Bila ...lagi

Posted by sazali

Salam

Semalam  saya menulis pasal kepentingan kaki.

Hari ini saya menulis sepatah dua kepentingan dua belah lengan dan tangan termasuk jari jemari kita ini.

Kaki dan tangan semua pemberian tuhan.
Tidak ada industri yang boleh mencipta secantik kaki dan tangan kita ini.

Jika dikumpulkan semua jurutera dan saintist untuk mengeluarkan kaki dan tangan secantik ini .. tidak mungkin mereka dapat lakukan.

Kalau dapat pun .. tak dapat buat selembut tapak tangan dan jari jemari perempuan.

Kalau dapat pun  ..tak dapat buat sekeras kaki pelari pecut dari Amerika.  Hussein Bolt.

Yang mereka dapat ciptakan setakat ... orang, organ plastik sahaja.

Itulah kehebatan manusia.

Bila

1.  tangan kita sakit ..

kita gagal menulis karangan selaju ini.
kita gagal menampalkan setem atas sekeping sampul surat.
kita gagal memegang senduk untuk memasak
kita gagal memakai seluar jeans serba ketat sendiri.

2.  jari jemari semua keras

kita tak mampu zip seluar kita.
kita tak mampu memasang kacing bra kita
kita tak mampu menjolok lubang hidung kita terkala .lubang hidung kita gatal, geli gelimang.

Nikmat menggorek hidung ..  lubang telinga ..  tak termampu saya coretkan di sini.

kita tak mampu mengetuk butang ..atas papan kekunci sederas dahulu lagi
kita tak mampu ..  menerima dan mengirim sms melalui hand phone kita lagi
hatta membasuh najis pun ..kita miss kenikmatan bila pancutan air deras ditujukan ke satu lokasi tertentu tepat pada dubur kita sendiri.

nak pegang hos ..  bagaimana?
nak bukak kepala paip ..bagaimana?
nak bilang duit ..jika kita seorang peniaga pasar malam ..bagaimana?

3.  tangan kita patah

payah macam macam.
payah nak pegang stering kereta
payah nak pegang gear
payah nak pangku anak kita yang kecil ini
payah nak meraba, memicit, menggaru, mengetuk,

4.  tangan kita tercabut/ terseliuh

payah ..macam macam ..kan?

payah angkat hadasth
payah nak mandi wajib
payah nak pakai baju
payah nak pakai kot universiti/ korporat

pendek kata semuanya payah.

Oleh itu ..eloklah kita ambik kesah

keadaan tangan dan jari jemari yg tuhan kurniakan kpd kita sejak lahir itu.

Bersyukurlah ..bila tangan kita sama panjang.
jika tidak ..payah dan kekok pulak kita ini

bersyukurlah jika jari jemari kita macam macam saiz dan bentuk
ada yg keras dan ada yg lembut
ada yg keras ..ada fungsinya tersendiri
ada  yg lembut ..elok kita gunakan untuk mengorek lubang hidung di waktu kereta berhenti di satu junction trafik light ..buat slow slow

yg keras ..kita gunakan secara brutal ..bila sampai di rumah nanti.  Sabarlah..  Masa itu ..siap kau?

Masya allah...  bila kita menghitung nikmat kesihatan dan keberadaan tangan dan jari jemari
barulah kita sedar

betapa kayanya kita.

tak percaya?

anda nak jual ..semua jari tangan kanan itu?
sanggup ke?
tak sayang ke?

apa yg menyebabkan anda mengambil langkah sedrastik itu?

tak bodoh kamu?

ha..ha..ha..

bersyukurlah.

nilai kita ..bnyk bergantung kepada ..tangan sepasang
dan kaki sepasang
ini.
tak percaya?

waktu interview guru ..

KPM melihat ..kewujudan kaki dan tangan calon guru.

why?
nak berdiri
nak pegang marker

dan macam macam.

Sekian.  Hargailah nikmat nikmat yg tuhan kurniakan ini.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment