salam
Khutbah Jumaat di masjid besar glugor ..
intisari khutbah ialah berkenaan penipu, penipuan dan ..neraka lah mereka.
Penipu dan kes penipuan menjadi jadi sekarang.
Semakin pegawai bergaji besar ..bentuk dan stail penipuan semakin besar dan canggih sekali.
Khatib memberitahu :
1) peniaga, penjual yg menipu .. benda itu (keuntungan yg diperolehi hasil dari menipu itu) akan berada di atas bahunya di padang masyar.
2) guru , pemeriksa kertas peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, kolej matrikulasi KPM ..jika menipu dalam proses pemarkahan ..push markah pelajar pelajar semata mata kasihan belas takut fakulti fakulti tutup terus tak ada pelajar ..pun dieret sama
benda benda itu (upah pemarkahan, naik pangkat ) ..akan berada di atas bahunya kelak di padang masyar
3) polis pun kena termasuk KPN, TKPN... buat report palsu, buat story story palsu, saksi palsu ..naik pangkat apa apa lah
semua itu berada di atas bahu , tengkok masing masing di padang masyar
4) pemimpin pemimpin melayu, cina, india, org asli, india dari benua sana , pakistan, bangla, org puteh, org kelabu , orang hitam pekat .. jika menipu .. semua itu akan berada di atas bahu masing masing. Benda apa? hasil faedah dari penguasaan seperti .. duit, harta, apartment di luar negara, aset bertambun tambun di seluruh dunia, tanah sawit, hasil sawit, projek itu dan ini ..semua termasuk ler..
Mampus lah kita semua!
Destinasi terakhir ..neraka jahanam yang mana bahan pembakar ialah manusia manusia seperti kita semua.
Astagh firullah hal azeem.
5) suami kena; isteri pun kena .. story kata dia beri nafkah tetapi sebenarnya tidak .. mampus suami itu/ begitu juga isteri buat pelaporan palsu di mahkamah syariah ..suami beri rm1000 sebulan ..dia kata rm100 jer ..story itu pun kena jugak.
Baguslah khutbah begini sekali sekala.
Tetapi yg pasti ..khatib import ini bukan dari Majlis Agama PP pun.
khatib import ..boleh menembak sedap sedap ..tetapi khatib kerajaan .. payah tu.
Silap silap dihantar untuk berkhutbah di Lahad Datu Sabah minggu hadapan .. w/pun anak isteri berada di Pulau Pinang.
Sekian. Buatlah ini sebagai pengajaran wahai penulis blog yg lemah iman dan rendah taraf taufiq hidayahnya.
Wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment