Silibus Pengaturcaraan Ijazah T1

Posted by sazali

Salam.

Minggu ini saya cuba mengajar maths topic recursive algorithms.

2) Terkejut saya bila .. saya memberikan satu soalan paling asas .. anda input banyak nombor dari pertama ke nombor 'n'. Cari nilai terbesar (maksima) atau nilai terkecil (minima)?

Saya perhatikan ramai students buat carta alir .. more than 50% kumpulan students ini buat carta alir 'straight' macam kayu jer. Dari start button ke stop button. Tidak ada pusing-pusing untuk mengawal soalan 'apa kata'; 'what if else ..'atau 'apa jika?'

Pelikkan? Macam-mana satu kohort students dari keluaran politeknik KPTM, kolej swasta di negara ini ..tidak pernah ..mendengar .. konsep 'gelung' satu lapis atau 'lebih dari satu lapis'. Tak kan lah universiti MTUN ini menerima graduan diploma yg sebegini rupa dlm aspek pengalaman pengaturcaraan. Adakah mereka hanya buat programs jenis 'direct iteration ' sahaja .. atau intai-intai dari google .. itukah pengalaman mereka. Rasa-rasa kena buat sedikit 'overhaul' silibus dan kurikulum programming asas ini. atau 'pengajaran dan penggunaan loops dalam programming ' sudah obsolete. Out of date. ? Adakah subjek mcm programming JAVA dan apa-apa masa kini tidak memerlukan 'looping' ideas? May be I am wrong at this point. Correct me plz?

Yang saya tahu.. soalan di atas adalah soalan yg tersangat basic bagi mereka yg memegang skrol DIPLOMA IT / MULTIMEDIA/ SAIN KOMPUTER. Sekarang mereka sudah tahun 1 semester 2 dah,. Ajaib?

Entahlah .. apa sudah jadi.

0 comments:

Post a Comment