Cara hidup Nabi Muhammad s.a.w suka

Posted by sazali

Salam

Nabi Muhammad s.a.w  ada menyebut

".aku lebih suka berada dalam keadaan kenyang sehari dan berlapar sehari .. dengan cara itu aku senang ingat kepada Allah Taala .pemberi semua nikmat ini ..."

Begitulah Tuan Hamba.

Cuba bandingkan bagaimana kita pula ?  Kita mahu senang lenang sepanjang masa 24/7.

Dengan keadaan terlampau senang ini .. payah kita ingat .. bahawa Allah Taala sedang memerhatikan kita.  Ada Allah matikan orang yang terlampau senang dengan penyakit yg berbagai-bagai.  Kesakitan orang-orang senang ialah sakit jantung, stroke, kencing manis, payah hendak tidur, sembelit, bausir, ..dan bermacam-macam lagi bukan?

Oleh itu saya mengajak diri saya .. bersederhanalah kita dalam kehidupan ini.  Tidak semua kita dapat di dunia ini.Ada orang tuhan kasi dia berkulit hitam legam tetapi Allah berikan mereka satu pasang gigi yang paling cantik. Tengok penyanyi USA.    Ada orang itu Allah beri dia terlampau pandai dalam teori Black Hole Galaxy( Hawkings , Cambridge) tetapi Allah kasi dia cacat dari tengkok hingga ke bawah..  Ada isteri paling cantik di dunia ini pun , mungkin tidak dapat berseronok dengan pompuan paling cantik itu.. See?  Tuhan tak beri kita semua sekali gus.  Tuhan Maha Adil.  Subhana allah. Bersyukurlah .. dengan apa yang ada.

Sekian.

Wallahu aklam. 

0 comments:

Post a Comment