Mengapa jadi begini?

Posted by sazali

Salam

Dulu pada  zaman dahuu kala sekitar tahun 1960 - 1980 di Malaysia, bila kita dilantik guru , skop kerja tidaklah sesusah sekarang.  Cuba bandingkan :

DULU

(i)  guru diberi tugas mengajar
(ii)  jika pelajar islam tak pandai mengaji Al Quraan , ustaz ustazah boleh pukul mereka dengan pembaris panjang sampai lebam punggung saya ..  setiap minggu kalau ada kelas tajwid, siap sedialah .. buku buku nipis dimasukkan ke dalam seluar atau seluar dalam - tak kira pelajar lelaki atau perempuan.
(iii) seronok jadi guru kerana pada musim buah-buahan .. keluarga pelajar-pelajar akan menghadiahkan berguni-guni durian, cempedak dan nangka kpd guru guru yg rapat dengan ahli masyarakat di kampung.  Makan pun seronok jer.
(iv)  ada guru khawin dengan anak muridnya.  Contoh ada cikgu Tingkatan 6 tu ..  dia khawin dgn pelajarnya sendiri.  Tak malu betul dia itu.  Adakah patut .. panggil pakmertua yg masih muda dari nya 'AYAH'.  Hishhh..  malu kat tikus / tupai yang bergayut kat pokok rambutan sahaja guru itu.  He..he..
(v) ramai guru ada anak melebihi 10 orang.  Semua anak berjaya dan beradab dan tinggi budi bahasa alhamdulilah.  Berkat rotandan pembaris besar ustaz dan ustazah pada hari itu lah.

SEKARANG sejak ada MS ISO-9001 , TQM - kerjaya guru sudah jauh berubah

(i)  guru diminta isi banyak borang seperti kedatangan .  Jika pelajar tak datang 2 atau 3 kali berturut-turut , silap silap guru tua macam saya lah yg akan dipersalahkan.  Tidak cekap .. pihak sekolah kata
(ii)   tak seronoklah jadi guru ini.  Kadang - kadang disebabkan masalah pelajar , selera makan dan tidur kita terganggu.
(iii)  kami selalu dapat lawatan mengejut dari ibu bapa.  Bukan guni nangka yang di bawa tetapi .. lawyers Adeep Singh yg berserban tebal , berbalut dari kiri dan kanan.  Muka mereka di bilik GURU BESAR .. mak oii .. tuhan sahajalah yg tahu.
(iv)  sekarang dah kurang dah ..guru nak khawin dgn anak anak muridnya.  Mengapa?  kerana terlampau banyak borang MS ISO-9001 yang terpaksa kami isikan siang dan malam.  Kadang-kadang gi HHOTEL MAHKOTA , MELAKA pun.. dok isi maklumat dalam borang itu lah. Lari dari bising meleter sang isteri .. tmenginap di hotel tersebut se mata-mata nak isi berbagai-bagai jenis borang ..yg gila.
(v) prestasi pelajar pun kita kena pantau.  Kalau naik prestasi .. kita kena explain why?  kalau prestas mereka menurun atau jatuh merudum .. kita jugaklah yg kena explain itu dan ini .. semasa ada HARI perjumpaan ibu bapa di sekolah ..dekat dekat dengan musim peperiksaan PMR, SPM
(vi)  di universiti ini pun 2* 5 jugak.  Budak arab tak perform .. kita supervisor jugak lah yg kena explain itu dan ini.  Dah mereka datangke Malaysia  nak buat serbuk dadah (heroin)  dan edarkan kpd budak budak melayu FELDA .. manalah saya tahu .. kat mana laboratory dadah mereka itu ..mak oiiii (laugh).
(vii)  sekarng kita kena jadi SUPERMAN ..  tahu subjek 200% tahu.. expertise .. researcher tip top ..  publish papers ke seluruh dunia dan di semua jurnal impact factor ........... dan disamping itu jugak .. kita kena pantau pergerakan students arab dari Yaman, Libya, Iran dan Iraq dan jangan lupa ..  deng deng deng .. students dari Nigeria.  Adush sakitnya kepala aku.  Cepatlah .. aku dipencenkan .. o tuhan.
(viii)  hari ini pensyarah pensyarah dijemput menghadhiri HARI KAWAL STRESS.  Tengok ...?
ramai orang stress .  Bila stress , alam rumah tangga tak tip top macam dahulu lagi.  Tak seceria dahul lagi.
(ix)  ramai keluarga guru mempunyai bilangan anak yang kecil.   Majority 1 - 3 orang sahajalah.  Why?  zat protein tak se power dahulu lagi.  Semakin menurun walaupun .. kerajaan kasi gaji ..  semakin naik tahun demi tahun.  Wajah guru tak semanis dahulu lagi.  Tengok jer lah wajahguru guru perempuan pada umur 40 tahun ke atas. Sukat tahap kemasaman wajah mereka.  Boleh tak?  waktu pagi .. jangan cuba buat joke bodoh ..sure kau akan kena dgn guru berwajah masam mencuka itu. Ha..ha.. ada lahyg tak kena itu.  Guru Lelaki?  ramai dok minum macam macam air kopi kat kantin.  Ada yg telan kopi dengan serbuk kapal layar ..tongkat ali dan musa.  Disebabkan sudah menjadi rutin .. minum airhitam pekat itu bertahun tahun lama nya ..  nak sembahyang sunat Dhhuha dan Tahajud pun ..tak larat dah .. kerana buah pinggang .. sudah rosak .. kencing pun sudah tak selancar dahulu lagi.  Kasihan guru guru yer?

(x) kalau anak ramai pun , tak ramai yg jadi manusia mukmin, mukminat sejati.  Ada guru guru dok melawat . pusat serenti rata riti di seluruh negara.  Why?  anak sendiri pun tak terkawal lagi kerana .. sepajang masa ..dok isi borang ISO 9001 itu lah dari JPN, PPD, Pengetua , PK 1, PK2, PK HEM dan macam-macam da...

Itu sahajalah.. warta berita pada pagi ini.

Muga muga kita ambik .. ikhtibar ..dan pandai pandai lah menjaga diri.  Pada tuhan kita bertawakal.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment