desa itu ada lg ke?

Posted by sazali

Salam

Desa itu kampung bagi kita melayu.
Zaman dahulu org melayu berasal dari desa.
Tak ada desa , bukN melayulah tu.
Begitulah mulut arwah ayah.  Tiap tiap kali menemani dia rata rata ke seluruh negara.

Desa ada budaya, adab dan adat.
Agama pun kuat.
Itu berlaku lagi pada tahun 1990. ( budi rusindah, 1990).

2)  sekarang tak kot.

50 tahun lagi dari sekarang, mungkin hilang sifat kedesaan melayu.  Tak percaya tengoklah.


Sekarang tahun 2016, ramai anak melayu sudah berhijrah ke bandar.  Sifat bandar sudah bnyk memasuki jiwa anak cucu cicit kita. Sekarang zaman berduit. Semua masa dan tenaga berduit.  Minyak kereta, tol, RnR  nak kencing pun berduit. Kalau tidak selak kain dan kencing tepi jalan. Mahu kau?  Tak takut ular  mat?  Isteri kau tu punggung besar dan bulat.  Susah nak cover.

ha..ha..ha..

tak g jamuan khawin
tak rasa bersalah pun. Dulu kita g jugak walaupun lewat sehari dua. Tanda kasih sayang antara satu sama lain. Setidak tidaknya kiriman salam tu ada.  Paket duit ada.

mengapa jadi begitu?  Berikut ada beberapa sebab.

pertama, khawin caMpur.  ASIMILASI/ AKulturasi ( rujuk:Teo Kok Seong, 2004 dlm Worawit Baru).
melayu kelantan khawin dgn anok tokseh singapura.
melayu kelantan tak kerja.  Lakinya sahaja yg berkerja.  Dulu mek joh kerja kilang. Ada gaji boleh bersuaralah.  Sekarang bila setiap tahun perut mek joh buncit...dia resign kerja operator kilang.
Maka stail hidup sudah berubah.  Semua mahu laju dan tangkas.
Bila tak berduit baik kau diamlah.
Semua keputusan tokseh singapura yg tentukan.
kasihan mak ayah di kampung.
mati pun di singapura.
anak cucu sudah mulai melupakan desa desa di kelantan.

kedua, pelajaran dan pekerjaan.
bila belajar tinggi tinggi..pekerjaan bnyk ada di dalam bangunan pencakar langit.
tinggi dAn standard.
Speaking berapi api.  Bermimpi pun payah nak kawal.
please please yes ..alright.  tq  come again to tall building ok?  calling calling ..credit dah habis dahh.
thinking mcm pengarang buku buku di universiti.

Buku buku di dalam perpustakaan pengarang pengarangnya kebanyakan anti islam, tidak bertuhan dan agama lain lain.  Falsafah buku buku ini ditelan perlahan lahan oleh penuntut melayu dan tanpa disedari sifat, fikiran dan budaya org kafir masuk sama ke benak fikiran dan hati.  Tak percaya?
tengoklah pakaian anak anak melayu di universiti contohnya.
tahun 1, semester 1 masih ada lagi berbaju kurung.  Satu warna dari rambut ke hujung kaki.  Cara sopan santun tu tinggi.
tahun 3, semester hujung hujung dekat dgn pembentangan projek akhir tahun
ke mana pergi baju kurung tu?
seluar ketat mencekam punggung. Tudung singkat dan ada tu baju T... boleh see through.
thank you buku.  Handphone tercokeng keras dari poket seluar belakang.  Pamer gaya hidup  serba baru.

mengapa org melayu tak menulis buku?  Barulah falsafah, idea, gaya melayu dpt dikekalkan.
payah nak jawab tu.  Nanti profesor melayu sakit hati ..susahlah aku bergerak ke sana sini.

ketiga, amalan amalan agama islam itu sendiri.
Dulu org kampung kuat ke masjid.
Sekarang tak ada dah.  Perbezaan politik PAS Umno. Di Besut contohnya memecahkan golongan tua dan muda.  Ada golongan tua tidak bersatu hati lagi dah di kampung.

Sekarang masjid jameek di ibu kota... kuat dgn program agama setiap malam di kota kota besar.  Ini mengantikan alam di kampung.
bacaan hadithlah, tazkirahlah  dan majlis fikir iman dan amal tabligh pun ada.  Semua di kota.

Di desa, surau dan musolla jer tempat org tua berkumpul.
org org tua ..menyandar di tepi tiang surau atau musolla.  Nenek belakang tabir ..setia menunggu masuknya waktu isya dan terus balik ke rumah.
Dengar ustaz mengajar pun..mata mengantuk , badan letih jer.
Semua tak bermaya.
lemah longlai.  Asap rokok daun berkepul kepul di beranda .. ustaz cakap di depan ..org lain kuat politik cerita lain di tangga surau  di bahagian belakang.  Masing masing naik.
Perkara berat yg dibangkitkan oleh tok lebai tak larat nak faham. Susah faham kerana org org melayu bila bnyk subsidi ..tenaga fikir pun semakin hilang. Tak dpt berjuang habis habisan dgn masalah dadah, belia rempit motosikal, pencuri naik rumah  dan minah minah cepat khawin antara negeri, daerah, universiti dan hairannya cepat jugak tu mereka bercerai.  Jadi bujeng ..org kelate kato.

TAk ramai org kampung tua tua mengerti apa kesan penhijrahan rakyat syria  ke german.
Rakyat syria masuk kristian beramai ramai.  ( RUJUK  KADIR JASIN 2016  Dewan Masyarakat Bulai Julai 2016). Mana kebimbangan pak imam tua masjid masjid besar seluruh dunia terutama di  mekah dan madinah. Aghhh..mereka kurang faham.  Mungkin bila perut besar, kereta besar, elaun besar besar, isteri besarr .. faedah apa fikir?

Begitulah dahulu.  Ada masa nanti saya kupas dalam dalam insya allah.

Rumusan cerita ialah:
desa tak penting mano dah.  Ada desa atau tak ada desa pun ..tidak menjadi masalah.  Kita youtube sahaja pun ..cukup sudah.  Rujuk lagu halim yazid pasir puteh. Pesan ayoh tak pernah ku lupo.
sifat desa, sikap, adab dan adat dari desa perlahan lahan dilupakan oleh generasi sekarang dan seterusnya.  Yg penting hantar duit tu bulan bulan  kpd org tua di kampung.Nanti dia menangis.  Sumpah dia ...jadi batu kita?
Kasihan kan?


Wasallam

Rujukan
Budi Rusinah(1990). Surat dari desa. Pulau Pinang: persatuan pengguna pulau pinang.

Worawit  Baru @ Hj Ahmad idris (2004). Eds.  Pemikiran melayu tradisi dan kesinambungan.   Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka

0 comments:

Post a Comment