Salam
Sebut pasal buli .. kita selalu ingat kat alam persekolahan anak-anak kita jer. Budak besar badannya akan buli budak berbadan kecil dan penakut. Mereka rampas wang, majalah, komik, handset , IPAD, IPOD dan kadang-kadang ..jika tak turut arahan meeka ..muka dan mata anak kita akan jadi bengkak dan cedera parah.
2) Tetapi sebenarnya ..buli kat sekolah bukan dalam kalangan pelajar sahaja. Warga guru pun suka mengamalkan budaya buli membuli ini. 3 Contoh mudah di sini.
Pertama:
guru guru senior akan buli guru yg baru masuk mengajar di tempat mereka. Semua jenis tugas ..mengajar, persatuan , bawak budak ke tempat lawatan sambil belajar ..semua akan diserahkan kpd guru guru muda dan guru yg tak pandai kata "NO". Pendek kata ..jika guru muda ini cepat rebah dan mati pun bagus juga. Yang penting ..guru guru senior ..dapat enjoy week ends/ week end husbands dan week end wifes.
Yang hairannya .. pagi Isnin waktu perhimpunan.. sekolah akan bercakap pasal nilai nilai murni seperti amanah/ jujur/ kasih sayang/ timbang rasa dan macam macam lagi // tetapi ..ini semua lakonan belaka filem hitam putih zaman P Ramlee belaka. Buat apa susah susah susah nak cakapkan semua nilai dan amalan mulia sedangkan .. amalan itu tiada banyak pun mereka amalkan. Kalau saya seorang guru MONGOLIA kafir siang dan malam ..tidak beragama islam .. payah jugak nak nampak lah how islam ini indah. Cakap tak serupa bikin lah!
Sekarang 2000/2012 kalau nak join sebagai guru siswazah muda .. kita kena ada kereta dan berwang pada hari pertama lagi . Yang semua orang tahu .. guru guru muda tak dapat gaji lagi hingalah ke bulan 3 atau 4 selepas join perkhidmatan guru itu. Sebab? Guru senior menjangkakan kita ada time dan wang nak drive .. pelajar pelajar ke mana mana di waktu hari sabtu/ Ahad. Guru Senior buat apa? Tanyalah mereka. Yang sure ialah .. mereka dapat tidur lebih, relax lebih, menyawit lebih, tusisyen lebih, dan macam macam benda sedap yg lebih lebih. Tak caya? tanyalah mereka. Semua urusan 'dongkey' mereka telah serahkan kepada guru guru yang baru join alam PnP. Inilah apa yg islam ajar kot?
Lain sangat dgn sekolah sekolah di Britain. Orang-orang senior akan tunjuk kpd guru muda dengan cara .. lead by examples. Sebab itu ..guru guru Nigeria/ Indonesia .. jika berlatih PnP di sana selama 6 - 12 bulan .. semua akan bawak stail amalan christians .kerana ..mereka cakap .. buat dulu then suruh org lain ikut slow slow.
ramai guru guru nigeria, Liberia, Ghana, Tanzania.. after training masters education di sana (UK) ..ramai balik dgn fahaman kristian ..kerana .. amalan mereka simple jer. Dia buat dan dia cakap . lain dgn di sini. Cakap banyak .banyak banyak .. tetapi amalan tak serupa cakap lah.
Maaflah. Kenapa guru guru seniors menyerahkan tugasan tugasan yg tak habis habis kat guru guru muda. Saya percaya .. nanti ..jika disemak .. ada kemungkinan .. mereka sudah makan gaji buta.
Kedua:
Guru guru Besar akan buli ..guru guru di bawahnya. Macam macam program dilancarkan . Objektif .. nama Pengetua harum di mata masyarakat. Sekolah dapat gelaran SBT. Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Budak Tidur(penat penat penat). Tapi saya percaya .. majoriti guru mengumpat habis habisan kepada Pengetua yg cuba buat macam macam ..program terutama waktu cuti sekolah atau hari minggu Sabtu dan Ahad. Sebab itu lah ada guru besar perutnya buncit ..dan tak leh kempis kempis kerana alaupun makan minum Shaker (laugh).. namanya sentiasa dimaki hamun dalam hati oleh guru guru bawahannya. Sedap cakap tapi hati busuk .. sindrom sekolah ..di negara IslamMalaysia tercontoh ini .. He..he..
Payah nak tengok perut Pengetua/ Penolong Kanan ..kempis kempis .. Kerana mungkin mereka makan duit tak bersih ma. Mananya tidak? Projek buat ..tetapi dia tak turun ke padang pun. Namanya naik tinggi melangit ..hasil usaha guru guru ikan bilis ini jer. Kalau interview guru guru ikan bilis ini ..sudah tentu mereka takut kat BOSS .. so mereka cakap semua indah ..sedap ..lawa .. tetapi hati mereka ..tuhan sahajalah yg tahu. Menyampah! kerja tak sudah-sudah. Betul tak?
Ketiga:
Dulu saya pernah berkhidmat sebagai guru siswazah. Diberikan tugas buat jadual waktu. Payah nak buat benda alah ini. Kerana: guru guru senior warning ..jgn kasi aku ..kelas jam pagi pagi. Aku belum sarapan lagi. ok?
Kalau kita buat jadual .. masukkan nama dia mengajar dari Period 4 sampai 8 .. ke esokan harinya .. sure kita tak nampakpun di matanya. Mana ada senyuman indah ..lagi dan lagi. Ada yg tak kenalah itu.
Saya ingat ada guru senior jual kain batik, karipap segera, jual tanah , jual lembu, kambing dan macam macam ada. Mungkin tak cukup duit kot tetapi ..ramai mereka berkerja laki dan bini. Kasihan .. kualiti pengajaran matemati sains dan ..bagus sangat dan tersangat baik ..kerana .. otak mereka tak fokus ..nak mengajar sepenuh hati. Yang dia cakap dalam kelas .. bagaikan melepas batuk di tangga.
Sebab itu ramai mak bapak akan hantar anak ke tuisyen di luar . Banyak habis duit kerana .. ramai guru guru sibuk buat kerja lain selain dari mengajar 100% mengikut RPP mereka masing-masing. Ada yg jual kereta second hand, ada yg menjual insurans, .. , macam macam lah. tak caya / jadilah guru kerajaan DG41, DG44, DG48, DG52, DG 54 .. insyallah .. tuan hamba akan tahu .
Budaya Buli. // mereka senior di buli jugak oleh guru guru yg sudah bergelar arwah dah pada satu ketika dahulu. Macam ragging di sekolah asrama penuh itu/ ada anak orang yg mati kena ragging.
Guru buli -- pelajar buli --- mak ayah kena buli .. why? ramai kena perabih duit lagi lagi nak cover .. banyak lopong (kosong) .. ilmuilmu .. yg tak diberikan secara 100% fokus itu.
Maaflah.. guru guru semua. Saya pun guru juga. Apa yang saya cakap ..sekadar nak maklumkan .. kita banyak buat dosa macam hujan turun ..mencurah curah setiap hari. Banyak sungguh dosa kita. Syukurlah tuan tuan hamba baca blog hambo. Sekurang kurangnya ..aku dah sampaikan apa yg terbuku dalam dada kawe ini. Contoh mudoh - Masuk kelas lewat. Keluar kelas awal. Kerja murid tak bertanda. Ingat ..bila kita mati nanti .. banyak harta kita tinggalkan kpd anak anak bini atas usaha yg tidak halal pun.. kerja buat kito yg tak halal ( rujukan : tazkirah mingguan al Ustaz TOK GURU kito Nik Aziz Nik Man - MB Kelantan)
Istighfar lah ..dan tukar ..nai wai tul kito bersama sama.
Jom kawan kawan.
Wallahu aklam.
AL FATIHAH.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment