Salam
Dunia sudah gila kerana ..
i) pihak sekolah, politeknik, universiti dan Kementerian hanya menjulang orang-orang yang berjaya sahaja
ii) pihak di atas kurang menyebut mereka yang sudah menjadi mangsa (kandas) peperiksaan akhir tahun, semseter atau apa apa yg ditaksirkan
iii) lama lama mereka sudah lupa .. mereka yang sudah menjadi bahan statistik seperti pada tahun 2007/08; 2008/09 lebih dari 30 ~ 50 orang pelajar kandas PSM2 di fakulti ini/ universiti ini.
Tak percaya ?
(i) cuba tuan hamba menonton channel ASTRO ESPN , mereka sudah tidak menyebut lagi nama kelab Bayern Munich , German .. apa yang mereka sedang raikan siang dan malam .. hanya kelab Chelsea , England sahaja.
Zalim bukan?
Itulah dunia . Permainan dunia.
Dalam dunia pekerjaan pun sama juga.... rat race. Siapa cepat , dia dapat. Tuan hamba slow..tuan hamba kalah.
Bila ada orang yang berjaya .. meraih pingat emas, perak dan gangsa .. pihak sekolah , politeknik dan universiti .. akan meraikan habis-habisan .. orang orang yang membawa pulang piala, pingat , sijil pertandingan inovasi dan penyelidikan dari Geneva, London, Brussels sahaja ..
pada mereka yang gagal .. so sad to say .. kita sudah menjadi bahan statistik.
Tidak ada apa lagi yang nak disebut-sebutkan. That was a Good try you know!. OK mates .. please try again. Itu lah motivasi .. kata kata keramat dari pihak atasan. Tetapi mereka terus menjulang mereka yang berjaya sahaja. Bukan 1 hari, bukan 2 bulan ... tetapi nama nama pemenang pingat itu akan disebut sebut dalam majlis konvokesyen tahun ini, tahun depan .. dan mungkin .. banyak lagi tahun ke hadapan. Nama nama pemenang tersebut dimasukkan ke dalam makalah, majalah .. kementerian.
Kita yang tewas? he..he... pandai - pandailah menjaga diri. pandai-pandailah ... mengurut dada anda yang besar, sederhana, kecil dan ... macam macam lagilah. Kecewa besar bukan?
Itulah dunia. Orang masjid kata .. " dunia ini tempat permainan saja..jgn terlampau takzub dgn stail permainan dunia ini .. hanya takwa pada Allah menjadi ukuran di sisi Allah di sana ..di sana ..."
He..he.. banyakkan bersabar, tingkatkan ketabahan dan kecekalan hati .. Al Fatihah. Jgn terpedaya dgn permainan dunia ini tetapi ini lah dunia ..yg mana ramai org berlumba lumba .. nak capi itu dan ini. Hairan!
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment