Salam
Sekarang sejak ramai orang boleh menulis bab bab agama
ada buku dengan ayat ayar suci A Quraan
berselerak di merata rata tempat. Macam tak ada orang jaga pun kesucian kitab kitab ini.
* mengapa?
** tak hormatkah kita?
** itu ayat ayat suci Al Quraan .. kita patut jaga kesuciannya?
kalau bukan kita menjaga kesucian ayat ayat suci ini ..siapa lagi yang boleh kita harapkan?
----
2) sekarang orang semakin suka solat berjamaah.
Kena tahu adabnya.
2.1 bila dalam solat berjamaah , membaca surah mesti slow sedikit dari pak Imam
2.2 kadang kadang ada orang bodoh .. kita boleh dengar satu per satu sebutan nya seperti
dalam doa qunut iftitah, tahhiyat akhir
setahu aku .. kita tak boleh bunyikan secara kuat kuat ..ini mengganggu solat orang orang lain.
Betul tak?
kalau boleh sila baca dlm hati sahaja.
kecuali tuan telah dilantik sebagai Imam baru.
Boleh ikut tak?
2.3 geng perokok ..tolong tukarlah baju tu
sudahlah mulut mu berbau busuk kerana rokok ditambahkan dengan tahap busuk mulut orang berpuasa .. tolong tukarlah baju itu. Pakai t-shirt baru, Ambik wudhu .. tolong usahakan biar bau rokok itu hilang. JIka tidak, ini
merosakkan focus orang bersolat. Tak enak bila perokok tegar masuk barisan orang solat berjamaah. (maaf)
Sama juga geng pengemar durian. Oh my God ..bila sendawa ..bau durian dari perut tuan cukup .. memabukkan saya.
2.4 bila budak budak muda tak peduli dalam aspek menjaga adab solat berjamaah
diikuti pula oleh orang orang bergelar pesara , pak chik pak chik kita yang sudah banyak berumur
maka .. kualiti solat berjamaah mestilah kurang ..kurang .. sangat rendah mutunya di sisi Allah
Atau tuan/ puan rasa guanor?
2.6 sekarang ramai kita pikir diri sendiri sahaja.
bawa anak anak kecil ke masjif.
Budak melayu umur 2-5 tahun bila berjumpa geng depa dari Afrika, Arab dan Indonesia
mereka akan berlari lari dalam masjid. Rujuk saaja masjid utama USM Gelugor.
kadang kadang mualaf baru mesti binggong..
ini masjid atau taman permainan kanak kanak?
2.7 hand phone - bordering
Time sembahyang tiba tiba handset toke tembakau berbunyi.
Umur tuan hand set dekat 60 dah
tapi lagu dering deringan HP nya ' laghu rage dari Amerika Latin" tak sangka tak sangka.. tuan punya hp nak angkat kaki pun tak larat masih mahu regee
Ha..ha.
bila benda tu berbunyi .. bacaan Pak Imam tuan kacau bilau.
Surah Kafirun ..tak jumpa punca ..berkali kali ma.
----
Berdasarkan perkara di atas
itu pasal lah doa kita tak diperkenankan oleh Allah.
kalau kereta kita kita hilang .. bila berdoa waktu kereta hilang pun
doa kita .. tidak ada respons.
Kalau bini kita hilang pun ..ajak pak imam doakan ..solat hajat pun ..
tuhan tak beri apa apa hint ..di mana bini kita sekarang berada?
---
Al Quraan bila nak baca ...tolong ambik air sembahyang.
Jangan ikut sangat adab pak pak arab itu.
ADa sebilangan mereka ..air sembahyang mereka still ON dari subuh sampai ke isya. Mazhab lain kot?
Dasyat!
Aku? aku akan memperbaharui air wudhu ku ..setiap kali datangnya solat Zohor, Asar, Maghrib, Isha dan Subuh. Mengapa? Air banyak di Tanah melayu ini.
Bila wudhu ada.. baru boleh pegang kitab al quraan itu.
Baru dapat hasanah bila membaca al Quraan. Satu patah ..10 hasanah. Bulan puasa 1 huruf al quraan dibaca dengan baik insyallah (10 x 70 - 700). Masyaallah!
Itu yang saya belajar dari tok tok guru agama sejak zaman dahulu kala lagi.
SEkarang ..saya perhatikan .. ada orang baca Al Quraan sambil tidur,
sambil meniarap
sambil main main handset dan ( ki ki ki ) bila berinteraksi dengan rakan rakan
Rumusan:
kita kena hormat kita suci al Quraan bila membaca nya..
BIla tak hormat .. mungkin tak ada faedah dari membaca NYA
kita kena hormat focus orang lain bersolat berjamaah
jangan sebab kita seorang ..solat mereka rusak kerana .. marah , menyampah pada kelakuan kamu.
Sekian.
Harap fahamlah.
SEbarkan kpd orang orang lain muga muga teguran ini membawa faedah kepada seluruh umat islam.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau di Masjid Nabawi, sesiapa yang membawa anak kecil akan disuruh untuk berada di saf yang paling belakang and it's parents/guardians responsibility to make sure their kids are always attached with them, never across the boundaries given, supaya tidak mengganggu jemaah lain. Tidak bolehkah kita mengaplikasikan kaedah sebagus ini di semua masjid-masjid Malaysia?