Salam.
Just sharing my 'giler' times.
Menduduki UJIAN Matematik pada hari yang berasingan
Pengalaman bila satu syeksen mempunyai group A dan group B students. Mereka dalam kumpulan lain kerana .. ada group yg menerima pengecualian kredit. Ex-student politeknik KPTM lah .. siapa lagi?
Susah jugak hendak menjalankan TEST 1 matematik ini. Jika menggunakan kertas soalan yang sama, ada kemungkinan soalan-soalan (item-item) yang bocor.
Setakat ini saya perhatikan secara amnya bahawa kumpulan kedua yang mengambil kertas soalan yang sama memperolehi skor yang lebih baik sedikit dari kumpulan pertama (original). Adakah ini memaksa saya untuk menjalankan TEST 1 dengan set soalan yang lain pula?
Rumusan:
1) Jangan adakan apa-apa bentuk ujian pada satu kelas yang mempunyai bilangan kumpulan yang melebihi satu. Tetapkan hari di mana all students tidak ada apa-apa kuliah. May be Friday night?
2) Soalan akan bocor. Tanyalah Lembaga Peperiksaan Malaysia.
3) Memberi kata arahan ‘jangan bocorkan soalan kepada rakan-rakan kamu’ adalah tidak berkesan sama sekali.
4) Selagi manusia mempunyai mulut, mata, telinga, soalan apa-apa pun akan bocor dengan mudahnya. Lebih mudah dari kamu membina soalan dengan set set item yang lain.
5) PPA tidak membantu. Dewan UJian/ Peperiksaan sentiasa penuh dengan kelas-kelas yang lain. Pensyarah mereka pun hendak menjalankan ujian mereka juga. Oleh itu, kertas soalan akan BOCOR dalam apa-apa keadaan pun.
6) IKUTLAH macam Lembaga Peperiksaan Malaysia. Satu kertas peperiksaan pada 1 masa sahaja. Amalkan quarantine?Wallah huaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment