Kita tension jika ..

Posted by sazali

Salam

Kita tension (berdebar-debar teramat sangat) jika ..

(i)  attendance kuliah dan tutorial kita di universiti terbilang ini tak sampai pun 80% dalam 1 semester ini
(ii) markah markah dari test , kuiz dan assignments dalam semua subjek tidak cemerlang apa-apa pun
(iii)  kita kerap ke bilik air tetapi bila di sana ..kita merasakan tidak puas puas membuang najis najis dari usus-usus besar dan kecil kita walaupun macam-macam julat (herba mongolia) kita telah sudah ..
(iv)  kita selalu jatuh sakit dekat dekat dengan musim peperiksaan ini.  Siang rasa malam, dan malam rasa siang ..maklumlah kita kuat menonton bolasepak UEFA Cup/ FA Cup /  Piala Sime Darby kalah pun kita tonton juga ..  tak kira game apa apa ..kita kepala sorak.  Bukan dapat apa pun?  kalau Chelsea kasi tiket ke London ..melawat mereka ..tak apa lah jugak ..ini tarak pun tak dapat ..tetapi kita bersoarak gila meraikan kemenangan Chelsea macamlah malaysia kalahkan pulau terkecil dunia dalam bolasepak iaitu PUlau Singa (Singapura).  Tak glamour apa apa pun ..jika kita kalahkan pulau ini 1000 kali sehari ..(laugh)
(v)  kita baca nota matematik ..tetapi macam baca buku sejarah Tingkatan 2 sahaja.  Tak nampak siapa menang menakluki pulau singa itu.  Tanda kau akan fail paper Struktur Diskret .  he..he..
(vi)  kita buat PSM2 ( final year project) tetapi .. banyak benda ..tidak mencapai objektif objektif yang kita telah bersetuju bersama sama dengan penyelia kita sejak 10 bulan yang lalu
(vii)  subuh pun tak leh bangun.

(viii)  kita mati katak .. meluru ke kuliah pada jam 0759 pagi sedangkan kuliah adalah jam 0800 pagi.

Sekian buat renungan anak anak murid ku .

Jangan jadi bodoh tak tentu pasal.  Maaf.
Al Fatihah.


Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment