Tiba-tiba ada baju korporat di Malaysia

Posted by sazali

Salam.

Tadi saya mengambil surat bank dari perkhidmatan pos laju di Pejabat Pos.  Besar Ucapan SELAMAT DATANG PEJABAT POS P_RIT RAJA.  Nampak korporat.  warna merah tulisan nya besar besar Merah!.

Saya juga tertarik dengan baju korporat pegawai-pegawai yg bertugas POS MALAYSIA ini.  He..he..

2)  Sambil saya dok tunggu giliran diservis .. saya tiba-tiba perasan bahawa orang yg menunggu gilirannya juga dari staf PUBLIC BANK baju korporat warna merah putih sedangkan saya memakai baju korporat MERAH berjalur hitam pekat.  Saya ketawa dia pun ketawa.  Saya tanya dia ..mengapa tuan hamba ketawa ni?  Dia kata . saya ketawa bila tengok DOKTOR ketawa.  He..he..  ( saya ketawa kerana baju korporat Public Bank pun merah menyala macam api  bomba).  Kami ketawa berdekah dekah dalam pejabat Pos Malaysia ini.

Dia tanya saya macam-macam ..  ringkas cerita ..dia pun mula bercerita.  Kita melayu suka meniru mat salleh.  JIka Mat Salleh pakai apa apa sahaja di Sepang Formula 1 .. baju korporat ker/ tak pakai baju ker /  ..orang-orang kita cepat mendapat ilham dan terus reka reka .. cadangkan itu dan ini .. depa kata ..alangkah bagus kita pakai baju korporat macam depa// mercedez ada baju korporatnya/  BMV pakai baju korporatnya //..  dan akhirnya kita semua telah membeli dan memakai baju korporat pada Hari Rabu se tiap minggu.  Tanda apa?  tanda kita korporat.  Tanda kita sudah mencapai satu standard .. kompetensi yg tinggi servis dan menyervis pelanggan yang mari ke kuanter POS/ Public Bank atau KTM contohnya.

Tetpi saya perasan ..satu pegawai kat kaunter itu .. tak pernah dia melemparkan satu biji senyum pun kat siapa siapa pun.  Baju korporatnya lawa, mahal dan bergaya ..tetapi tanpa senyum apa kah makna itu semua korporat ..  atau k_parat.   Ok kah begitu?

Saya percaya ..POS Malaysia akan memperolehi keuntungan yg banyak dan semakin banyak jika pegawai-pegawainya .. tak pakai baju korporat pun tak apa ..asalkan / janji ada senyum kat pelanggan yg datang ....  ada orang marah marah jika kita mahu satu satu perkhidmatan yg lebih sedikit. Biasalah ..tiba-tiba datang idea nak itu dan ini.  Ingat pelanggan sealu betul/benar sepanjang masa.  Mula-mula nak beli road tax , after semua road tax dah dicetaknya .. kalau kita nak ..kuarkan duit ASB Puan boleh? ..  mulalah ..wajahnya menggambarkan ...dia tak suka cara kita meminta perkhidmatan dengan cara itu .. mintak sekali gus lah..  dia kata.  Siapa kau ma?.

Alah ..  aleh .. bukankah kau berada di situ sebab aku jugak sebagai pelanggan mu?  tanpa aku siapa kau ..wahai pegawai POS yg payah sangat nak melemparkan senyum ini?  Bila nak sebut ..boleh satu bantu Tuan?  Mahu saya bantu Tuan?  [ rasa-rasa ungkapan itu adalh ungkapan orang2 syurga di kayangan ..bukan di kaunter POS Malaysia ini.]  Maaf ..saya pinta. 

Minumlah sikit sikit kopi bercampur madu lebah setitik sudu kecil. Supaya senyuman mu itu makin hari makin manis.  Sedap adik manis ( iklan .. radio IKIM ..adik manis .. nak apa ..adik manis)?  mamak kedai kopi tahu senyum dan menyebut adik manisss.s..

Tak pakai baju korporat pun tak apa asalkan kita pandai senyum senyum senyum selalu.  Senyum menarik rezeki tau?


3)  Mesti ada orang yg dapat banyak untung bila kita semua beli baju korporat begini lagu.  Kalau tak ayah dia untung besar mesti ayah orang yg lain ..yg dapat untung paling paling besar.  Kasihan kat kita ..  jika mereka ambik RM2 untung dari seorang pegawai / bayangkan untung mereka jika PoS Malaysia ada 10,000 staff.  Untung mereka dah RM20,000.  Itu baru POS MALAYSIA.  Belum lagi TELEKOM MALaysia?  Univrsiti Malaysia Pahang/ Terengganu/ Kelantan dan banyak lagi politeknik-politeknik, kolej - kolej komuniti .. sekolah cluster/ bestari/ sukan/  SBT sekolah budak tidur /  MRSM ..  banyak untung mereka.  Tetapi untung berlambak lambak itu .. tidak membawa apa-apa makna jika staf kakitangan kaki tangan tak pandai senyum pun.   Nak belajar senyum ..sila rujuk kat BLOG saya ini.  Saya melontarkan satu senyum bukan?  Atau pun orang panggil  apa  tu?

Sekian.  Senyum itu sedekah. Saya rasa Mendiang Mahatma Ghandi pernah berkata ".. jika kau senyum ... semua masalah payah akan ..  menjadi senang ..kerana .. tuan punya senyum ..  membawa tarikan ramai orang".  TEngok tambi ghandi pun tahu ..makna disebalik satu senyuman. Apatah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Patutnya kita amalkan apa yg kita belajar dahulu .. mintak senyum lah sikit kawan.

Baju korporat bila senyum senyum .. untung kita tahunan mesti melambung-lambung.  Belajarlah senyum walaupun kita tak ikhlas mana pun nak senyum.  Tak apa.  Janji kau senyum aku senyum kita semua senyum. If u look nice, I look nice ..we all will look nice.  Apa macam?

4)  Isteri saya lama dah komen .. kulit you tak sesuai pakai baju korporat warna merah menyala macam itu.  Saya lantas menjawab.  Apa  aku boleh buat .. depa fikir aku cantik pakai baju merah saga ini .. walaupun aku berkulit tambi ghandi dari India itu.  Tu lah ..hari tu .. kau tak nak studi tingi -tinggi lulus PHD London, Harvard , Hyderabad .. dan jadi NC - NC apa apa ker.. bolehlah kau cadangkan pegawai kulit gelap macam aku ni .. jangan pakai baju korporat berwarna hitam gelap begini.  Patut pakai baju korporat putih bersih. He..he..  sayang nya kau .. awak tu se orang ibu misali sahaja.  syukurlah..   Terima kasih.

He..he..  jgn sakit hati ok?  senyum dlm bilik gelap ..tanda mata nak mula lelap.  Gd night every body.

Wallahu aklam.  

0 comments:

Post a Comment