Adab berkawan

Posted by sazali

Salam

Kita sebagai manusia tak leh lari dari hidup berkawan.  Kawan yg paling bagus ialah jiran tetangga kita.
Selalunya kita lupa bahawa jiran baik adalah lebih daripada saudara kita juga.  Susah senang kita ..sama sama diambil tahu oleh jiran-jiran tetangga.

So to maintain berjiran dgn baik dan muhibah berikut adalah adab yg mesti kita kita sama-sama amalkan:

1)  suka memberi.  Berikanlah sedikit kuah daging kerutuk/ sate ayam  itu kat jiran kita.  Biar anak anak mereka dapat merasa makan dengan roti panjang dari Perancis atau Bangladesh itu.  Sama sama sedap dan anak anak mereka sama sama merasa.

2) jangan suka meminjam itu dan ini.  Bila kita suka meminjam terutama wang ringgit , kita telah menjualkan maruah kita sebagai seorang pegawai kerajaan.  Jangan amalkan ini benda.  Kasi malu semua keturunan kita saja.  Orang melayu terkenal dgn menjaja cerita purba dahulu kala.  Hutang kita dgn dia RM10 ..dia ceritakan ..sampai ke lembah Mongolia dan Korea sana.  Bayangkanlah..  Tak caya?  check dgn METRO.

3)  amalkan suka merendah diri.  Ingat ..amalkan sikap .. seperti ular menyusur akar.  Tak kan hilang bisanya.  Dah kita kulit putih melepak dan tubuh kita tinggi slim macam Era Fazirra ; Nor Kumalasari  .. buat apa nak cerita lagi.  Biarkan kawan kawan yg tidak dapat anugerah ketinggian dan kulit macam kita ini ..cakap itu dan ini. (laugh).

4)  mulut jangan laser sangat.  Terlajak perahu boleh undur .. terlajak mulut dan kata kata ..buruk padahnya.  Ramai orang bergaduh sampai bunuh membunuh kerana kes mulut durjana.  Tuduh bukan bukan tanpa usul periksa.  Nahas tuan hamba?

5)  jangan meninggi-ninggikan diri.  Bila dah mampu ..beli dan pakai BMW ..alehhh  .. hutang kat bank RM2500 sebulan ..buat apa menunjuk-nunjukkan sangat.  nanti silap silap hari bulan nak pinjam duit RM10 dengan jiran yang bekerja sebagai PAR  di Pejabat Tanah dan Galian.  Malunya.. nak isi minyak keta BMW pun kena pinjam RM10 dari jiran tetangga.  Tengok?

6)  kalau jiran sakit, melawat lah mereka. Bawa lah buah tangan sedikit sebanyak contohnya  Beli anggur, limau sunkist dan apple California sebagai buah tangan.  Insyallah cepat jiran kita sembuh dari penyakit .. sakit hati, cemburu, pecah hati, sakit gigi, tergigit lidah  dan macam-macam sakitnya.  Bila gi melawat orang sakit ,  elakkan dari bercakap banyak banyak seperti sedapnya gi berkelah di Melaka/ Kelantan nun jauh di sana.  Sebutlah .. bila kau nak gi masjid sembahyang 5 waktu ini?  hari itu sihat tak nak gi/  sekarang dah sakit .. perut pun dah nak meletup dah ni  bila bila masa/  Hepatitis B .  kan dah aku kata .. hargailah kesihatan itu.  Beramal sebelum sakit.  kan dah susah ni.  Insyallah semua akan ambik iktibar dari cakap cakap mu itu. Insyallah.

7)  jangan dok lama-lama kat rumah jiran.  20 minit pun dah bagus dah.  Cepat cepat belah .  Sesi lawatan orang lain pulak nak ..  sambung.

8)  jangan selalu sangat bertandan ke rumah jiran.  Nanti org kata ..kita tahu semua periuk belangga dan sudu di dalam rumahnya.  Kalau bertandang ke rumah jiran ..selalunya makchik makchik buat banyak ketupat dari buat pahala.  Tak caya?  tanyalah depa terutama suri rumah dari berek polis/ askar dan kastam.  Suka sangat ..jaga tepi kain orang bukan?.  Mengumpat adalah bala. Semua amalan baik kita hangus ..dimakan oleh ..  nanti semua pahala kebaikan  kita ,  kita kreditkan kedalam akaun orang yg kita umpat umpatkan itu.  Awas jangan mengumpat Anwar Ibrahim,  Dr Azizah , Najib Tun Razak dan isterinya.  Bahaya!


o yes terlupa..  Jaga jugak biji  mata bila masuk ke rumah jiran.  Nanti terlihat .. betis atau peha anak dara mereka  berumur 16 tahun ke atas..maklumlah sekarang ini budaya ..  tersohor ..mak ayah tak mahu tegur anak anak dara tidur cukuplah lama terutama yg baru pulang cuti semester dari IPTA, IPTS, SBT-SBT, MRSM, Maktab Perguruan, Misi misi dari USM  ..  mereka sedang nyenyak tidur dalam biliknya. Berdosa biji mata kita jika terlihat kulit kulit mereka terutama betis dan peha.

Sekian.

Wallahuaklam.  Yang baik dari Allah dan yg tak baik ..semua kelemahan dari diri saya sendiri yang hina.



 

0 comments:

Post a Comment