Bila memberi tips nasihat

Posted by sazali

Salam

Sebagai seorang bapa .. saya suka memberi nasihat kepada anak-anak saya sendiri.  Sebagai seorang guru pun saya memberi tips itu dan ini .. bagaimana nak berjaya?

Tetapi awas .. bila memberi nasihat ..jangan terlalu banyak dan details macam menjawab soalan matematik di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD.  Buatlah sekadar ada sahaja.  Jika anak tak minat membaca Al Quraan , berikan dia nasihat 2 3 langkah dah lah.  Jangan berikan langkah sebanyak 1000 banyaknya.  Nanti dia tertidur.

Senang jer.

1)  Ambik air sembahyang.  Cari kitab suci Al-Quraan.
2)  Bacalah wahai anak anak ku.

Itu pun dah cukup. Jom kita baca sama-sama.

Tak yah cerita ilmu tajwid apa apa lagi.  Bila di adah suka sangat membaca Al Quraan yang suci .. barulah kita perkenalkan kepada nya ..  Ilmu Tajwid dan sebagainya.

Dalam kita berdamping dgn anak anak .. yang kita sayangi .. sebutlah sedikit kelebihan membaca Al Quraan yang suci.  Contohnya .. bila kita membaca ayat Al Quraan ..  Allah akan beri kepada ayah mu .. satu perhiasan di atas kepalanya seperti se orang Raja , Sultan ..dia kan pakai berseri serinya di dalam syurga.   Anak nak tak ayah memakai satu mahkota sebegitu cantik dan bercahaya melebihi matahari ?

Begitulah .. cara sedikit sebanyak ..kita didik anak anak membaca Al Quraan.  Tak payah cakap 1000 baris ..itu dan ini pasal membaca Al Quraan.  Nanti dia cabut lari.  BORING!

Sekian.

Wallahu aklam

0 comments:

Post a Comment