Salam
Orang melayu memang terdiri dari manusia yang terbaik di dunia.
Pernah termimpi, ramai penghuni syorga adalah orang orang kita.
Tengoklah senarai amalan baik orang orang melayu di sini, Indonesia dan Brunei Darul Salam.
Orang melayu suka:
1. memasak lebih sedikit , untuk maksud berkongsi dengan jiran sebelah rumahnya.
Dari amalan ini, mereka dapat berkenalan satu sama lain.
2. menolong orang orang susah terutama fakir miskin dari Negara luar.
Tak percaya ..tengok sahajalah selepas sembahyang jumaat di Negara ini
ada orang Arab Palestin ke, Pakistan Karachi ke ..jika mereka bukak serban mereka di tangga besar masjid, untuk maksud derma .. sudah tentu kain serbannya akan dipenuhi dengan RM.
Atas sebab itu, mereka akan datang ke Negara ini berkali kali walaupun masjid di Negara mereka sudah lama siap.
3. membawa orang ke masjid, Bandar dan ke kedai
Di tengah jalan, jika ada orang yang berhajat untuk ke masjid, surau..
jika mereka tahan kereta kereta yang ke masjid juga
sudah tentu orang kaya melayu akan tolong membawa mereka ke masjid untuk bersembahyang bersama-sama. Mereka tak lokek pun. Kalau sebelum ini kereta mereka ialah PROTON, selepas berbuat baik ke masjid itu pun PROTON mereka tetap unggul dan ternama. Tak luak apa apa dari segi lunturnya warna kereta atau pun lain-lain lagi.
4. ada guru menumpang anak anak murid murid ke sekolah.
ada pensyarah menumpang pelajar-pelajarnya ke university atau dewan kuliah
Payah nak jumpa ini di Saudi Arabia. Di sana semua kena duit.
Tak percaya Tanya jer mak chik mak chik yang baru pulang dari umrah atau Haji
mana ada free di sana.
Upah haji mahal.
Upah mengelilingi kaabah pun mahal
naik bas ekspress pun dikenakan berbagai bagai charge/ tambang
atas sebab itu ..Saudi Arabia semakin kaya raya.
Kalau aku Mayor, Ketua Bandar, Bandar Mekah
sudah tentu aku kasi semua benda percuma.
Mengapa?
Mereka adalah tetamu Allah.
JIka kita melayan tatamu Allah , sudah tentu ganjarannya syorga.
He..he..he.. nak apa lagi kan?
Jadi cerita dalam isra mikraj bahawa ramai penghuni neraka adalah orang itu dan ini
saya rasa .. tak ramai orang melayu malang di sana.
Mengapa?
ramai kita sudah berada di syorga. IN sya Allah kecuali
kaki penipu, rasuah, buat buat cerita, tak ikhlas, boros dan macam macam lagi.
Percayalah..
jika kita membantu orang susah di dunia
Allah akan membantu kita pula berkali kali di mana mana jua.
Sekian.
Fikir fikirkan lah.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment