Salam
Semalam kami berkunjung ke rumah sahabat sempena bulan syawal yg berbahagia ini.
Dalam perbualan kami, dia menunjukkan kitab yg sedang dikarangnya.
Dalam tulisannya berbunyi begini.
1. Amalan ibadat fardhu
Jika tak ikhlas, kita mendapat dosa dan neraka.
Menunjuk nunjuk dlm hal yg fardhu
Hukumnya berdosa dan neraka.
Sedangkan
2. Amalan ibadat sunat
Jika tak ikhlas
Kita tidak mendapat apa apa pahala. Kosong pahalanya. Jatuh kepada sia sia. Rugi besarnya.
Contohnya
Memberi sedekah untuk tabung masjid pada hari jumaat
Ada orang memberi sedekah yg banyak
Bila banyak mata sedang memerhatikannya.
Jika tak ada mata dari orang lain
Dia bersedekah sedikit sahaja.
----
Sedekah ada bermacam macam kategori
Sedekah
A) si miskin
B) saudagar
C) lillah hitaala
Huraian
Si miskin sedekahnya begini.
dia memberi sedekah dengan apa yg ada padanya.
kalau ada air mineral, itulah sedekahnya untuk si fakir miskin.
jika dia membawa kereta ke masjid, dia memberi tumpang untuk pelajar2nya ke masjid untuk bersolat jumaat
Si saudagar
Pergi sembahyang di masjid
Pahalanya 27 darjat dari sembahyang bersendirian
pahala puasa 6 ialah ..dianggap berpuasa sepanjang tahun.
dia fikir banyak banyak pahala sahaja.
Si lillahi taala
Memberi sedekah semata mata kerana Allah Taala.
Tidak kerana pahala , tidak kerana habuan syurga
Tetapi untuk Allah semata mata.
itu sahajalah
untuk saya berkongsi dengan kalian.
bukan senang mendapat sifat ikhlas ini.
Allah sahaja tempat kita berlindung.
allahu akbar.
kita pernah mendengar 3 kumpulan manusia ..susah payah mereka tidak diterima oleh tuhan iaitu Allah
Taala
pertama. Geng pahlawan, mereka terkurban sebagai shahidin
kedua, geng ilmuan
ketiga, geng dermawan
sekian
terima kasih.
wasallam.
P/s
sahabat itu graduan dari madrasah darul ulum
deoband, India.
umurnya dalam zon 70an.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment