kita akan beraya.  Hari Raya Aidil Fitri di negara tercinta Malaysia, Indonesia atau Brunei/ Thailand.

Tetapi penulisan tesis masters / Ph.D tak siap siap lagi.  How to bawak diri ini dengan anak anak macam batang mancis ini?

Langkah-langkah berikut ialah:

1.  buat pura pura raya dgn ibu ayah dan mertua
2.  buat pura pura raya dgn isteri dan anak anak itu
3.  time makan kita makan; time minum kita minum ; time beri ang pow jgn kedekut yer abang..  kasi jer// RM4 seorang ..satu kampung mak oii?
4.  time TV ..baik kau menghilangkan diri sekejap 30 - 60 minit pun tak apa lah ..  buat rangka penulisan.  kenalpasti sub-point mana tak siap dl tesis anda.  Tanda dlm diary.
5.  Bila malam datang ..  kau kena terkam kpd dairy dan sub-point mana yg masih belum disiapkan lagi itu.  Isikan sub-point itu dgn segera.
6.  Bab Method paling senang dibina.  Kita seorang sahaja di dalam dunia ini yg  tahu cara kita buat eksperimen tersebut.  Terbaiknya .. tulis satu rujukan .. dari mana stail eksperimen ini mula mula difikirkan oleh scholar lain.  Jika ada reference 1 atau 2 .. insyallah time VIVA ...examiners tak akan tanya banyak sangat pasal chapter 3 ini.  Jika tak ada .. bahaya itu?
7.  time tidur ..cepat cepatlah kau tidur kerana ....
8.  after raya ... kau kena bawak kereta balik ke tempat universiti kau bertugas. Bayangkan kampung kita beraya ialah di Gaal, Pasir Puteh Kelantan.. dan PhD kita di UTHM Johor ..  oleh itu  Jangan jealous dgn adinda yg tidur memanjang dalam kereta itu.  Dia kepuasan ..kerana ada suami sedang siapkan PhD.  katakan?  rato rati  dio jajo ..namo mu akan bergraduat tahun hadapan.  Aduhhhh.
9.  kau?  bukak mata elok elok ..pandu biar selamat. Nampak punggung lori tu?
10.  else bahaya abang

Sekian.

Bersabar banyak banyak.  Padan dah kita nak sgt buat PhD.

wasallam




0 comments:

Post a Comment