Salam.
Sejak kebelakangan ini, ramai pasangan melayu baru berkhawin sudah pun bercerai-berai. Ada sampai masuk mahkamah. Ada berita siisteri tibai kepala suami dgn fail keras bertubi-tubi dalam kereta mereka dekat lampu isyarat trafik . Malunya! Kecut perut mak ayah .. maklumlah belanja kenduri kahwin mereka kat Dewan Bandaraya pun tak settle settle lagi. Tiba-tiba meletup pulak cerita Majlis Agama Wilayah Persekutuan .. memaklumkan mereka dah tak boleh buat apa-apa dah dgn kes cerai berai budak budak berhingus ni. Jika saya Perdana Menteri sudah tentu saya pecat semua staf Majlis Agama tersebut. Kasi malu kita semua rakyat melayu beragama islam jer. Keluar kat first page Utusan Malaysia pulak itu?
2) Mengapa mereka bercerai berai? Ada beberapa faktor besar. Saya hendak sebut 1 2 3 jer. Begitulah saya membilangnya. Tak mahu sebut banyak-banyak nanti kena penumbuk orang kampung saya sendiri pulak. (ketawa).
3) faktor pertama: tak ada jodoh. Setakat itu jer jodoh mereka. Setakat itu jer mereka boleh glamour ke sana ke mari .. sebagai pasangan ideal zaman la ni. Konon-kononnya lah.
4) faktor kedua: Jodoh elemen gatal melalui facebook .. mana boleh bertahan lama jika tidak disokong kuat dgn pendidikan agama islam pasangan itu sendiri / ibu bapa yang ada jati diri melayu dan amalan agama islam 25 jam se hari se malam.
Sebenarnya, FB .. ini cinta pura-pura. Media untuk bersosial. Cinta monyet atau cinta kacang-kacang Menglembu jer. Cinta muda mudi banyak berasaskan kepura-puraan. Masa bercinta dlm dunia siber semua best. Jiwa jiwa org org muda kata. Tapi bila berkhawin barulah nampak tembelang masing-masing. Si hero dan heroin tak sembahyang 5 waktu se hari/ si heroin tak tahu apa itu 'mandi wajib' / si heroin tahu masak maggi mee segera jer, hero bercakap kasar sepanjang masa , salah sikit melenting, tak sedap sedia air kopi .. cawan melayang ke atas dahi isteri dan banyak lagi kekurangan pasangan tersebut.
Masa muda dan masa bercinta semuanya indah. Ada lagu melayu famous yang mempunyai lirik ',.. semua nya indah'. Tetapi bila hari demi hari asyik makan kat luar selalu-selalu .. boring jugak suami mak dan ayah mertua. Kena pulak bawak pampers cucu dan susu botolke sana sini memasuki scope meja makan kat Kedai Mamak 25 jam itu. Tiap-tiap malam nampak mereka bawak 2 3 helai pampers. Mana boleh tahan? Kadang-kadang mak mertua pun dok fikir-fikir - Bilalah Nik Nab ni nak masak gulai ayam special curry Mydin Penang , kerutuk daging Kelantan dan macam-macam? Boleh jugak kita menjemput orang orang masjid makan roti jala pagi pagi Jumaat/ pagi pagi Sabtu. Meraikan kedatangan cucu yang sudah pun berumur 100 hari dah. Seronok mak ayah jika ada orang-orang masjid bertandang ke rumah , baca Yaseen ker, baca ayat ayat , zikir zikir , sebut nama Allah.. semua ini penenang rumah tangga. Bila Allah happy, rumah tangga happy juga.
Bila FB .. mana kita tahu .. pitch suara hero / suara heroin bila marah, kecewa, dan tak happy. Semua suara dalam FB adalah bentuk 'mode bisu jer'. Sekarang bila dah khawin, barulah kita rasa ..suara suami kita tak best lah. Suara perempuan kita tak best lah. Tak bunyi macam heroin hindustan pun. Tak dengar macam suara merdu se orang wanita islam idaman pun. Baru kau tahu?
Suara masing masing memainkan peranan yang tersangat penting dalam ruang kerukunan rumah tangga. Bila marah , bila keluar suara macam kerbau nak beranak kat baroh padi ..barulah kita semua tahu .. menantu kita tak bestlah. selepas itu, macam-macam perancangan akan dibuat untuk .. kick him/her out from the rumah dan tangga tersebut untuk selama-lamanya.
Hidup berumah tangga kita kena banyak bersabar. Ini bukan filem swasta yang ditayangkan dalam ASTRO. hanya 1 jam temphnya. Itu pun dah banyak selingan iklan sampoo dan macam-macam. Bila dah khawin, tempoh perkhawinan adalh lama. Kita kena sabar jika perut pasangan kita sudah buncit tiba-tiba. Saiz punggung dia dah tiba-tiba 'go out of fashion'. Tak cantik macam dulu lagi. Dulu masa baru baru khawin pun dah ketat kaki seluar jeans WRANGLER itu. Apatah lagi skarang bila dah 6 bulan mengandung. Sudah tentu tak sesedap mata memandang isteri ini pada ketika itu. Kena sabarlah. Cakap slow-slow. sabar jika isteri tak cekap nak buat air kopi hang secara sepantas kilat. Perutnya dah berat. kau faham tak?
Kasihan mereka semua. Pasal semua nak cepat. Instant Nescafe, Instant maggi mee, Instant Nestle milkpowder, Instant KFC, Instant Mc D, Instant Kodak kamera, ..khawin instant, pinjaman duit ah long pun nak instant, FB instant, Khawin instant, baru kenal 3 minggu ..dah berkenan tak leh tidur malam , mengigau - gigau gila bayang .. maka tempoh hayat rumah tangga pun instant (sekejap) juga sahaja lah. Cuba dengar sikit nasihat ibu bapa. Jemput mak ayah dia datang ke rumah dulu. Kenal-kenal dulu bagaimana budaya mereka . Cara mereka makan. Ada tumpah tak nasi kerabu hitam daging bakar kita itu bercampur budu. Selami hati budi masing-masing. Can go atau cannot go? Got road atau just NO ROAD ma?
Oleh itu ikutlah
Petua Agama Islam kita. Selamat Anakku wehhh.
5) Pilih pasangan dari 4 kategori
mengamalkan agama yang tinggi dan terpuji,
kaum kerabat yang baik baik belaka, bagus tutur bahasa, ada class, datuk ada datin pun ada.
paras rupa dan bum bum bum.. berharta benda/ ada kerja kerajaan / secure?
Terbaiknya pilihlah yang ada pegangan agama yg mulia dan mengamalkannya sepanjang masa.
6) Ingat , org org barat mat salleh dan minah salleh pun dah membuktikan teknologi canggih dan duit gaji besar besar, nama yg glamour, pangkat tinggi mereka tak langsung menjaminkan kerukunan rumah tangga pun. Kehandsoman , kejelitaan, kenipisan bibir mulut sang wanita ..sedikit pun ..tidak akan membawa 100% jaminan mereka kan kekal rumah tangga mereka .. yg pasti tanpa amalan agama kerukunan rumah tangga mereka akan hancur jua seperti nasib pasangan pasang muda di Wilayah Persekutuan itu semua. Jauhi zina dengan pihak ketiga, keempat dan seterusnya.
Insyallah kita semua selamat.
Marilah kita berubat ..pakat ramai-ramai. Kembalilah kita kpd ajaran agama. Tidak rugi punya. Jika tak tahu sangat pendidikan agama, gi lah tuisyen agama... ramai org org tua leh bimbing sedikit sebanyak. Belajar mengaji Quraan walaupun umur dah masuk 27 tahun Nik Nab ni.
Tak pandai masak gulai, jom kita belajar slow slow. Bukan susah. Nak seribu daya/ tak nak seribu dalih. Panggil , jemput kakak kakak yang pandai masak ..ambik tuisyen bagaimana nak goreng nasi goreng ala cina bercampur telur. Bagaimana nak buat gulai ayam curry special kegemaran suami anak mamak Penang mari. Saya pun boleh ajar. No problem punya. Pokok pangkal nya kita mahu berubah. Mahu berhijrah dari kehidupan 'jahiliah' kepada kehidupan yg tuhan suka dan redhai sepanjang masa. Insyallah berjaya tuan hamba.
7) kesalahan juga mesti juga kita letakkan kpd bahu nipis ibu ayah kita di kampung/ rumah flat 25 tingkat di Kumpur tu. Cepat sangat menerima pinangan orang. kadang-kadang org melayu kita cepat terpedaya dengan saiz kereta, jenis kereta yg dipandu oleh bakal pengantin dan jenis baju si-penipu itu. Semua glamour depa pakai. Tidak kah mereka tahu sekarang kita boleh sewa sahaja apa pa kereta di mana - mana dan pada bila-bila masa? Oleh yang demikian Instant Kahwin ini adalah kerana mak ayah seseorang terkena Instant Tipu atau Instant misImpressiona/ mis representation. Pendek cerita , mak ayah kita kena tipu oleh satu geng yg tersohor menipu di sana sini. Moral cerita , tanya tanya khabar lah sikit dgn org org lain / jiran tetangga/ sanak saudara . Mana tahu kita leh terlepas dari tipu muslihat org org muda zaman la ni. Nak selamat dari kena tipu hidup-hidup bacalah doa ini setiap hari '.. Ya allah janganlah ada org yg sanggup menipu aku dan zuriat-zuriatku secara hidup-hidup dan terang-terangan ini terutama kes mas khawin, kenduri kahwin dan mcm mcm lagi ya allah ..sampai bila-bila. Kau lah tempat aku memohon segala perlindungan dari sudut kiri, kanan, atas dan bawah ..semua dimensi N-dimensional attack? ..dan macam-macam lagi'. Insyallah Allah faham isi hati kita itu. Sama-sama kita amalkan. Settle? Tak guna bahasa arab pun tak apa. Kenapa? Alah org arab dengan doa penuh arab pun kena tipu dgn org yahudi(isreal) atau org nasaro(kristian) sepanjang masa sejak zaman tok nenek mereka zaman purba/ dahulu kala lagi. Jom semak Al-Quraan itu. Gunakan lah bahasa ibunda kita. Sayang bahasa, sayang budaya, sayang zuriat kita. Ok punya.
Setakat itu lah dulu ..tuan puan. Maaf banyak banyak jika tersalah bahasa. Saya ikhlas nak tolong ni. Saya tidak berniat selain dari menjalankan tanggung jawab sosial bersama sebagai mukmin. Saya pun dah ada 3 orang menantu. Alhamdulilah.. dalam sembahyang saya 5 waktu yg wajib sehari-harian dan jika diizinkan Allah saya kerjakan juga puluh puluhan rakaat sembahyang sunnat , saya ada menyebut dalam doa .. YA ALLAH kurniakan kami dan mereka(anak, menantu ,zuriat-zuriatku) hidayah, taufik dan ketabahan , kesabaran untuk bertahan dgn segala kekurangan pasangan masing-masing. Biarlah mereka mampu menerima masing-masing se ada adanya. Beri mereka peluang, bukakkan mata hati mereka mahu berubah dari keadaan tak bagus kepada keadaan yg ENGKAU suka YA ALLAH.. Ameen. Mana ada semua org perfect 101% melebihi Nabi Muhammad s.a.w kita yang dimuliakan. Ok tak?
Sekian. Maaf saya pinta.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment