Salam
Masyarakat melayu cepat melatah. Walaupun mereka disuap dengan program agama dan program jati diri 24/7 melalui mimbar masjid dan TV , tabiat melatah cepat berlaku. Contoh paling terdekat ialah seorang muslimat mengamuk bila kereta mahalnya disondol oleh kereta apek tua. Bila marah tanpa kawalan, macam macam boleh berlaku seperti menabur kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang insan bergelar muslimah. Sekarang bila perasaan marah sudah mula reda, keinsafan dan malu mula terasa. Astaghfirullah hal azeem!
Dari jauh didengarkan bahawa dia mohon kemaafan dan seterusnya. Muga-muga dia berjaya dgn rayuannya menghilangkan/ membuang klip video yg berstatus viral itu.
2) Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari sini.
2.1 orang bercerai pun kerana perbuatan melatah membabi buta. Se orang isteri menyerang suami dengan kata-kata kesat sebelum membuat usul periksa yang rapi sama ada sang suami betul betul menduakan isterinya. Bila sang suami terkena serangan yang memalukan ditambahkan pula dengan nasibnya mempunyai mertua seperti filem Ibu Mertuaku lakonan P. Ramlee ..maka tidak hairanlah perceraian berlaku dengan tiba-tiba. Mengikut statistik Jabatan Agama Islam Batu Pahat bagi tahun 2000-2008 , bilangan perceraian meningkat dari tahun ke tahun melibatkan pasangan muda dan juga pasangan tua yang sepatutnya ..bersabar banyak-banyak kerana kubur kata mari , dunia kata pergi.
2.2 orang bisnes membuat keputusan menjual bisnesnya terburu-buru kepada pendatang asing (Indonesia, Bangladesh, Nigeria, Kemboja dan lain-lain lagi). Sayang .. kerajaan Malaysia bertungkus lumus menghadiahkan program bisnes kepada wak wak jawa ..tetapi melalui kefahaman trend bisnes makanan restoran ..banyak restoran melayu sudah bertukar tangan kepada orang lain dalam sekelip mata sahaja. Tengoklah restoran kepunyaan orang Thailand di Kelantan! Jika tukang masaknya bukan isteri muda tuan punya asal restoran itu .. mengapa nama tuan kedai sudah berubah? Mungkiin tabiat cepat melatah dlm urusan jual beli mengakibatkan kita melayu senang kalah dalam dunia perniagaan berskala kecil atau besar.
2.3 pelajar universiti. Se orang pelajar universiti dianggap terpelajar maklumlah dapat menyambungkan pengajian ke menara gading dengan tajaan JPA, pinjaman MARA atau ikhsan FAMA (father mother). Sepatutnya bila berada di universiti, 90% masanya mestilah dihabiskan di dalam kuliah, perbincangan se sama rakan atau paling tidak membaca jurnal di perpustakaan saban hari siang dan malam untuk ketajaman fikiran dan idea yang terbuka. Tetapi disebabkan nafsu muda, ada pelajar melibatkan diri dalam cinta monyet dengan pekerja asing di asrama. Dipendekkan cerita ada yang telah dibunuh secara kecam dan ada yang telah dibunuh dan kes ini dijaja oleh akhbar (murahan) dengan penjanaan pendapatan berjuta-juta ringgit dalam tempoh masa terpantas di mana si mati memperagakan diri untuk maksud maksiat dan RM. Jika insiden pelajar dibuang dari pengajian dianggap sesuatu yg memalukan kepada ibu bapa dan masyarakat melayu .. apatah lagi berita pembunuhan yang dasyat sebegini rupa tersiar dalam dada akhbar berminggu minggu lamanya. Adakah ini patut dilakukan oleh pelajar bekas sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi dan macam macam lagi jenis sekolah ..yang mana kerajaan telah bersusahpayah ..berjuang untuk faedah orang melayu kito?
Oleh itu, marilah kita sebagai melayu mukmin mukminah berhenti sekejap ..tarik nafas .. ucapkanlah asttaghfirullah hal azeem .. dan mulalah membaiki diri secepat mungkin agar kita akan kembali menjadi umat terbaik di dunia ini. (rujuk ayat Al Quran ..umat terbaik ..)/ mulakan dengan sembahyang fardhu 5 kali sehari, pembacaan Al Quraan saban waktu di kala petang, dan ..lembutkanlahh hati itu dgn tazkirah/ usaha dakwah tabligh di seluruh dunia.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbbb. Al Fatihah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment