Salam
Jika saya tiba-tiba muda semula .. mengapa mesti saya susah-susah belajar matematik tambahan? Baik saya ikut hati kecil saya .. belajar sastera jer pun lagi sedap. Dalam peperiksaan LCE/SRP/PMR saya memperolehi gred A1 dalam subjek sejarah , geografi, english dan BM. Walaupun saya skor cemerlang dalam matematik dan sains , saya lebih suka mendengar cerita Mr Hector John dan Mr Abdul Rahman di Tengku Mahmud Sec SChool , Besut, Trengganu mengajar saya Sejarah Dunia dan Geografi. Saya mampu belajar dan ingat semua tarikh-tarikh penting di bawah sepohon pokok kayu sambil menjaga se ekor kambing di tepi Sungai Jerteh 1972. Saya hanya perlu menghafal.Tak payah beli 'high lighter warna warni pun'.
2) Dalam SPM/ MCE , walaupun saya cemerlang dalam subjek geografi, saya terpaksa akur .. dengan keputusan kerajaan memaksa aku .. belajar dalam jurusan sains tulen di STAR , IPOH , dan SM Sultan Sulaimang, Kuala Trengganu dan seterusnya dihantar ke United KIngdom 1975.
3) Selepas 30 tahun .. bertungkus lumus dalam dunia matematik dan sains .. saya sekadar menjadi guru/pensyarah universiti sahaja sedangkan rakan-rakan saya dalam jurusan sastera -- yg mengikuti kursus undang-undang/ ekonomi di Univ Malaya .. pangkat dan darjat mereka jauh ke hadapan dari saya seorang guru pakar matematik .. berlegar-legar dalam beratus ratus kelas/ kuliah matematik seluruh negara. Ajaib bin Hairan.
4) Jika tak salah . ramai kawan-kawan saya dalam PTD sudah mencapai gred JUSA .. dan dengar berita dari jauh ..SBPA .. mereka yang dah berada dalam JUSA akan mendapat kenaikan gaji 100% mulai April 2012 nanti. Tengok .. Allah Maha Kuasa. Dengan izin Allah .. mungkin kawan kawan sastera ..pun hairan mengapa pelajar terbaik .. satu hari dulu .. sekadar menjawat jawatan guru / pensyarah biasa sahaja. Adush gilolah bukan? saya rasa bukan saya seorang pelajar sains menerima hakikat .. bahawa ..yg pelajar pandai. pintar .. profesor, guru pakar, guru tidak pakar lagi ..he..he.. hanya layak mengajar sahaja .. di seluruh pelusuk negara. Bawa buku buku macam keldai .. ke hulu ke hilir .. melayan anak-anak murid yg akan .. ikut skema .. dia pada zaman muda dulu juga. Murid2 pintar .. ke kelas sains dan murid sederhan a/lemah .. aliran sastera/akaun sahaja. Kitaran berulanag-ulang lagi sampai bila entah? Sakarang kerajaan hairan mengapa ..trend pelajar melayu mengikuti sains makin menurun. Jawapan nya mudah// mak bapak dah mula sedar .. Malaysia tidak menghargai kepandaian .. sedap bunyi di bibir sahaja .. amalan prospek kenaikan pangkat lain pula hal nya.
Rumusan:
kalau anda .. sederhana sahaja ..pencapaian akademik .. baiklah anda memasuki aliran sastera/ ekonomi / perakaunan . dari memecahkan kepala anda membuktikan itu dan ini dalam subjek matematik, fizik, kimia dan .. sains komputer. Pelajar sains komputer lagilah gila ..buat program komputer itu dan ini .. sayangnya tidak ada badan profesional pun yang menjaga kebajikan mereka. Elaun kritikal pun tidak ada / bandingkan dengan jurutera itu dan ini. Mereka ada UEM, MEB - malaysian engineering board. Bukankah lebih baik anda didendangkan cerita mengapa Hang Tuah memberi sepenuh ketaatan kpd Sultan Melaka .. / mendengar cerita ..mengapa .. Myanmar masyur dengan tanaman padi dibandingkan dengan Brunei Darussalam? Cerita ini .. kita boleh belajar sambil main-main kaki di atas katil dalam bilik asrama sekolah kita pada bila-bila masa. KIta boleh membaca nota-nota tersebut sambil kita membuang air besar .. makin lama dalam tandas makin banyak nota kita leh baca/ hafal. Coool/ relax/ buat don't no jer// Tak payah susah susah pasang radas ,buat uji kaji .. hilangkan biji biji aluminium , magnesium.. troley .. kira pecutan, halaju sesuatu trolley yg bergerak dari titik A ke titik B dalam tempoh masa 1 minit lamanya. Tak payah pikul komputer riba ke sana sini / gantung thumb drive di leher .. Akhirnya.
Skim gaji/ jawatan / pergerakan gaji/ hala tuju karier .. seseorang guru/ staf berlatar belakangkan sains .. tidak ke mana-mana pun. Jika anda berniaga rokok Dunhill musim bola sepak liga Malaysia disesebuah stadium .. satu malam sahaja di stadium KOTA BHARU SULTAN MUHAMMAD KE IV ..wang perolehan jual beli tuan ..melebihi gaji seorang guru matematik/ fizik ..di mana mana pun. Tengok?
Wallahu aklam.
tak berbaloi.. jika RM juga yang menjadi ukuran orang ramai di Malaysia ini. Maaf tuan hamba. He..he.. giloo sistem gaji penjawat awam ! sekarang CUEPACS/ JPA mahu gaji org-org tak ada degree biar hampir-hampir mendekati gaji pekerja yang ada degree. Faedah apa belajar tinggi-tinggi jika beginilah cara mereka melayan kami. Dok jaga benar kaum kaum bawah strata perkhidmatan awam .. majoriti staff kerajaan adalah terletak di peringkat paling bawah. PIRAMID. Tapak piramid dipenuhi dengan staff yg tak ada degree. Jika mereka gembira , ada chance parti politik kerajaan yg memerintah negara di waktu ini akan menang. BEREH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mmmmmmmm
cubaan pendapat
Terima kasih di atas luahan perasaan tuan. Adalah benar dan sememangnya benar dan realiti. Apapun usah ditangisi dan ratapi apa yang telah berlaku. Kita risau apa yang nak jadi ke hadapan.Kita adalah rakan sebaya walaupun junior setahun dua. Terlebih dahulu berbanyak TAHNIAH kerana tuan adalah pelajar atau warga terbilang dan bijak yang telahpun melahirkan ribuan ahli matematik dan juga rakan tuan yang telah melahirkan ribuan ahli bijak pandai sains. Jelas hari ini kita telah berjaya dalam arus pembangunan negara dan telah melonjak nama negara kita menjadi sebuah negara yang maju sangat dan disegani dalam setiap aspek. Bukan saja dalam soal matematik,sains dan juga dari bidang lain.Kerana bijak dalam matematik dan sains tidak akan menjadi apa...kerana semua bidang yang ada yang kita pelajari sejak di bangku sekolah rendah atau tadika ada impaknya baik kepada individu mahupun negara. Semua bidang ilmuan saling begantung antara satu sama lain untuk melahirkan insan yang benar-benar mempunyai jati diri dalam setiap aspek untuk membawa kepada kemajuan pembangunan negara.Hasil ketidakpuasan hati tuan dalam setiap sudut itu ada hikmahnya. Mungkin saya yakin pembaharuan akan ada selepas ini dengan gabungan idea dan pemikir-pemikir yang telah merenung dalam setiap aspek tersebut. Tak berubah zaman kita, kita kena fikirkan...akan ubah selepas ini.Apapun setiap generasi senantiasa akan berbangga dengan zaman generasinya. Zaman kitalah yang terbaik. Kita perlu ingat perjuangan nenek moyang kita yang waktu silam juga sejahtera dan berbangga dengan generasi mereka, walaupun tidak berpeluang memakai selipar dan menunggang basikal sekalipun. Yang jelas kita dah rasa berbangga kerana generasi sekarang, setapak saja menjejak dalam sektor pekerjaan dah boleh beli kereta tak kira apa jawatanpun.Kita harap tuan juga begitu berbangga dengan perubahan ini yang melibatkan generasi selepas kita,mungkin cucu-cu dn cicit kita... Ini adalah zaman kita masih terlalu muda untuk mendapat tempat atau perubahan.Apapun kita pasti Allah menyebelahi kita dan berlipat ganda ganjaran sedang menunggu kita di sana kerana di sanalah destinasi yang kekal selamanya. Maafkan saya. Cuma mungkin pandangn saya jika ditoleh sejarah di mana saya adalah kumpulan pertama yang menduduki Penilaian Darjah Lima pada tahun 1971. Inipun sekurang-kurangnya apabila Tragedi 13 Mei telah mengajar kita beribu makna akan arti sebuah kehidupan yang sejahtera dan negara yang lestari. Kepelbagaian dan perbezaan dari segi kepandaian, kaya, miskin, kebodohan, kuat, lemah, agama, bangsa telah membuatkan negara sedar akan keperluan untuk bekerjsama dan memahami supaya dapat kita hidup aman dalam aman dan harmoni tidak kira siapapun insan itu.Sewaktu rakan sebaya saya melangkah ke tingkatan satu (1973) kewujudan Sek. Men. Sains Berasrama Penuh baru dibina dan masih rangka dan terpaksa menumpang di sekolah menengah berhampiran. Hujung tahun 1974 dan dan nak melangkah ke tingkatn 3 (1975) nak ambil SRP baru semua seolah sains seluruh negara baru siap. Kita sedar sebelum ini wujud sekolah-sekolah elit yang tak cukup nak menampung pelajar yang cemerlang terutamanya anak-anak kampung yang serba ketinggalan. Jadi nama sekolah SAINS, tak silap 1990an telah ditukar kepada nama-nama lain yang tidak melambangkan arti SAINS. Ada impaknya. Kurikulum sentiasa berubah mengikut falsafah dan idea-idea baru. Satu perkembangan terbaik.Tak silap saya pada tahun 1990an juga diperkatakan telebih guru SAINS, kurang guru subjek lain pula yang tidak glamour.Maaf bukan PAKAR, SAINTIS atau Doktor yang terlebih tau!!! (semua tahu).Lepas itu tukar nama sekolah kepada nama-nama tertentu, diperkenalkan subjek perakaunan di sekolah yang dikatakan SAINS dan tambah lagi diperkenalkan subjek Sejarah oleh Penasihat PKR kita sekarang maka glamour untuk mempelajari SAINS dh makin pudar apatah lagi dengan peluang pekerjaan dan seperti yang tuan luahkan dalam ruangan ini. sambung nanti..........
wa alaikum salam
U r right all the way my brother/ sister.
Tak tulis , taktahu
Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat belaka. Ok..kita lihat senang saja. Mengapa pihak Kerajaan, Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini ada mengesyorlkan akan memberi elaun kepada pelajar yang memasuki aliran sains. Adakah ini akan menambah minat?Adakah ini akan bestatus sama seperti sekarang atau sebaliknya. Tapi berdasarkan pengalaman saya meneliti isu ini dan juga kerja saya melibatkan diri dengan pelajar-pelajar lepasan SPM sejak tahun 1982 dan banyak perkara yang boleh kita renungkan dan mengapa ini berlaku. Semuanya akan saya cuba jelaskan nanti dan menunggu masa terluang. Maaf dan wassalam.
Wa alaikum salam
Laporan TIMMS 2011 adalah dirujuk. Kedudukan prestasi matematik dan sains dalam kalangan pelajar berumur 14 dan 11 tahun dikaji. Malaysia menduduki ranking yg semakin menurun dari prestasi mereka pd tahun 2007; 2003 dan 1999. Markah purata pelajar kita jika dibandingkan dengan purata markah kesemua pelajar pelajar seluruh dunia yg mengambil bahagian - tidak mengembirakan. Semakin merosot!
Sekian.
Anonymous said...
saya sokong pelajar aliran sains sepatutnya diberikan kayu pengukur lebih rendah daripada aliran sastera sama ada syarat ke ting.6,masuk maktab,universiti,kelayakan biasiswa,tawaran pekerjaan dan sebagainya.
Perkara ini perlu dikupas untuk memastikan tiada individu yang sebenarnya lebih layak dan berhak tetapi menjadi mangsa ketidak adilan sistem yang tidak diperhalusi seperti hari ini.
Saya boleh berikan contoh seorang pegawai tadbir N41 (lulusan pentadbiran awam) sama dengan gaji seorang pegawai sains gred C41 (lulusan bioperubatan). Jika tidak percaya boleh rujuk lawan web SPA.Tak perlulah dinyatakan bagaimana cabaran dan laluan untuk melayakkan diri bergelar doktor contohnya kerana ramai sedia maklum.Apatah lagi mereka sedari sekolah menengah adalah pelajar cemerlang aliran sains tulin tetapi apabila berkerjaya gaji yang diterima lebih kurang sama sahaja dengan kawan-kawan yang diantaranya sewaktu sekolah menengah kelas biasa sahaja dan ada yang matematik moden sewaktu spm pun tak lulus!! tetapi terselamat setelah masuk ting.6 sastera kerana syarat kemasukan ke maktab atau pusat pengajian tinggi tidak mengambil kira kelulusan matematik tersebut.
Mereka ini ada pula yang layak masuk PTD kemudian jadi ketua kepada graduan lepasan ijazah kejuruteraan misalnya.
Ternyata dunia ini mudah bagi mereka yang tidak menggunakan amanah yang diberi untuk mengupas ketidak adilan ini.Bagi mereka selagi tiada apa2 keuntungan bagi pihak mereka untuk apa difikirkan.Hanya mereka yang mengalami sahaja yang tahu hakikat ini.Apa pun ini adalah sendiwara dunia...anggaplah dugaan hidup dan segala yang dibuat ikhlas untukNYA.Semoga ada ganjaran dari ALLAH di atas kesabaran di sebalik ujian ini -amin.
Terima kasih tuan/ org yg akan jadi ahli syurga .. penat mengharungi tipu daya sistem SPP, JPA malaysia/sepanjang hayat kami kami sekadar bersabar, tabah hati dan terus melihat .. kecemerlangan graduan sastera (PTD) .. dengan warna mata (putih) sahaja. Di akhir kalam UMNO ajak kita bersatu dan berbaik sangka pula wal hal semua keuntungan dunia telah pun mereko bolot habis-habisan sejak tahun 1957 lagi. tq so much for ur sincere comment/ may god bless u tuan. ameen.
Karier= Minat dan Usaha
Bukan ke masa kita kecik2 dulu kita nak jdi itu ini.....bukan ke dh ada cukup duit untuk sara diri dn keluarga (bagi yng dh ada la)....bila kita dh ada kerjaya...kita mengungkit pasal gaji pulak...bukan ke kita ingin bekerja dengan penuh ikhlas dn bermotif baik?
Wahai hamba Allah,senangnya fikiran kamu mengadili sesuatu.Yg diprotes adalah pemberian ganjaran hak yg tidak adil setelah mereka ini gol. yg teraniaya bertungkus lumus mencapai matlamat yg ditentukn oleh kerajaan.Tak ingatkah kamu semasa tingkatan tiga murid diasingkan ke aliran sastera dan sains mengikut tahap kepandaian
Sesiapa yg dipilih ke sastera x layak masuk aliran sains tetapi aliran sains boleh memilih masuk ke aliran sastera.Itu maksudnya apa???.Tetapi gol sastera ini bila dah berjaya mereka menyatakan sains dan sastera sama aje susahnya.Tahu tak betapa sedihnya hati gol.sains terutama yg level sederhana!!!.Masa dlu kemasukan ke u kepujian subjek yg diperlukn sama aje.Adilkah???.Gol.sastera plk yg ramai jadi penggubal dasar,Jusa,pemimpin yg mengawal urusan negara.Mereka byk masa berpolitik
Ok utk lebih pemahaman jika awak seorang cikgu.Dalam pertandingan lumba lari misalnya.Murid A digolongkn sebagai kuat lari dan B murid yg agak lemah lariannya.A pernah mengalahkan B dlm ujian larian sbelum ini.Kerana berbeza level kekuatan kamu asingkankan tapak untuk perlumbaan itu.Murid A jlnnya turun naik bukit,licin,penuh ranjau berduri.Murid B pulak jlnnya mudah sikit2 je halangan.Garis penamat (melanjutkan pelajarn adalah sama).Jika kamu memberi kemenangan mutlak kpd B kamu adalah guru yg tidak adil!!.Berani di dunia jwb diakhirat nanti.Jika kamu rasa kamu benar tak usahlah difikirkn teruskanlah dgn pemahaman kamu Sbb tu ramai now ramai murid yg cemerlang spmnya memilih masuk ke aliran sastera
Sekian