bila otak ..

Posted by sazali

Salam

Hari  itu  saya menulis berkenaan dengan   kaki yang sakit dikuti pula dengan .
sakit tangan dan lengan.

Hari ni ..insya allah dengan izin tuhan saya hendak menulis pasal  sakit otak.

Contoh orang-orang yang dikatakan mempunyai sakit otak.

1.  Isteri ada, dia buat tak kesah sahaja.

Isteri ada yg halal
Dia bersusah payah mencari isteri yg haram. Terbang jauh jauh
makan daging haram.

berzina di Medan, Golok, Hanoi, Kuala Lumpur?

2.  Gaji rendah.  Nafsu besar.

Bila gaji tak banyak
Hidup simple simple sudahlah.

Buat apa beg tangan mahal mahal tetapi bersaiz kecil.  Nak bubuh apa kak?
Buat apa pakai intan berlian.  Cantik ke cincin jari mu itu?
Buat apa pakai barang berjenama
Pakai proton second hand sudahlah.

3. Gaji besar.  Nafsu tiada.

Ini lagi sakit otaknya.

Sepatut makan puas puas.
Sejajar dgn pendapatannya.

Gaji besar
Pinggan besar
Sudu besar
Mulut pun besar
Meja besar
Lengan kaki semua besar

Barulah adil.
Lagipun namanya  Tuan Besar.

satu itu
gaji besar ..semua gajinya diserahkan kpd bini berketurunan Benggali.
alangkah  sakit otaknya ini?  Mungkin ada kes buli.  Siapa buli siapa ni?

4.  Gaji tiada. Asyik meminta sahaja.

Banyak terdapat di kawasan masjid
Terutama hari jumaat.  Mungkin seluruh dunia.

Agama islam agama banyakkan sedeqah.
Sedeqah  senyuman
Sedeqah  habuan
Sedeqah express
Sedeqah sepanjang masa

Tak sah, khutbah jumaat
Kalau tak khatib bercakap sepatah dua berkenaan dengan adanya tabung sedeqah 1, 2,3 ..sampai ke  n.

Bahkan org dalam syurga
Menyesal ....tak habis habis di syurganya

Kerana  ..masa hidupnya dulu
Tak banyak bersedeqah.  Betul ke ni?

That's why

Penuh org asing dengan anak2nya merah merah lagi
Meminta sedeqah di tangga tangga masjid.

Hidup  Islam!

5.  Nanti  .saya sambung lg.
Insya allah.

Dah tahu, azab kubur itu dasyat
Tabiat shopping
Masya allah  cukuplah dasyat

Malaysia shopping
Thailand shopping
England shopping
Amerika shopping
Suami sakit , dia kuar shopping

Dulu
Shopping naik kereta jer
Tak cukup tu
Kerah org gajinya ikut sama

Sekarang naik jet peribadi
Kerah  rakyat luar negara
Tolong angkut ..semua hasil shoppingnya satu persatu
Naik tangga jet peribadinya.
Rakyat jelata ..semua menonton telatah ..contoh terbaik lakonan hidup ..  siapa lagi da?

Tak cukup cukup

Bila tuhan tutup
Pintu hidayah

Benda tak perlu pun

semua dibelinya juga.

tak cukup baju?
tak cukup  tudung?

tidur pun pakai tudung bubble ke?

tak cukup  make up  kak?
tak nampak dah .kulit asal
penuh tepung ..berkilat kilat

tak solat zohor ke  kak?

astagh firullah  hal azeem

Sang Suami
tegur tegurlah  isteri dan anak-anak perempuan tu
kecantikan tak kekal
yg cantik ialah  budi bahasa
yg cantik lagi bersopan
yg cantik cantik lagi .. ada gaya dlm simplicity tak kiralah awal, pertengahan atau hujung-hujung bulan

inilah  kesan
bila otak

sudah mula sakit sakit.

jom kita sama-sama memohon dgn tuhan

jgn kasi otak  kita  sakit sakit pun.

semua  ok
semua  alright  (al qanaah)

insya allah
kita selamat.

Sekian.
wasallam

0 comments:

Post a Comment