Salam
Ramai kita berdoa.
Ada berdoa berskala kecil. Slow slow dalam hati.
Ada yg berdoa berskala besar. Baca doa dgn suara yg jelas. Ameen ameen ..bnyk kucing yg lari. Maklumlah setahun sekali ..upacara doa gigantic size.
2) huraian
Skala kecil ini ialah
Baca doa pendek pendek. 1 atau 2 jer ayat ayat robba na dari surah al imran hujung hujung surah tersebut.
Modal tak bnyk.
Buat seorang diri.
Menggaji pun tidak. Sebutan bahasa arab tak comel. Makhraj tok berapa kena.
Pakai bantai sahaja. Kebanyakan doa ..pakai bahasa berloghat kelate pekat budu.
masa diambil kurang dari 5 minit jer. Mata tak keluar pun air mata. Mata li lah li lah ..intai anak berpampers dlm dewan besar masjid jameek seluruh negara.
Skala besar?
Ada orang pergi umrah. Madinah dan Mekah. Bukan calang calang org boleh gi ke sana. Jadi tetamu Allah.
Ada dari bulan rejab terus ke bulan syawal. Mesti kena ni ..malam lailatul qadar lebih mulio dari 1000 bulan !
Lama bukan?
Modal paling kurang... rm5000 satu kepala.
Kadang kadang rm10k, 15k ..bergantung kepada pakej dan keselesaan.
kalau satu apartment dgn menteri, bini mudo menteri ..mahal sikitlah pakej umrah tu.
Tadi gi melawat jiran-jiran baru pulang dari mekah.
Dia cerita mereka berdoa sahaja mlm 27, mlm 29 ramadhan...dalam solat witir sahaja pun
Lebih dari 45 minit lamanya. Aku angguk angguk sahaja tanpa respect, full impression and sayu dlm hati bilo pulok aku boleh ikut serta.
Sakit tumit kaki dio ..bilo berdoa lama lama.
Sakit badan berdiri.
Doa panjang panjang. Kebas kebas urat tangan dan kaki.
Doa pada Allah untuk faedah mcm mcm.
Syukurlah dio orang kata nih.
Sekarang harga minyak semakin naik setiap barell.
Kes kes buang pekerja tak sedasyat tahun tahun lepas semasa harga petrol mencicah usd25 satu barell minyak. Masa itu Malaysia Airline jemput pakar jerman sekadar buang 6000 pekerja MAS. Sekarang dah stabil ..org jerman mahu lambai good bye melayu rakyat 1000 darjat kesopanan.
SYUKURLAH.
syukur
Pihak kerajaan malaysia semakin banyak menarik nafas lega.
Semua prk 3 tempat ..semua BN menang.
Makin ramai orang menyokong kerajaan.
Kain kain berwarna biru pekat atau menyala
Semua laku. Rakyat pakai baju melayu bberwarna biru daching tak ramai mahu query query. Dah biru menang... God save the Queen.
Dulu orang suka pakai baju raya hijau. Boria kedah pun hijau.
Sekarang selera rakyat di kampung kampung beralih biru.
Kenapa?
3) Mengikut pada teori
Allah tak akan reject doa
3.1 ORANG kena zalim seperti Brother Anuar, Tan Sri M Pagoh dan Datuk S A
3.2 pemerintah adil dan saksama
3.3 orang berpuasa betul betul kemah keming 100 peratus
4) Soalan sekarang
bakpor parti parti PAS, PKR, Amanah kalah?
kenapo BN menang besar?
adakah kerana faktor rakyat cina di Malaysia?
undian rakyat cina sudah kembali kpd pihak kerajaan? He he he.
Mungkin faktor prof reduan tee. Entahlah prof.
syabash.
5) Aku sebagai pesara kerajaan yg dapat surat puaka dari En Sulam UTHM ..berbunyi
putuslah semua kasih sayang dengan UTHM terutama PKU ( ubat serba serbi mahal)
apa apa pun..
kita mahu pencen kita tetap berjalan.
bisnes kita tak lingkup terus atau slow motion
pelajaran anak anak terus lancar di IPTA atau Ipts.
Harap harap tahun hadapan semua graduan disedut untuk berkhidmat dgn kerajaan atau/ dan korporat
menantu menantu ku sudah kembali bertugas seperti sedia kala mulai bulan ini.
why?
dengan pekerjaan
status, maruah kami dikembalikan.
sedap sikit jalan jalan bulan syawal 30 hari ini di Johor Darul Takzim contohnya
jika tidak semua kelihatan muram dan hilang serinya. Yg paling berdukacita ialah ayam. Raya atau tak raya warga ayam ..selalu jadi target sembelihan orang.
6) mengikut kitab
doa kita tak diberkenankan oleh tuhan kerana
6.1 yakin kita kurang bahawa Allah berkuasa 100%
6.2 amalan kita tak secantik mana pun
6.3 makan minum kita ada yang tak halal
kalau beriya iya sangat dgn makanan ..
Dengan cara klebex klebex ingredientsnya
kita lupa kita banyak curi tulang di opis seluruh dunio. So punca rezeki kita tidak sebersih mana pun.
itu pasal ..doa tak makbul. May be Nnoooor?
kasihannya kita, kan?
susah nak faham cerita di atas..
Keyakinan bukan senang d bentuk.
ilmu banyak pun .. yakin tak mantap
sekadar dengar ustazah dari Astro TV .. semua berbayar ...mana nak mantap keyakinan kpd Allah yg Esa
sebab kita bnyk percaya benda yg nampak pada saat ICT mengganas habis habisan. Youtubelah, google search lah
bila nampak dgn jelas ..baru nak yakin betul betul
sedangkan islam ini
agama ..benda tak nampak. Contoh mu ada nampak tak seorang malaikat? Anak dio kor? ATok dio kor? Ada nampak? Kalau 1 malaikat pun tak nampak bagaimana pula 70,000 malaikat berduyun duyun berkumpul satu demi satu dari paras bumi ke paras langit ke tujuh
aduhai.
payahnya.
kpd Allah aku berserah diri ..
tawakal kpd Allah.
umur ku dah banyak.
baik diam diam jerlah. Percaya bnyk bnyk. Keluar dakwah dekat dekat pun 1 bonus dah dari Allah Pencipta Alam
sekian.
wallahu aklam.
p/s penulis memohon banyak maaf kpd geng geng kito yg kalah di pkb kota bharu, uthm batu pahat dan semua tempat kita pernah berkhidmat. Sorry kaloh puok puok kito mas.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment