Adab belajar di dalam perpustakaan bagi maksud research

Posted by sazali

Salam.

I know someone is out there studying in  a tall library that belongs to UTHM.

Apa-apa pun saya ucapkan syabas kerana anda berada di satu tempat terbaik untuk belajar pasca ijazah, Syabas!  Walaubagaimanapun , terdapat beberapa adab untuk kita amalkan supaya kehadiran kita di sana membawa manafaat se maksima yang mungkin untuk diri sendiri.  Adabnya ialah:

1)  pergi ke library mesti ada matlamat yang objektif.  JIka tidak ada matlamat, buatlah satu.  Biar dapat diukur.  Contohnya mendapatkan bahan jurnal berkenaan dengan e-learning sebanyak 5 buah dalam masa 2 jam.

2)  cari satu tempat jauh dari lalu lalang pengunjung perpustakaan tersebut.  Jika tidak , kita akan dilantik sebagai receptionit tidak berbayar gaji pun.  Semua orang akan menegur kita bila melalui tempat kita duduk dalam library tersebut.

3)  cari sudut mengadap ke luar dari library contohnya pandangan kita menghala ke arah kawasan hijau ladang kelapa sawit yang subur tumbuh tak terkata.  Elak dari mengadap .. wajah pelajar perempuan Cina yang tidak pernah mandi di waktu pagi. lagipun, wajah perempuan ini cukup menawan kita yang sudah lama kehilangan teman wanita jepun kita tanpa disedari.

4)  jika boleh, pergi lah ke library se orang diri sahaja.  Jangan pergi ke library membawa 1 bas kawan-kawan.  lagipun, library in bukan pasar malam atau BP Mall.  Jika kita ke library se orang diri, kita tidak ada tekanan apa apa untuk pulang awal ke hotel Wira, Perwira atau D'Impiannn Hotel atau melayan sesiapa.  Senang sikit otak kita. 

5)  elak dari pergi library dgn seseorang yang suka bercakap.  Macam-macam nak cakap dan banyak ketawa tak tentu pasal macam orang gila.  Library ialah tempat untuk menalaah ilmu yg terkandung di dalam jurnal, prosiding dan buku tertentu. Ilmu yang ada sangat  payah nak faham.  Kita tak ada masa nak layan orang bercakap mengapa Pak Wan (tukang masak rambut cat tu ) itu tiba-tiba bercerai dgn isterinya pun.  Peduli apa aku?  Mengikut amalan saya yang lepas-lepas saya suka berada seorang diri sahaja di library tanpa memberi tahu sesiapa saya di mana.  Maka oleh itu , tutuplah hand set awak itu.  Insyallah , library adalah taman syurga. Sedap sungguh berada di library dari jam 0600 ptg sampai 1100 mlm.  Bawaklah kain sembahyang perempuan itu.  Settle?

6)  jika boleh jangan pergi library di mana semua staf library kenal kita dari sejak kita di FTMM Kampus Bandar hinggalah ke saat ini di mana FTMM dah berubah nama sebagai FSKTM tepi tasik indah itu. Apa pulak nama fakulti ini nanti 4 tahun dari sekarang?   Kalau semua staf library kenal kita, semua orang akan tanya kita macam-macam.  Tak terlayan kita nak jawab semua bentuk pertanyaan contohnya .. bukan kah awak khawin 3 tahun yg lalu di Skudai?  Anak dah berapa adik ooiii?  Bukankah ini satu soalan yg tersangat sensitif .. dan boleh termasuk sebagai satu soalan yang kurang cerdik .. kerana library bukan tempat bilang anak berapa ramai tetapi library adalah tempat untuk membilang berapa banyak jurnal yg sudah awak dapat access  ?

7) Oh dulu se masa saya buat Phd  sebagai pelajar UTHM - saya selalu drive ke Library UKM , Bangi atau UTM, Skudai.  Tak ada orang kenal saya.  Jika saya nak mandi sedikit sedikit menggunakan sabun chap tukul dalam tandas surau .. tidak ada sesiapa yang akan melarang/ perasan.  Bukankah itu sesuatu yg cukup sedap sebagai pelajar pasca siswazah? Kita datang dan kita belah ..tidak ada orang tahu.  Senang dan reda otak kita nak faham apa yg kita baca kat library di sana. tak sibuk dgn manusia yang suka menyibuk pasal diri kita.   Lagipun ada sistem inter library loan, inter library users etc etc.  we have a Paradise!  he..he..  Duit petrol?  itu satu soalan yg senang. Belilah KELISA.  Jimat minyak adik ooi.  Atau belilah motorsikal .. tak yah bayar tol dan kalau boleh ... guna air jer sebagai penganti petrol.  Ada ke gitu ?  fikir duit pulak?  pandai pandailah .. yg penting kita g library membawa hasil yg lumayan.  Insyallah , alhamdulilah dan Allah Hu Akbar.

He..he..

7)  Jangan terlampau syok download e-learning , e-journals itu  dan ini.  Library adalah tempat untuk membaca.  Kadang-kadang satu kepuasan palsu terbina dalam kalangan researchers kerana kes kita berjaya download semua bahan dari dunia siber ke dalam 6 biji thumb drive kita yg baru kita beli kat kedai cina kampus Bandar Parit Raja. Adushhh!   Library is a place to study quietly and intelligently.  Bukan downloading and uploading activities!  dan jangan asyik korek lubang hidung hang yg besar itu jer.  Library is not a place to dig natural resources like .... fill in the blank appropriately ...

Mengikut kamus Oxford 'dig' ialah mengorek apa apa lah.  Maaf saya pinta.  Permukaan meja library itu jangan penuh dengan natural resources please.

8)  Buatlah summary apa apa yg anda baca dari jurnal apa-apa ke dalam Research Diary anda itu.

Insyallah sekian saja sumbangan saya kali ini.  Maaf saya pinta jika bahasa saya gunakan selama memberi adab ini teragak-agak kasar sedikit.  Tetapi bagus jugak kan?

Wallahu aklam.

2 comments:

  1. Su-haila said...

    Salam Prof,

    Saya student postgrad di UTM Skudai.Sy suka sgt ke library.Bagi saya buat kerja di library tu sgt la heaven. Kami ada lab research sendiri tapi saya memilih untuk buat kerja di sana. Sy xsuka bgtau yg sy g lib tp org2 di lab research akan pikir sy ponteng, xdtg buat kerja.Mesti ke pergi lab baru dikatakan buat kerja. xsuke la suasana mcm ni..

  2. sazali said...

    Bagus/ buat lah kerja sebaik mungkin. Niat lillah hi taala. Yang penting after some time, we gonna get important results.

    Library is to read, think and reflect. You can also write ur report, jurnals etc etc. All depends on you ..actually not the warga UTM atau siapa siapa jua yg dipanggil 'tukang sibuk'. Laugh

Post a Comment