Guru Muda dan Guru Tua

Posted by sazali

Salam.

hari ni nak tulis perbezaan antara 2 kumpulan guru. Guru Baru dan Guru Lama.

1. guru baru

baru kerja. pengalaman pun kurang jugaklah dibandingkan dengan guru lama. satu isu ialah guru baru lebih ICT savvy (pakar komputer) sedangkan guru lama takut nak try main komputer untuk maksud PnP mereka.

rumah baru, kereta baru. Tak ada pengalaman jika keretanya tiba-tiba rusak di tengah-tengah jalan. Rumah baru serba serbi baru. Perabut baru. Kalau join koperasi KGMK Kelantan, boleh isi borang dan order set-set perabut rumah cikgu yang baru itu. Settle?

Guru baru. Kereta baru. Selalunya ..MYVI. Saiz kecil .. tetapi banyak sepatu wanita di dalam kereta MYVInya. Keretanya wangi ..maklumlah tak ada anak lagi. Everything baru.

Guru baru belum confirm kerja. So kena kerja kuat depan mata pengetua. dapat cepat recommendations untuk maksud confirm kerja. Bila dah confirm kerjaa ...boleh apply loan .. buat rumah besar sikit kat kampung. SEttle?

Guru baru wanita. Suami pun guru. satu negeri. Apply 2 loan rumah. Sana rumah sini pun rumah. Bayangkan .. ada rumah boleh diberikan sewa. banyak income sik. Tetapi jika suami mengajar di negeri lain ..siap .. banyak duit travel sana sini .. jumpa ..highway sana dan highway sini. Awas. Bahaya menanti. Banyakkan bersabar wahai guru muda. Ingat kat ibu ayah yang sudah tua. Mereka mengharapkan bantuan cikgu tau .. banyak banyak.

Guru muda. Ada lawa. ramai students Form 6 .. minat kat cikgu. Awas cikgu. bahaya.

Berhati-hatilah bila kita muda. Fitnah/ mulut orang / selagi ada mulut kata orang. Perangai kena jaga sepanjang masa. Cakap berlapis sikit. Jangan over-over. Bahaya.


2. Guru lama

sudah lama mengajar. Banyak buah sekolah pindah randah. ramai kenalan. Mungkin sudah ada yang menantu dan bercucu. Otak guru lama - fikirannya banyak memikir nak ke mana hujung minggu ini? Rumah along atau angah di Kuala Lumpur. main cucu baru? He..he..

subjek pengjaran sudah dikatakan pakar. At the finger tips mereka. Sebut jer guru matematik ..berumur 50 tahun .. semua soalan maths - at their finger tips. tak yah prepare banyak sangat, semua datang dari memori.

Ada guru lama - mintak pelajar buat homework.. mereka ada semak kerja tersebut? atau pakai tanda sahaja. Semua betul?

Guru lama adalah kawan karib Pengetua. banyak masalah sekolah , pengetua akan minta pendapat dari guru-guru lama di sekolahnya. Silap-silap ada guru lama adalah isteri kepada Pengetua. Awas. jauhkan diri anda. Bahaya. he..he..

Guru lama selalunya ..berkereta besar. Tanda status. Mereka adalah consultan untuk kenduri kendara. Ada kemingkinan ada antara mereka dah ada catering company ..senyap-senyap ada. Peranannya ialah mencari .. siapa nak buat kenduri di sekolah atau saudara-saudara cikgu di sekolahnya juga. Senang?

Sekian.

wsallam.

0 comments:

Post a Comment