Masa terus berlalu

Posted by sazali

Salam Hari ni bertarikh 30 March 2011. SEmalam bertarikh 29 March 2011. Sudah satu hari berlalu. Dalam tempoh masa sedemikian, badan pun merasa sedikit penat dan lengoh sendi-sendi urat. Nak mintak isteri tolong urut-urutkan .. nanti dia kata ..kita ni manja macam budak sekolah rendah jer. manja?


Tetapi itulah kehidupan. Dulu sihat, segar bugar ..tetapi lama kelamaan .. kita akan menghampiri waktu senja. Kita tidak sekuat dahulu lagi. Dulu senang jer keluar dakwah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan negara jauh IPB. India pakistan bangladesh. Tetapi sekarang ..kita tak boleh tidur dah atas lantai semen yang sejuk jika tidak mempunyai alas selimut yang tebal dan tersangat lembut. Ibu saya ada bilang ..semen sejuk dalam masjid itu akan menghisap suhu badan kau itu .. oleh yang demikian urat mu akan jadi sejuk dan senang dimasuk angin.


Pendek kata bila dah tua .. macam-macam tak kuat mana lagi pun. hanya orang tertentu sahaja yang mengaku dia semakin kuat bila umur semakin banyak. Tidak percaya? Cuba khawinkan sesorang suami tua kepada budak sekolah menengah Tingkatan 5 atau 6 rendah. Secara otomatik .. si badan suami itu akan bertindakbalas .. membuktikan dia masih gagah dan kuat .. (rujuk kepada Ketua Menteri Serawak 2011 yang baru-baru ini berkhawin dengan pompuan bukan melayu tempatan). Dia akan kehilangan kekuatan sejurus setelah dia tumbang ke bumi ..sah dia sudahpun mati. Cuba check .. kalau takk percaya.


Itulah resam hidup kita ini. yang muda ..buatlah and ambillah sedikit sebanyak pengajaran. Jangan tak ambil apa-apa petua / pelajaran yang berlaku didepan mata kalian. Sekian. wasallam.


Banyakkan amalan semasa muda. Semasa kaya. Semasa mempunyai banyak masa lapang ( tak ada anak kecil lagi). Semasa hidup dan semasa belum bergelar arwah. Please.

0 comments:

Post a Comment