Satu agama rupa-rupanya kita yer?

Posted by sazali

Salam.

Saya terfikir .. ramai orang kita dah mula ucapkan 'Selamat Pagi salam satu Malaysia'. Sikit-sikit satu Malaysia.

Mana lebih besar //// satu Malaysia atau satu agama?

Satu Malaysia akan digunapakai selagi rakyat mendapati ada faedah dalam negara ini. Ini adalah bersifat sementara.

Satu agama ..satu islam ..satu syahadah ... ini merangkumi batasan waktu yang tidak terhingga panjangnya. Tempohnya .. abadi abada. Selama-lamanya.

Jika kita diberi keadaan .. meraikan sukses .. menang pilihan raya contohnya .. jangan hina kawan kita dalam parti lain tu. Dia kalah .. kerana depa dok pakai semua jentera kerajaan termasuk pegawai-pegawai polis, SPR, TV1, 2 dan TV swasta sepanjang masa siang dan malam. Menang pun .. apalah nak dibanggakan sangat .. lagipun dia tu .. satu agama dengan kita. Cakap lah bersopan dan beralas sikit. jangan semata-mata nak jaga hati lain-lain bangsa ..kita sanggup pelekehkan kawan kita yang satu syahadah dengan kita selama ini. Elakkan dari berkata '..ini menunjukkan bahawa idea ..pa ..pa.. pasal islam dan lain-lain isu yang dibawa oleh parti pembangkang sudah tidak diterima oleh kebanyakkan rakyat Malaysia .. lagi dan lagi di Tenang, Labis, sabah...'. Orang bukan islam menasabahlah ..menolak idea hukum hakam islam ..tetapi kalau kita satu syahadah siang dan malam dok sokong idea satu Malaysia .. satu bangsa jer .. mungkin satu hari di saat saat mati ..tiba-tiba terkeluar ... dari mulut kita ..ayat terakhir kita ... Satu Malaysia.... Satu Malaysia '. Ruginya kita. Na u zubilah.

Berhati-hatilah saudara. Setiap yang diucapkan oleh kita pada hari ini akan disoal oleh Allah Taala. Dunia ini sementara jer akhirat lah yang kekal abadi. Sekarang New Zealand dan Australia ditimpa bencana. Hampir-hampir hancur mereka. Dulu mana pernah kita dengar negara-negara ini ditimpa bala. Tak mungkinkah Malaysia .. satu hari nanti .. diuji / diduga oleh Allah ? Berhati-hatilah. Jangan 'too excited' and 'too overboard'. Sebutlah alhamdulilah, subhanallah, allahuakbar. Baca surah Yaseen dalam Al Quraan itu. Ada satu potong ayat mahfum nya berbunyi '..ikutlah mereka yg mengajak kau kpd agama tanpa sebarang upah...'.

Saya sekadar menasihati diri saya dan pembaca kalian jer. Tugas saya dah solasai. Yang baik dari Allah dan yang silap adalah dari kelemahan diri saya sendiri selama ini. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment