Pesan atok II

Posted by sazali

Salam

Cucu cucu ku

Jika cucu is a woman, girl , a lady ..

(i) belajar lah memasak.  Belajar memasak masakan yg mana suami mampu / sudi menjemput saudara mara ke rumah kita menjamu selera -  makan tengahhari, malam atau ..

Baru ada class cu?

(ii) belajar menjahit .. contoh .. jahit butang baju suamimua. Jahit ..collar baju suami mu itu .  Jimat duit cu!

(iii) rendahkan suaramua ..bila berjumpa dengan suami mu.  Ingat ... siapa BOSS di rumah?  Yes ..you are right. Suamilah raja.  Galakan suamimu ke masjid. Dengar hadith dan banyak lagi sesi ceramah agama.  Buat pedoman seluruh isi keluargamu.  Jika suamimu tak suka ke masjid , apa modal yg dia ada .. nak bimbingmu ke arah syurga Allah yang abadi abada?

(iv)  jika salah .. jgn berat mulut ..minta maaf dgn suami kita.

(v)  senyum manislah dgn suami mu.  Bercakap manislah dgn suamimu itu. Biarlah bibir suami mu itu tebal macam KUNTA KINTE filem ROOTS pun ..dia itulah suami mu.  Dunia dan akhirat.

(vi)  sembahyang awal awal waktu ..cucu cucuku.  Rajin rajin membaca Al Quraan.  Baca hadith di rumah. Amalkan semua ajaran agama kita yg suci.  Namanya ISLAM.  BIla kita ingat pada Allah , maka Allah akan ingat pada kita.  Jika kita ingat allah se saat ..maka Allah akn ingatkan kita berjam-jam lamanya.  Rezki kita Allah yg berikan.  Bukan mak ayah kita.  Ingat ..semut dalam batu pun ..Allah sediakan rezeki untuk mereka.  Ajaib sungguh kekuasaan Allah.  Untuk mereka yg mahu berfikir?

(v)  jaga adab / budi bahasa mu di mana jua kau berada.

(vi)  berbaik-baik sangka sesama kita sepanjang masa.  Tak rugi ..anak anak/ cucu cucu ku.  Orang berbaik sangka,  dunia akan bersangka pula dgn kita .  Vice versa(begitulah sebaliknya).  Kau mencurigai orang..maka orang akan mencurigai kau pulak.  Adil bukan?  ingat pesan atuk ini plz.

(vii) jangan lupa buat doa di dua waktu terpenting sehari-harian.  PErtama selepas subuh hingga naik mata hari dan kedua .. sewaktu jam 0630 ptg hingga tenggelamnya matahari.  Waktu ini para para malaikat sedang tukar shift.  Doa lah mintak lah apa yg kau hendak.  Baca 3 ayat terakhir surah Hashr.  Doa mu akan dimakbulkan.  Allah Akbar!

Insyallah kau akan selamat dunia dan akhirat.  Ameen.  Doa dari atuk mu ..yg sudah tua ini walaupun tidak setua Sean Connery ( filem James Bond) atau Mat Bond (orang melayu melaka).

Sekian dulu. Ingat pesan atok tau?

Wallahu aklam.

Atok mu .  PhD.  Pengembara  hujung2 dunia.

laugh

0 comments:

Post a Comment