Kekayaan itu subjektif dan relatif

Posted by sazali

Salam.

Semua orang mahu kaya. Mereka percaya di samping kekayaan akan datang kekuasaan. Bila kaya, mereka berkuasa untuk memerintah orang-orang di bawah jagaannya untuk melakukan apa sahaja. SEbab itulah Firaurn gilakan kekayaan dan begitu jugalah Qarun. Harta qarun tersangatlah banyak. Di dalam sebuah kitab agama, kunci kepada harta Qarun sahaja dibawa oleh 7,000 ekor unta yang berjalan berderet-deret dari titik awal hingga titik akhir. bayangkan sebuah kereta api yang mempunyai 7000 buah gerabak. Dasyat kan?

Tetapi di sisi Allah Pencipta sekalian alam, sukses tidak terletak kepada kekayaan. Banyak riwayat telah dibentangkan kepada manusia bagaimana Allah musnahkan orang-orang kaya dari permukaan bumi disebabkan kekayaan mereka (kesombongan, keangkuhan, kebiadapan dan takkabur). Contoh paling trajik ialah Firaun, Qarun, dan lain-lain lagi. Semua mereka dibenam oleh Allah Taala ke dalam perut bumi/ di dasar lautan.

Di dalam Al Quraan , Allah selalu letakkan sukses pada beberapa perkara. Yang paling agung ialah sifat beriman manusia kepada Allah Yang Esa. Sebab itulah di dalam Al Quraan, Allah berfirman “..wahai orang-orang yang beriman, ..” Tidak ada satu ayat pun yang mana Allah Taala berfirman kepada orang yang kaya seperti “..wahai orang yang kaya..”

Kaya itu subjektif. Ada orang kaya duit, hasil ladang, hasil getah, hasil saham, hasil kutipan sewaan rumah kedai yang beratus-ratus jumlahnya, dan lain-lain. Tetapi kita jangan lah cemburu. Allah maha Adil. Ada orang kaya tidak dapat tidur se sedap kita tidur. Penulis boleh tidur pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua. Bila naik bas trans nasional dari BP ke Kota Bharu, insyallah penulis boleh tidur nyenyak dari jam 10 sampailah ke jam 5 pagi. Tetapi kalau ditanya orang-orang kaya, bolehkah mereka tidur senyenyak kita yang lemah ini? Mereka takut dirompak, dibunuh, diculik dan sebagainya. Faktor mengapa mereka tidak sedap tidur ialah 'kekayaan' mereka.

Ada orang kaya dengan budi. Sebut sahaja orang susah , dia mesti ke depan menolong orang miskin dan susah. Wakil-wakil rakyat Melaka dan Pahang yang baru dilantik berjanji nak buat macam-macam jika mereka dipilih. Jika mereka dapat tunaikan semua janji pilihan raya itu kepada rakyat, maka bolehlah kita masukkan mereka di kalangan orang-orang yang berbudi.
Habis mereka GSTT(guru sandaran tidak terlatih) diserap balik ke dalam perkhidmatan perguruan dan politeknik. Mengapa? Janji. ASkar -askar yang baru pencen berumur 40 tahun ke atas pun diserap ke dalam PDRM. Mengapa yer? Janji? Malaysia Boleh.

Ada orang kaya dengan kata-kata. Bila dia mula berpidato, ramai orang terpersona dengan kehebatan pidatonya. Lantas ramai orang jadi pengikut si pemidato tersebut. Mendiang Mahatma Gandhi dan Jawahalal Nehru di India termasuk orang-orang yang hebat dengan kekayaan kata-kata. Nabi Muhammad s.a.w pun adalah juara kata-kata kerana setiap apa yang diucapkan oleh baginda .. semua ini datang dari Allah Taala. Beruntung besarlah orang yang mengambil Nabi Muhammad sebagai idolanya hidup mereka dunia dan akhirat. JIka idola anda ialah Nabi Besar kita Muhammad s.a.w cara hidup baginda hendaklah ditiru 100%. Bukan 10%. Salah satu sunnah terbesar baginda ialah memberi dakwah. Ikutlah?

Ada orang kaya dengan ideanya yang bernas. Tun M kaya dengan idea. Disebabkan kehebatan idea nya (membina lebuhraya PLUS, industry kereta Proton dan kereta bersaiz kecil 1000 c.c.) ramai orang melayu kagum padanya. Tun M berani mencabar kekuasaan orang-orang dari Barat seperti London dan New York. Tengok sahaja bagaimana Tun berpidato dengan hebatnya di perhimpunan United Nations. Beliaulah yang bertanggung jawab menyelamat atkan Negara di kala dunia hancur kerana ekonomi wang pada akhir tahun 1990’an dulu. Mexico hancur kerana eknonomi nya bergantung kepada pinjaman dari pihak luar. Begitu juga Korea Selatan. Tetapi tidak Malaysia. Syukurlah. Allahyarham Tun Razak kaya dengan idea FELDAnya. Tengok sahajalah kesan dari idea Tun razak di mana sekarang ini, ramai orang orang melayu dapat hidup selesa dalam tanah penerokaan di Pahang dan Kelantan hasil dari kelapa sawit. Tuan Guru Nik Aziz (MB Kelantan) pun kaya dengan idea islamnya. Di seluruh dunia arab, mereka memuji dan menyebut-yebut keunikan Nik Aziz. Bukan setakat mentadbir negeri Kelantan, beliau mampu mengimami sembahyang dan mampu memberi kuliah subuh kepada ribuan manusia pada bila-bila masa. Ilmu Nik Aziz sedikit sebanyak datangnya dari pengajiannya di Deoband, India , Madinah, Saudi Arabia dan Mekah Mukaramah. Tengok, Allah kurniakan kekayaan idea dan ilmu kepada siapa saja yang Allah cintai. Mereka yang sanggup bersusah payah mencari ilmu bukan setakat di kampung halamannya tepai Nik Aziz terbang ke India dan Saudi Arabia. Rugi besarlah rakyat Kelantan yang tidak pernah sepanjang hayat .. sembahyang bermakmum kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini. Mereka rugi .. mungkin kerana perbezaan ideologi politik mereka sahaja. Ada satu cerita dalam sebuah kitab .. se orang penzina diampunkan oleh Allah sebelum dia menghembuskan nafas nya yang terakhir. Mengapa? Malaikat-malaikat check semua akaun amalan si mati ..semuanya dikalsifikasikan dengan status berdosa ..kecuali pada satu hari .. dia sempat bersalam sekali dengan se orang yang tinggi tahap keilmuan agama, amalan agama dan kemakrifatan nya di sisi Allah. Disebabkan amalan yang kecil ini pun Allah ampunkan dia. Tengok Allah ampunkan dia.

Pendek kata Allah letakkan kekayaan bukan hanya pada satu tempat sahaja. Maha Besar mu Allah. Oleh itu jangan lah kita cemburu orang-orang yang kita nampak jer kaya. Kita pun kaya juga. Dalam kategori yang hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Relatif adalah bersifat masa. Keadaan masa tertentu. Mungkin pada zaman jepoun 1940'an orang yang banyak duit kertas jepun dipanggil kaya. Tetapi pada zaman ini 2011 ~ 2020 mungkin orang itu tidak dianggap kaya lagi kerana wang kertas itu tidak lagi diperakukan sebagai mata wang rasmi negara. Tengok? Today duit itu laku ..esok mungkin tak laku lagi. Relatif? Masa kita kaya jika kita dermakan wang ke masjid RM1000 .. Tuhan tak pandang sangat kat kita kerana jumlah kekayaan kita adalah sebanyak RM10 juta. Ini berbeza dengan orang miskin yang menderma RM1 kerana pada hari ini jumlah kekayaan yang ada padanya hanyalah RM100. See beza peratusan kedua-dua makhlok Allah di atas. Derma kita adalah relatif kepada keadaan kita pada masa tertentu itu sahaja. Allah hu Akbar! SEkian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment