Warga Guru kami bangga dengan mu

Posted by sazali

Salam


Hari Guru 16 Mei 2012

Di Malaysia hari ini semua guru sepatutnya bergembira.  Tidak semua pekerja dapat keistemewaan sebegini contohnya tukang masak kantin sekolah , tukang kebun sekolah, pak guard sekolah dan macam-macam lagi.  Kumpulan ini tidak mempunyai hari teristemewa seperti warga guru yang lain.  Syukurlah.

Dulu semasa saya di alam tingkatan 1 hingga 6, saya perhatikan ramai guru mendapat hadiah seperti bunga ros yang besar-besar dari murid-muridnya.  Bila mereka mendapat bunga-bunga ini, wajah guru berseri-seri kerana penghargaan dari murid-muridnya dari peringkat bawah hinggalah ke atas.  Jasa mereka dan budi baik mereka mendidik kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan seperti geografi, fizik, kimia, Bahasa Malaysia, English Literature dan matematik kita akan kenang sampai mati.

Melalui ilmu dan asuhan ini, kita menjadi manusia yang berguna.    Guru paling istemewa bagi saya ialah Arwah Cikgu Yusof Ngah (Pengetua SM Tengku Mahmud, Besut dan Pengetua, SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu).  Dia berkelulusan Sarjana English Literature dari Auckland Universiti, New Zealand . Saya meminati kesusasteraan bahasa inggeris melalui pengajarannya dari buku buku cerita klasik seperti Adventure of Tom Sawyer and Huckleberry Finn, The 39 steps and 1001 nights in Saudi Arabia.  Saya memenangi banyak hadiah novel hasil peraduan karangan dan perbahasan yang dianjurkan oleh arwah cikgu Yusof Ngah.  Semasa dia mengetuai sekolah Tengku Mahmud , kami mendapat perkhidmatan dari beberapa orang guru Peace Corps dari Australia seperti Miss Alison. Dia membimbing kami membuat pementasan filem ‘The king and I’.    Selain darinya, Miss Fam turut mengajar kami English Literature.  Guru perempuan cina ini cantik bila berpakaian skirt dan ketat.  Dia gemar duduk di atas meja guru sambil bersilang-silang kaki memberi pengajaran mengenai tema cerita, low and high points dan titik titik klimaks sesebuah cerita inggeris.  Ramai pelajar-pelajar hostel meminati Miss Fam semasa beliau mengajar kerana kecantikan tubuh dan betisnya yang serba puteh, panjang dan sedap mata memandang.(astaghfirullah).  Kami beranggapan Miss Fam patut menerima gelaran Miss Malaysia 1972 kerana kecantikannya.  Kali terakhir saya berjumpa dengan Miss Fam ialah pada tahun 1981 di Malaysian Students Department, Bryanston Square, London W2.  Ketika itu, Miss Fam mengikuti satu rombongan guru-guru cemerlang se Malaysia melawati sekolah-sekolah elit di London dan Edinburgh, Scotland.  Bersama-sama dengan Miss Fam ialah Cikgu Mahyuddin Mohd Takah, pengetua Sekolah Nasaruddin Shah, Besut dan kebetulan cikgu mahyuddin adalah jiran saya di Jerteh.  Dia adalah ketua pemeriksa kertas geografi SPM sebagaimana dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Dalam kalangan guru di sekolah Tengku Mahmud , guru bernama Mr Hector John paling ditakuti oleh semua pelajar.  Dia mengajar kami subjek bernama History atau Sejarah Dunia.  Kami takut dengan penampar dia yang bergelar ‘penampar kapit’.  Saya pernah ditampar oleh Hector John kerana saya lupa bila Portugese menakluki Melaka.  Hasil tamparan Hector John tahun 1511 tidak pernah saya lupakan sampai bila-bila.  Tahun 1641 bila Belanda menakluki Melaka.  Tengok..inilah mujarabnya tamparan seorang guru bernama Hector John ini.  Sekarang jika saya menampar seorang pelajar, berbagai-bagai bala saya akan tempuhi.  He..he..

Di England, semasa saya mengikuti kursus GCE ‘A’ Levels , guru inggeris yang paling saya minati ialah Miss Simon.  Dia mengajar saya Further Mathematics dan Statistics.  Saya suka caranya mengajar kerana suaranya yang lunak-lunak basah semasa menunjukkan langkah penyelesaian dan pembuktian matematik.  Dia suka menulis dari hujung kanan terus ke hujung kiri sesebuah papan putih tanpa memadam-madam apa yang ditulisnya.  Ini menunjukkan bahawa dia yakin dengan ilmu matematiknya.  Hasil dari pengajarannya saya memperolehi gred B dalam Advance Mathematics markah 71- 79.  Selepas itu saya mengikuti kursus sains computer di University Leeds, Yorkshire, England.  Di sini, Professor Dr Brown banyak kali memuji saya dalam subjek Statistiks Probabiliti dan Operations Research.  Ini semua adalah berkat pengajaran dari guru matematik saya di STAR, Ipoh bernama Miss Chin.

Sekarang saya adalah guru dan pensyarah matematik di UTHM.  Pelajar-pelajar saya bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari Yaman, Nigeria, Indonesia dan Somalia.  Saya pernah mengajar 20 orang pelajar perempuan berbangsa Inggeris di Healthfield Secondary School, Birmingham, England.   Saya harap melalui pengalaman dan dedikasi saya, akan ada pelajar-pelajar saya yang akan mengambil jawatan guru/pensyarah matematik pada satu hari nanti.  Orang masjid kata ‘.. bila jadi guru, ilmu mu tersebar luas ke merata-rata dunia dan jika diamalkan oleh manusia maka semua itu adalah ibadat bagi mu… ‘   .

Sempena, hari guru pada hari ini , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada mu semua warga guru di Malaysia, England dan di seluruh dunia.  Selamat Hari Guru cikgu/ ……………………….      

  

1 comments:

  1. sazali said...

    Bukan GRED 'B" tetapi PRINCIPAL "B" maths.

    GCE ada principals jer. If fail .. they put as GCE 'O" levels instead. TQ

Post a Comment