Petua belajar tinggi di waktu usia 40 hingga 50'an

Posted by sazali

Salam.

Sekarang dah jadi trend masyarakat kita orang-orang lama mengorak langkah - memasuki universiti untuk menambah sijil degree, masters dan ijazah. Syabas! Tetapi bagus jika ada beberapa petua untuk dijadikan pedoman. Manalah tahu ..

a) niat mesti betul - Lillah hi taala. Semua ibadat mendapat pahala dari Allah Taala. Tanpa niat sebegini mungkin .. kita akan rugi

b) kesihatan kena dijaga dengan baik. Elakkan dari mengikuti hidup yang tertekan sehingga menyusahkan diri saudara saudariku sendiri. Contoh - elakkan dari mengambil hutang dari Bank - Bank mana-manalah ..untuk membaiyai pengajian anda. Bila berhutang , wajib dibayar. Susah kita. Lagipun mungkin anak-anak tuan ada di universiti yang sama. Prioritinya ialah anak dapat degree dulu barulah tuan dapat PhD. Bukankah begitu?

c) uruskan hidup anda supaya dapat mengikuti kuliah / penyelidikan mengikut jadualnya yang terbaik. Selalunya .. pihak universiti sudahpun menyediakan jadual waktu yang fleksible untuk warga senior ni belajar. Waktu kuliah pun kadang-kadang nampak gila. Saya dulu lecture Research Methodologi pada waktu 5 ptg British Time waktu winter. tamat kuliah jam 0900 mlm.

d) tidur awal-awal waktu dan bangun pagi-pagi lagi. Mengapa? Belajar masters/ PhD memerlukan banyak masa untuk membaca jurnals, buat analisa, buat rumusan dan buat proposals. jangan takut proposal anda ditolak berkali-kali sehingga ke saat terakhir kita berada di dunia / alam universiti. Kadang-kadang tempoh pengajian pun dah tamat , tepai proposal kita belum lepas lepas lagi.

e) susun buku-buku, nota-nota, thumb drives, notebooks dgn rapi. Sediakan satu buku organiser. Tulis target hari ini, target minggu ini, target bulan ini dan .. semua ada target. Appointment dengan penyelia tak tulis ker? Tulis saudara , jangan tak tulis.

f) pakai satu kereta jer khas untuk pergi sana sini dalam universiti. Tempatkan semua buku , kertas, makalah, fotostat copy journals, kain sembahyang, T shirts, sabun, pisau cukur, minyak rambut , berus gigi, colgates , dan ubat nyamuk dalam kereta itu sahaja. Jangan pindah-pindahkan barang ini ke dalam kereta yang lain atau mencuba memasukkkan bahan2 bacaan tuan ke dalam ruang tamu rumah tuan-tuan. Jika buat juga, insyallah , hidup anda akan berserabut sedikit demi sedikit dan sudah ada orang yang bergaduh dengan sang isterinya. Why? buku kita mana nampak serinya. Menyemak mata isteri kita adalah. Kalau bawak masuk pasu bunga air hitam (johor) ok lah juga.

g) tak perlu sangat ada hand set dalam kereta bila memandu. Banyak gangguan jika ada hand sets. Kadang-kadang berlaku kemalangan kerana dok layan hand sets. Awas saudara? Umur bila banyak , response nak bertindak balas dengan hand set tidak selaju dulu dulu dah. Otak kita akan bercelaru jika banyak info masuk ke dalam minda kita ..lagipun .. kita bukanlah sihat mana pun nak layan itu dan ini dalam jangka masa yang terdekat. Semput adalah.

h) kena mula terima satu hakikat .. Phd bila mula tak semestinya suksess di penghujungnya. Kena kerja kuat dan doa banyak-banyak.

g) jangan miss appointment dengan penyelia. Klaau nak miss ..maklumkan dulu. Nanti dia akan marah .. dan markah anda akan sentiasa rendah dari supervisor. Dengar cakap dia 95%. Jangan tunjuk pandai darinya. Nak tunjuk pandai tunggu biar dapat dulu skrol PhD tu.

h) senyum selalu. Senyum sokmo-sokmo especially dengan isteri kita. Belajar cakap manis-manis maklumlah kadang-kadang kita perlu sedikit duit darinya. Berkawanlah dengan ramai students se mata -mata nak berkongsi ilmu dan bahan-bahan lain. Jangan tersasar jauh dari niat kita belajar PhD .. tu. Lihat point (a) di atas. Jangan try main-main dengan junior students yang terlampau ramai tu kat universiti. Jinak-jinak merpati kata orang. He..he.. Silap-silap budak itu , class mate anak kita di ruu....mmmmah. Now dah ada banyak hand sets yang ada kamera dan mereka akan download pa pa mengenai kita dalam internet bila-bila masa. Adushhhh gila kita .... dibuatnya. PhD = pengalaman hancurkan dunia.

Dan

akhirnya jangan sekali-kali mencuba bergaduh dengan supervisor(s). Rendahkan sayap anda. Anggap lah tuan tak lah pandai sangat lagi dan lagi dibandingkan dengan supervisor PhD tuan itu.

Sekian. Insyallah bahagia dengan pengajian PhD tuan hamba. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment