Salam.
Tahniah dapat panggilan interview. Bukan semua pemohon jawatan di bawah kelolaan JPA, SPA, SPP dapat panggilan istimewa ini.
Now perkemaskan persediaan langkah langkah mu ke tempat yg istimewa ini. Mungkin ini panggilan interview yg terakhir untuk mu. ramai graduan yg keluar dari IPTA/IPTS setiap tahun. Oleh itu saya syorkan anda prepare dgn penuh rapi. If tak nak buat elok-elok .. tak payah pergilah. (he..he)
Step 1:
Tahu maksud interview ini. Adakah ini untuk menjawat jawatan System Analyst di sesebuahKEMENTERIAN?
JIka itu lah gerangan nya .. anda kena tahu .. apa fungsi kementerian, jabatan-jabatan di bawah kementerian tersebut. Peranan mereka masing-masing, agensi-agensi? Apakah impak / peranan seorang pegawai sistem analist dalam pentadbiran/ pengurusan organisasi kerajaan?
Jika anda dah bekerja swasta say bergaji RM4000 sebulan ..mengapa datang untuk jawatan kerajaan M41 .. dgn gaji pokok yg pertama sekitar RM2300 sahaja dgn gomeng BN ini? Kena tahu menjawab .. perkara ini. Saya mahu tukar anginlah. Gaji besar swasta .. kerja terlampau penat. Mereka perah habis habis .. otak dan tenaga keringat saya tuan. Sabtu dan Ahad pun bekerja lah. Nak sembahyang/solat pun susah ... kdg2 ..sembahyang asar macam ayam patuk biji jagung jer. 4 rakaat saya buat dalam 30 saat flat. Berdosa besar saya tuan. OK tak jawapan begitu lagu?
Step 2: satu soalan anda kena prepare betul-betul.
Apakah yang anda dapat sumbangkan kepada pihak kerajaan jika JPA/SPA menawarkan anda satu jawatan?
Mengapa anda kata begitu?
Betul ker? Tengok script transkrip anda hanya dapat B sahaja dalam PSM2?
Anda percaya dggn bisnes online ini? Mengapa?
Apakah rasional Steve Jobs mereka komputer Apples?
Step 3: jawab dgn baik/ dan nampak matang. Kena practise.
Step 4: Jangan emotional dgn jawapan2 anda.
Contoh : Mengapa kerajaan pembangkang bahaya untuk rakyat Malaysia?
Entahlah tuan. Mungkin org ramai akan mati kot. Mana ada baucher buku/ mana ada SARA 1 Malaysia/ .. lagi pun Tuan Guru Dato' Nik Aziz mana ada cutting jadi P.M. nampak dia uzur sangat lah tuan. Kalau Tuan Guru Ustaz Nik Hadi .. jika dia P.M. , maka stail pentadbiran Malaysia nampak macam Iran/Iraq ..itu macamlah. Maaf saya berkata begitu. lagipun .. saya tak pernah dengar depa bertutur dlm bahasa lain selain dari Bahasa Melayu/ Bahasa Arab.
Apa pendapat awak tentang cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan?
Bila ramai orang kena rejam kerana kes zina .. maka ramailah anak anak yg hidup tanpa kasih sayang ibu bapa (kamu mula menangis.. jgn jgn plz .. bawak bertenang lah ... ini bukan filem hindustan ni .. simpan air mata kamu itu).
Jawab dgn baik. Kalau tahu hukum hudud 'gorengkan ' mereka sesedap rasa if tak tahu
katakan lah .. itu benda payah nak cakap/komen. Nanti tergelincir iman saya tuan tuan yg bijaksana.
Step 5: Ucap Terima Kasih bila sesi interview dah tamat. Bangun dgn sopan. Tak yah usik rambut mu yg panjang ... (dogol) .. tak bertudung itu. Ingat ini bukan sesi shooting model syampoo rambut tau?
Step 6: Doa / mintak tolong dari Allah. Dia yg cipta rezeki.
Sekian. wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa pendapat awak tentang cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan?
Pada saya cadangan tu sgt bagus kerana kelantan sepatutnya menjadi "role model" dlm pelaksanaan hukum hudud ini. Tambahan pula, hukum hudud adalah hukum allah yang termaktub dalam al-quran dan kita sebagai org islam wajib percaya bahawa hukum allah adalah hukum yang adil. Hanya org2 yang tidak beriman kepada allah sahaja yang tidak percaya kepada keberkesanan dan keadilan hukum allah. Cuma untuk melaksanakannya kedudukan Mahkamah syariah mesti diperkasakan terlebih dahulu dan perlembagaan persekutuan dipinda supaya undang-undang tersebut tidak terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan. Untuk melaksanakannya di peringkat persekutuan, semua pihak tidak kira pembangkang atau kerajaan dan juga majlis raja-raja perlu bermuafakat bagi membolehkannya dilaksanakan dengan berkesan. Bagaimanapun, daripada senario politik malaysia kini, adalah agak mustahil untuk melaksanakan hukum hudud kerana orang melayu islam sendiri berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri kerana perbezaan ideologi politik dan parti2 politik lebih menumpukan perhatian untuk mendapatkan undi kaum2 bukan islam berbanding mengambil tindakan serius untuk melaksanakan hukum hudud tersebut. Selain itu, terdapat juga perbezaan pendapat mengenai pelaksanaan hukum hudud terhadap org bukan islam. Ada yang mengatakan hukum hudud hanya untuk org islam sahaja dan ada yang mengatakan hukum hudud untuk semua. Jadi semua perbezaan pendapat, masalah perlembagaan, perpecahan umat islam dan sikap talam dua muka ahli2 politik dengan bersedia menerima org bukan islam sebagai pemimpin negara mesti diatasi terlebih dahulu sebelum kita benar2 mampu melaksanakan hukum hudud.