Pagi jumaat yang mulia

Posted by sazali

salam

Selalunya pagi ahad saya mulakan kehidupan saya dengan menghadhiri sembahyang subuh berjamaah di masjid berdekatan. Mengikut hadith: jika seorang itu tahu betapa besarnya pahala melaksanakan solat subuh berjamaah , sudah tentu orang yang cacat / sakit sekali pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk hadhir ke masjid meskipun dia akan dipimpin, didukung, dan .sebagainya". Betapa mulianya solat subuh berjamaah di pagi jumaat yang mulia.

2) Selepas itu, saya pulang ke rumah membaca buku matematik discrete .. buat persediaan untuk mengajar pelajar ijazah tahun 1. Saya cuba baca sebanyak yang mungkin supaya saya dapat memberi pengajaran yang terbaik untuk anak bangsa. Insyallah. Saya berpendapat sebagai guru matematik kita mesti meberi yang terbaik.

3) Waktu 0800 pagi di opis, ramai staf sudah berduyun-duyun naik ke bilik mesyuarat acara maulidul rasul. Saya tidak dapat hadhir kerana .. ini adalah masa kerja. Saya lebih suka membaca, menanda kertas matematik dan melalui tugasan begini .. saya dapat memberi komen yang berfaedah kepada pelajar-pelajar saya kelak. Kuliah/ makmal bermula jam 0900 pagi - 1100 pagi. Jika saya hadhir ke majlis maulidul rasul, besar kemungkinan saya akan lupa itu dan ini bila memasuki kuliah/ makmal. Maaf. lagipun, jam 1200 di Malaysia, muslim akan beransur-ansur ke masjid menunaikan soalat jumaat. Jika saya hadhir ke majlis di atas.. nampaknya pagi jumaat adalah sesi acara agama sahaja. bagaimana dengan persiapan P N P kita? Sebab itulah saya selalu ceritakan kepada pelajar bahawa .. Malaysia patut bercuti pada hari jumaat. Banyak acara agama dapat dimanafaatkan oleh semua golongan manusia. SEkarang otak muslim/ muslimat selalu berbelah bahagi .. yang mana nak buat? hadhir majlis agama atau duduk dalam opis siapkan kerja PnP sendiri-sendiri.

4) Selepas Sembahyang Jumaat, kita akan cari makan. jam 0245 ptg baru masuk balik opis tetapi jam 0300 ptgg selalu ada mesyuarat itu dan ini hinggalah jam 0430 ptg. Di sini kita dapat merumuskan bahawa, hari jumaat adalh hari di mana kita kurang sangat berjumpa dengan pelajar-pelajar. Kalau berjumpa pun, otak kita tidak berapa fokus kerana banyak ..acara yang mesti dipenuhi.

Apa kata jika PM baru nanti .. istiharkan sahaja hari jumaat adalah hari cuti / senang sikit staff hadhir untuk majlis agama, membaca yaseen, dengar kuliah agama seperti pengurusan masa pada kaca mata Allah dan amali sembahyang secara langsung dari mana-mana dewan di univ ini. Senangkan? (ketawa).

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment