Pesan atok Tahap I

Posted by sazali

Salam

Cucu cucu ku

Ini adalah pesanan atok.  Harap cucu cucuku pakai sampai akhir hayat.

Simple jer.

(i)  masa muda banyakkan ilmu dunia dan akhirat.  Ikut kumpulan orang orang dakwah Tabligh fi sabilillah.  Semua amalan kita berganda ..  tidak terhitung banyaknya.  Doa org dakwah adalah seperti doa Nabi nabi pada zaman Nabi Ibrahim a.s.  Nabi Musa a.s.  dan Nabi Muhammad s.a.w.  Dalam Al Quraan sendiri ada sebuah firman Allah mahfumnya ialah ..  "kata kata siapakah yg lebih baik dari mereka yang mengajak manusia kpd bertauhid kpd Allah Taala".  dan banyak lagi.  Ikut dakwah cucu cucu ku.  Jangan ikut sangat  orang suka main motorsikal  engin bersaiz besar dan powerful sahaja.  Allah Maha Agung!

(ii) belajar bergaul dgn semua lapisan masyarakat.  Belajar bercakap dan bermanis muka
(iii)  dalami ilmu agama dan amalkan ..apa yg cucu cucuku  tahu.  Tahu sikit , amal sikit.  Tahu banyak, amal banyaklah seperti sembahyang fardhu di masjid 5 kali sehari semalam.  Buatlah sembahyang-sembahyang sunat sebagai compliment kpd kekurangan yang ada dalam sembahyang fardhu mu itu.  Jika banyak sangat tahu pasal islam , dan bercakap rata riti pasal islam, perbaikilah akhlak mu wahai cucu cucuku.  Sekurang-kurangnya ada sedikit janggut ala sunnah rasulullah.  Jgn tahu macam macam hal islam, janggut se urat pun tak ada .  Nanti bila jumpa rasulullah di padang masyar, macam mana Nabi Muhammad s.a.w nak kenali umatnya.  Sekurang-kurangnya dengan amalan amalan sunah ..  barulah ada tarikan kuat dari tubuh badan  Rasulullah kepada kita.  Betul tak? Besi berani.  Jika kita ada tarikan .. baru lah magnet yg kuat itu .. akan menarik kita kpdnya.  MAGNETISM?   tengok peminat bola sepak Manchester United.  Mereka ada identiti tersendiri.  Ke mana mana pun, mereak mempunyai identiti tersendiri.  Begitu jugalah identiti lelaki muslim/ mukmin/ wajah kita kena ada identiti  paling basissss sekali /  YES Janggut rasulullah s.a.w.  Orang cinta nabi ..mereka amal semua yg nabi ada.  Janggut dan serban.  Jangan suka bermarhaban sahaja.  Tak jadi itu....
(iv) belajar ilmu dunia biar sampai ke tahap PhD dan post doctoral.  Reka sesuatu seperti sebuah kereta yg boleh dipandu ...  atas angin.  Senang sikit nak berjalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Elak dari trafik jam.
(v) percaya bulat bulat bahawa Allah Maha Kuasa ..makhluk tidak ada kuasa apa-apa pun.  Jauhi dari syikrik dengan Allah yang mencipta kita dari setitik air yg dipanggil semen dalam ilmu BIOLOGI.  Semua dosa Allah boleh ampunkan .. kecuali syirik dgn Allah Yang Maha Agung.  Syirik is ?  kita percaya bahawa duit itu Tuhan kita.  Contoh ayat manusia syirik.  Bila ada duit semua jadi.  Second syirik is .. percaya dgn khawin org kaya / ada kedudukan tinggi ..kita jadi ...raja. itu dah syirik.  Allah cemburu dgn dgn kepercayaan sebigini.  Hnya UMNO ..boleh buat semua benda di Mlaysia.  Ini syirik jugak.  Allah yang maha kuasa.

Sekian.  Pesan Atok 1.

jumpa lagi cucu cucu ku iman, irshad dan ...

wallhuaklam.

0 comments:

Post a Comment