Seronok belanja anak abah

Posted by sazali

salam

Today anak sulung ku telah selesai menduduki peperiksaan masters UTMnya.

2)  Sebagai ayah, saya belanja dia makan di Hotel Grand Bluewave Johor Bharu.  Tanda saya happy. Kebetulan saya ada meetingSKT Fakulti di sini selama 2 hari ni.  Sambil menyelam minum air orang orang melayu kata.  He..he..

3) Seronok tengok dia makan malam.  Dah lama dia susah payah belajar , belajar siang dan malam kerana peperiksaan masters ini. Sebagai ayah ..  saya berdoa agar .. dia dimurahkan rezeki oleh Allah Taala .. dgn kesihatan .. nikmat dunia dan akhirat.  Sedang kami seronok makan-makan itu tiba-tiba En Shamsul dan En Shafei FSKTM menyertai kami untuk menikmati makan malam.  Syukurlah bolehlah anak saya mendapat sedikit sebanyak input dari 2 orang pandai kami mengenai PhD.

Saya rasa semua ayah mahu benda bagus bagus untuk anak2nya sepanjang masa.  Mereka tak rela anak-anaknya susah itu dan ini.  Ayah yang tidak mempunyai pekerjaan pun mahu kebaikan untuk anaknya.  Ayah dari agama islam atau bukan , mereka mahu semua bagus-bagus untuk nya.  Semua biar anak-anak lebih senang dari kita yg sudah tua dan semakin tua ini.  Mencari ilmu biar senang dan mudah jugak.  Ameen doa abah mu untuk abang.  I got no harta ..only my doa for u where ever u go.  Ameen.  Ingat pesan abah, ok?  Tidak semua benda kita akan dapat.  Itu lah cara formula di dunia ini agar kita tahu bersyukur dgn NYA.

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment