Salam
Jika kita sudah selesai menunaikan ibadat puasa dlm keadaan terbaik
Maka Allah ampunkan semua dosa kita. Alhamdulilah.
Kira kiranya semuavkita pada musim raya ni ..
Semua sudah hilang segala dosa. Kitavdah bersih suci dari segala segalanya.
Syukurlah. Gerenti syurga. Ameen.
Tapi awas tengok beberapa istilah di atas tu.
Puasa dalam keadaan terbaik?
Puasa terbaik?
Sudah kah kita mencapai darjat setinggi itu?
Saya? Entahlah ..tapi jika tuhan nak ampunkan penulis apa lagi yg kita nak risaukan ..kan?
Kita kena ada rasa positif.
Berfikiran positif.
Kita positif. Allah positif. Berehs blako blako. SYURGA FIRDAUS kita di mana terdapat 7 sungai mengalir deras di bawah tapak kaki kita.
2) Hari ni nak menulis pasal dosa.
Terbahagi kepada 2.
Dosa besar dan dosa kecil.
Jika dosa tak terampun ..nerakalah kesudahannya.
Dosa besar ada 7. Seingat ingat sayalah.
2.1 syirik ( menyembah berhala)
2.2 meninggalkan solat 5 waktu sehari
2.3 membunuh
2.4 menipu secara terang terangan, buat buat cerita, reka reka story
2.5 berjudi
2.6 berzina
2.7 tenung nasib
Sedangkan dosa kecil ada 1000.
tak larat nak menulis semua. Setakat 11 cukup kot sempena hari raya ni.
a) curi tulang. Pemalas. Bos malas. Anak buah lagi lagilah malas.
Perdana Menteri malas. Rakyat jelata lagi lagilah pemalas.
b) mengumpat, mengeji, mengutuk, membangkang, kritik tanpa bukti
c) makan benda benda tak halal walaupun sudah tahu terlebih dahulu.
Awas kek harijadi anak anakmu.
kedai siapa yg membuat kek bertingkat tingkat itu?
kedai hj hadi marang ke?
atau kedai Alice Wong?
kedai tamby raja ke?
Awas coklat coklat, roti roti, ..aghh macam macam. Makanan tak halal. Makanan muslim ada jugak tak halal. Aduhai.
D) mengintai anak dara , isteri muda orang
seronok tengok program sukan air sukan asia, sukan olimpik, wimbledon.
kalau atlet dari afrika seperti uganda, tanzania, ethiopia
insya allah kurang sedikit dosa mata adik adik haji tu.
abang haji bagaimana? Dah lama k.o prostat cancer.
e) janji tak tepat.
kata nak settle bayar hutang rm1000 sebelum raya.
tak bayar penuh. Rm200 jer bayar.
Sakitlah hati toke cina kita tu.
kata nak khawin raya ke 3. Batang hidung pun tak nampak. Dasar jantan ..
f) berdengki tak tentu pasal
Sebelum ayah nak mati..arwah ayah kasi abang 10 ekar tanah d Sepang. Lokasi dekat sangat dgn kapal kapal terbang landing dan flying.
adik adik lain duit cash jer rm200,000.
Yang kau nak mengamuk ..apa pasal?
Abng sulung dah ada. Tuah badan dia lah.
Syukurlah dgn cash itu.
sekurang kurangnya arwah ayah ..bagi jugak.
Agama dah ajar. Be happy dont worry.
abng jugak yg untung.
g) mulut laser.
h) ungkit mengungkit membawa padah.
Selalunya berlaku dalam masyarakat melayu ini.
si lelaki umur 25.
isterinya 45.
dulu isteri sponsor ..suami belajar.
UM degree kak nab sponsor ramli.
UKM masters pun kak nab jugak sponsor ramli
USM phd pun kak nab jugak yg sponsor, beri semangat, control tension, tukang beli tiket bas, malindo air dan macam macam.
Sekarang Dr Ramlee. Umur 40.
kak nab ..umur 60.
cannot go any more.
oshhh..lupa. Ramlee dah dapat bini baru sekarang ni. Baru leh go far.
Dasar lelaki.
Lembik tengkok time susah jer.
sekarang semua dah tegap , ...bye bye kak nab.
i) tukar tukar ...mengelat.
Contoh tukar tukar telur ayam dalam pasaraya.
telur gred A ditukar ke dlm bekas telur gred B.
Dibayar telur gred B sahaja di kaunter Tesco, Parkson.
dia ingat dia untung besar.
Awas darah daging ..dari unsur unsur menipu.
semua akan dibakar dlm neraka jahanam.
j) pandang terlampau lama kat amoi
jual printer, handphone
dan mcm mcm.
Dosa mata.
k) membazir. Beli bunga untuk majlis khawin anak pun berjuta jutaan ringgit. Pembazir adalah kawan syaitan. Syaitan sure kena bakar dlm neraka ..begitulah geng geng yg suka membazir ini. Betul ke ustazah ini?
Hasil semua dosa dosa di atas
masyarakat rusak peranda. Status negara kaya tiba tiba dah bertukar bentuk.
Hutang negara hampir - 1 trillion RM.
Dalam khutbah .. jarang disebut benda benda alah begini.
Yang disebut ialah
jaga anak anak kecil dari main air bila berlaku banjir. Jangan selak kain terlalu tinggi bila mengarung air banjir di bandar Kuala Krai, Manek Urai.
jangan memandu terlampau laju, mematikan diri dlm gaung Karak, Gerik, dan Cameron Highlands.
mengutip derma kilat, derma rakyat pelestin, iraq, khasmir,
pondok tahfiz diranapkan oleh ribut taufan dan mcm mcm lg.
rumah terbuka sana sini ... muhibah dan happy happy selalu.
why? Teks khutbah dikeluarkan oleh pihak majlis agama.
#### DOSA kecil boleh hilang dengan cara ..mengambil air sembahyang.
Duduk dengar taklim wa taklum pun .,semua dosa kecil terampun sudah. Dengar ceramah agama ..seperti tazkirah musim ramadhan pun ..dosa kecil hilang begitunjer.
Dosa besar? Ini benda boleh diampunkan jika taubat nasuha iaitu taubat bersungguh sungguh hati. Menyesal dan berguling guling atas tikar masjid dgn satu kampung turut menangis. MB menangis, Tok Imam, Tok Siak, Tok Penggawa, Pakchik Penggali kuburbpun ..turut menangis....entahlah boy ni .dosa babi apo dio buat ni?
jika berzina dgn isteri orang ..pergi minta ampun dari suami si perempuan tersebut.
Tergamak kau abang? Try lah.
sekian.
Maaf jika terkena btg hidung sesiapa.
Wallahu aklam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment